You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA JENDERAK

UTARA, 28050 KUALA KRAU, TEMERLOH, PAHANG

MINIT MESYUARAT
PANITIA SEJARAH KALI KE-3/2022

TARIKH : 16 FEBUARI 2022 (RABU)


MASA : 12.45 TENGAH HARI
TEMPAT : BILIK GERAKAN SKJU

KEHADIRAN : 4/4 orang guru


1. Mohd Saniy Tai bin Abdullah (Guru Besar)
2. Zuriati binti Zulkafely (GPK 1)
3. Mohd Khairul Ridzwan bin Mohamed Nawi (Setiausaha)
4. Syahidatul Syazana binti Shahalinan (Ketua Panitia)
TIDAK HADIR : semua ahli hadir

AGENDA MESYUARAT

1. Ucapan alu-aluan
2. Pengesahah minit mesyuarat panitia kali ke-2, 2021
3. Perkara berbangkit
4. Isu/hal Panitia
4.1 pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
4.2 KPM Catch Up Plan
4.3 Bajet panitia
4.4 Intervensi
4.7 Program Panitia/PLC

5. Hal-hal lain
5.1 Papan kenyataan
5.2 Pencerapan
5.3 Aktiviti Sejarah

6. Ucapan penangguhan

1. Ucapan alu-aluan (Perutusan Pengerusi)

1.1 Ucapan salam dan memulakan mesyuarat dengan bacaan Ummul Kitab, Al Fatihah.

1.2 Ucapan terima kasih dan penghargaaan kepada semua guru Sejarah yang dapat
meluangkan masa menghadiri mesyuarat panitia kali ke-3.
1.3 Ucapan terima kasih dan syabas kepada semua guru Sejarah yang telah menunjukkan
kerjasama yang baik dalam menjayakan setiap aktiviti panitia yang telah dirancang.

Tindakan: makluman semua guru


2. Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Panitia kali kedua
2.1 Puan Syahidatul Syazana binti Shahalinan mencadangkan agar minit mesyuarat yang
lalu diterima dan disahkan.
2.1 En. Khairul Ridzwan menyokong cadangan tersebut.

Makluman : Sebulat suara bersetuju


3. Perkara berbangkit
a. Tiada hal berbangkit.

4. Isu/hal Panitia
Pembentangan Isu / Laporan

4.1 Analisis dan pascanilai PBD 2021

4.1.1 Pengerusi meminta semua guru membentangkan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
mengikut kelas masing-masing.

4.1.2 Guru juga boleh menggunakan ‘professional judgement’ dalam menetapkan


tahap pencapaian murid. Tiada pihak boleh pertikaikan keputusan yang dibuat oleh
guru.

4.1.3 Pencapaian PBD agak membanggakan, tetapi terdapat beberapa masalah disebabkan
mereka tidak menguasai topik subjek dan tulisan mereka juga tidak kemas.

4.1.4 Kelas 4 Arif terdapat beberapa orang murid yang tidak mahu menjawab soalan latihan
di dalam kertas modul disebabkan masalah sikap mereka walaupun soalan yang diberikan
agak mudah.

4.1.5 Guru-guru telah merancang dengan membuat intervensi untuk murid yang menguasai
tahap penguasai 1 dan 2.

4.1.6 Pengerusi berharap prestasi setiap murid akan meningkat dalam PBD dan seterusnya
mencapai pelunjuran panitia iaitu 100% murid menguasai kemahiran subjek dan seterusnya
mencatat 100% mencapai Tahap Penguasaan 6.

4.1.7 Pencapaian murid Tahap 2 dalam mata pelajaran Sejarah. Rujuk Lampiran.

Tindakan: maklumann semua guru

4.2 KPM Catch Up Plan


4.2.1 Guru -guru telah melaksanakan Catch up plan bagi merapatkan semula jurang
pembelajaran. Guru-guru juga telah menyediakan pelan untuk mengenal pasti dan
menggariskan sejauh mana topik atau kemahiran yang diajar semasa sesi pembelajaran dari
rumah (pdpr) sampai kepada murid atau tidak.
4.2.2 Dalam merangka CUP Sejarah juga guru telah melaksanakan beberapa fasa serta
mengenal pasti kandungan asas kurikulum (KAK).

4.3 Bajet Panitia 2021


4.3.1 PCG yang diperuntukkan adalah bajet perbelanjaan untuk menjalankan program
panitia.
Tindakan: makluman semua guru.

4.4 Intervensi
4.4.1 Program Intervensi yang telah dirancang harap dapat dilaksanakan dengan baik oleh
guru-guru yang telah ditetapkan.
Tindakan: makluman semua guru

4.8 Program Panitia/PLC


4.8.1 Guru-guru telah membuat PLC secara maya dan melibatkan diri melalui JPNP atau
sekolah- sekolah lain untuk di masukkan dalam SPLKPM dan guru-guru juga telah
mengadakan PLC semasa proses PDP berlangsung.

Tindakan: makluman semua guru


5.0 Hal-hal Lain
5.1 Guru-guru telah di cerap oleh ketua panitia dan GPK1 bagi sesi 2021 ketika PDPR dan
juga PDP dalam kelas.
5.2 Papan kenyataan Sejarah akan di tambahbaikan untuk maklumat murid-murid di SKJU.

Tindakan: makluman semua guru

6.0 Ucapan penangguhan

6. 1 Mesyuarat berakhir pada jam 4.30 petang.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

……………………………… ......................................................
MOHD KHAIRUL RIDZWAN BIN MOHAMED NAWI SYAHIDATUL SYAZANA BINTI SHAHALINAN
Setiausaha Panitia Sejarah Ketua Panitia Sejarah
SK Felda Jenderak Utara SK Felda Jenderak Utara

Disahkan oleh

..............................................................
MOHD SANIY TAI BIN ABDULLAH
Guru Besar
SK Felda Jenderak Utara

You might also like