You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT PENDIDIKAN KHAS KALI PERTAMA 2021

TARIKH : 19 Januari 2021


JAM : 08.30 Pagi
TEMPAT : Bilik Mesyuarat, SMK Seri Nilam
PENGERUSI : Cik Nazida bt Ibrahim

Kehadiran :

1. Cik Nazida bt Ibrahim Pengerusi


2. Pn Ainizam Suhana bt Sulong Pencatat minit
3. Paridah binti Awang
4. Pn Wan Rukizi bt Wan Ismail
5. En Mat Zaki b Omar
6. Khatijah bt Sulong
7. En Mohamad Fauzi b Abdullah
8. Pn Khadijah bt Draman
9. Pn Lidawati bt Ghani
10. Pn Nurul Asma bt Kamaruddin
11. Cik Fariza Salwa bt Yaakub
12. Pn Zaiton bt Ismail
13. Pn Rahmaniah bt Ab Sallam @ Mohamed
14. Pn Zaiton bt Sidek
15. Pn Yuziana bt Yusof
16. Pn Roziyana bt Abu Bakar

1.0 Ucapan Aluan Pengetua


1.1 Pengetua memulakan majlis dengan bacaan umul kitab Al Fatihah.
1.2 Mengingatkan ahli mesyuarat agar sentiasa memakai pelitup separuh
muka,mengamalkan penjarakan social serta mematuhi sop yang telah ditetapkan.
1.3 Tujuan mesyuarat diadakan adalah persediaan bagi PDPR murid Pendidikan Khas.
1.4 Pengawalan murid menggunakan Model 2 : Sehala.
1.5 Kehadiran guru dan ppm ppki semasa pembukaan sekolah 20 Januari 2021.
1.5.1 GURU: 50% perlu hadir.
1.5.2 PPM : 100% perlu hadir. (Kecuali kes-kes yang memerlukan BDR dan perlu
memohon dengan ketua jabatan)
1.6 Pemantauan oleh Pegawai Pembangunan, JPNT telah dilakukan. Hasil pemantauan,
pengubahsuaian tidak boleh dilakukan dan belum ada kebenaran. Sekiranya ingin
melakukan mengubahsuaian perlu membuat permohonan baharu.
1.7 Pdpr bagi murid pendidikan khas sama seperti murid-murid di arus perdana tanpa
mengira bilangan murid yang memberi respon.
1.8 Pengetua berharap agar kerja buat semua diberkati oleh Allah SWT.
Tindakan : Makluman

1
MINIT MESYUARAT PENDIDIKAN KHAS KALI PERTAMA 2021

2.0 Perutusan Pengerusi


2.1 Pengerusi mengalukan kehadiran guru dan PPM dalam mesyuarat.
2.2 Pengerusi mengingatkan kepada semua ahli mesyuarat agar menepati masa
mengikut surat panggilan mesyuarat.

Tindakan : Makluman
3.0 Pengesahan Minit Mesyuarat
3.1 Mesyuarat memutuskan Minit Mesyuarat Pendidikan Khas Bil 5 / 2020 disahkan
tanpa pindaan.
Tindakan : Makluman

4.0 Hala tuju dan program 2021


4.1 KPI dan Fokus Pendidikan Khas
4.1.1 Kehadiran murid 95%
4.1.2 Penguasaan 2M murid 80%
4.1.3 Kemahiran Vokasional murid 80%
4.1.4 Celik Solat dan Al Quran 80%
4.1.5 Penglibatan Ibubapa 80%
4.2 Murid baharu akan mendaftar secara atas talian.
4.3 ABM masih lagi 8 kelas.
4.4 Agihan Guru kelas :
4.4.1 Nurul Quddus 1: Puan Khatijah bte Sulong
4.4.2 Nurul Quddus 2: Puan Paridah binti Awang
4.4.3 Nurul Quddus 3: Cik Fariza Salwa bt Yaakub
4.4.4 Nurul Quddus 4: Encik Mohammad Fauzi bin Abdullah
4.4.5 Nurul Quddus 5: Puan Khadijah bt Draman
4.4.6 Nurul Quddus 6: Encik Mat Zaki bin Omar
4.4.7 Nurul Quddus 7: Puan Nurul Asma’ binti Kamaruddin
4.4.8 Nurul Quddus 8: Puan Lidawati binti Ghani
4.5 Pembahagian kelas kemahiran:
4.5.1 Jahitan – NQ3 dan NQ5
4.5.2 Masakan – NQ1 dan NQ2
4.5.3 Perkebunan - NQ4 dan NQ6
Tindakan : Makluman

2
MINIT MESYUARAT PENDIDIKAN KHAS KALI PERTAMA 2021

5.0 Hal-hal lain


5.1 Isu kebun – Mesyuarat memutuskan untuk menguruskan lagi tapak kebun sedia ada
untuk pembelajaran murid PPKI.
5.2 Cadangan telah disuarakan oleh pengerusi kepada pihak sekolah untuk
menambahbaik tapak kebun untuk mengelak binatang liar masuk ke kawasan kebun.
5.3 SOP pergerakan murid secara bersemuka adalah sama seperti SOP yang telah
dijalankan pada tahun lepas.
5.4 Ibubapa tidak dibenarkan untuk masuk ke kawasan sekolah semasa manghantar
anak.
5.5 Bagi pergerakan pulang, guru bertugas dan ppm mengiringi murid ke pintu pagar
utama.
5.6 Fail bagi murid yang telah tamat persekolahan diletakkan didalam beg yang telah
disediakan.
5.7 Duit didalam tabung bagi murid yang tidak dapat dikenalpasti akan disumbang ke
tabung dhuha sekolah.
5.8 Mesin jahit yang tidak dapat digunakan perlu dihapuskira.
5.9 Keceriaan: Buang bunga yang tidak diperlukan dan tambahbaik keceriaan.
5.10 Ralat didalam Buku Pengurusan : Pencerapan Puan Khatijah bte Sulong adalah
pada bulan April dan Oktober.
5.11 Jadual Waktu bagi Pdpr 2021 telah disiapkan.
5.12 Pembahagaian Unit untuk PPM:
5.12.1 HEM: Puan Yuziana bt Yusof dan Puan Zaiton bt Sidek
5.12.2 Kurikulum: Puan Roziyana bt Abu Bakar
5.12.3 Kokurikulum: Puan Zaiton bt Ismail dan Puan Rahmaniah bte Ab
Salam@Mohamed.
5.13 Guru boleh mendapatkan pen dan buku cenderamata di pejabat sekolah.
5.14 Guru yang akan hadir ke sekolah bermula 20hb hingga 26hb januari 2021 adalah:
5.14.1 Cik Nazida bt Ibrahim
5.14.2 Puan Paridah bt Awang
5.14.3 Encik Mohamad Fauzi bin Abdullah
5.14.4 Puan Wan Rukizi bt Wan Ismail
5.14.5 Puan Khadijah bt Draman
5.14.6 Cik Fariza Salwa bt Yaakub
5.15 Pengawas lantikan baru bagi menggantikan murid yang telah tamat persekolahan.
Seorang perempuan dan seorang lelaki.
5.16 Buku teks yang telah dipinjam oelh guru hendaklah dipulangkan dengan mengisi
boring yang telah disediakan.

3
MINIT MESYUARAT PENDIDIKAN KHAS KALI PERTAMA 2021

5.17 Buku teks tingkatan 5 yang masih belum diterima setakat 19 Januari 2021 adalah
matematik dan Bahasa inggeris.
5.18 Tabung murid:
5.18.1 Tabung yang boleh dibuka, duit dimasukkan ke dalam sampul, dan tabung
disimpan di dalam plastik.
5.18.2 Tabung yang tidak boleh buka, perlu menghubungi penjaga untuk menuntut
tabung tersebut.
5.19 Buku akaun murid hendaklah diserahkan semula kepada murid.
5.20 Boleh pelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran seperti menggunakan
Aplikasi Tik Tok.
5.21 Semoga kerja buat warga pendidikan khas lebih baik pada tahun 2021.

Tindakan : Makluman
6.0 Penangguhan mesyuarat

Mesyuarat Bil 1 / 2021 ditangguhkan pada jam 10.40 pagi dengan bacaan tasbih kifarah dan surah
al – Asr.

Disediakan oleh:
Setiausaha

You might also like