You are on page 1of 5

SK PENDIDIKAN KHAS ( CP) JALAN BATU

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS BIL 1/2022

Tarikh : 25 Mei 2022 (Khamis)

Masa : 1.00 Tengahari

Tempat : Bilik gerakan

Pengerusi : Pn. Hazliana Binti Hossen

Kehadiran :

1. En. Mohammad Nizam bin Abdul Majid Guru

2. Puan Nabila Najad binti Biamuhir Shah Guru

3. Puan Narul Fahizal binti Abdullah Guru

4. Cik Eparianis binti Mat Sharudin Guru


1.0 PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Ketua Panitia Sains mengucapkan ribuan terima kasih kepada
semua guru yang dapat menghadirkan diri pada mesyuarat kali
ini. Majlis dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab Al-Fatihah.

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


Tiada

3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT


Tiada

4.0 PENGURUSAN PANITIA SAINS


4.1 AJK DAN GURU SAINS 2022

Pengerusi : Puan Suhaili binti Abd Ghani


Naib Pengerusi : En. Abd Aziz bin Salleh
Ketua Panitia : Pn. Hazliana binti Hossen
Setiausaha : Puan Narul Fahizal binti Abdullah
AJK : En. Mohammad Nizam bin Abdul Majid
Puan Nabila Najad binti Biamuhir Shah
Cik Eparianis binti Mat Sharudin

TINDAKAN : MAKLUMAN

4.1.1 Guru-guru diingatkan supaya mempunyai Rancangan Tahunan yang


terkini untuk rujukan pdp.

TINDAKAN : SEMUA GURU SAINS


4.1.2 Penulisan Rancanagn Pengajaran Harian dan penyediaan rph seperti
yang dibincangkan di dalam panitia. Contoh format penulisan pengajaran
harian adalah seperti berikut:

Tema :
Tajuk/tema :
Standard Kandungan:
Standard pembelajaran :
Objektif :
Kriteria :
Elemen merentas Kurikulum :
KBAT/i-Think :
Aktiviti Pdp:
Penilaian :
Refleksi :
TINDAKAN : SEMUA GURU SUBJEK SAINS

4.1.3 AKTIVITI TAHUNAN PANITIA SAINS


2.5.1 Mesyuarat Panitia – 4 kali setahun
2.5.2 Bulan Sains
2.5.3 Lawatan
TINDAKAN : GURU SAINS

4.1.4 Pengerusi memaklumkan bahawa semua guru Sejarah boleh


memohon pembelian alatan/ bahan projek yang diperlukan bagi proses
pengajaran dan pembelajaran menggunakan peruntukan yang disediakan
untuk Panitia Sejarah.
TINDAKAN: GURU SAINS

4.2 PENTAKSIRAN DALAM BILIK DARJAH


4.2.1 Ketua panitia memaklumkan bahawa setiap guru Sains hendaklah
mempunyai Salinan PBD di dalam simpanan dan menyerahkannya kepada
ketua panitia untuk disimpan di dalam fail.
TINDAKAN: GURU SAINS
4.2.2 PBD hendaklah dijalankan mengikut jadual ataupun arahan daripada
pihak pengurusan PBD sekolah dan setiap TP hendaklah mengikut
kemampuan atau pencapaian murid yang sebenar.

TINDAKAN: GURU SAINS

4.3 PROGRAM KHAS PANITIA


4.3.1 Puan Hazliana memaklumkan yang panitia Sains akan menjalankan
program khas di bawah tajuk Bulan Sains. Pihak panitia juga akan
bekerjasama dengan unit beruniform sekolah untuk menjalankan satu lagi
program iaitu lawatan ke petting zoo.

TINDAKAN: MAKLUMAN

4.3.2 Ketua panitia juga memaklumkan, program Bulan Sains ini dijalankan
bagi mengalakkan murid untuk menjalankan eksperimen dan merasai sendiri
pengalaman menguruskan eksperimen di dalam kumpulan. Selain itu,
program ini bertujuan untuk mendedahkan dan menarik minat murid terhadap
matapelajaran Sains.
TINDAKAN: MAKLUMAN

4.3.3 Pembahagian tugas serta penerangan program secara terperinci akan


dijalankan pada mesyuarat panitia sains yang kedua.

TINDAKAN: MAKLUMAN

5.0 HAL-HAL LAIN


Tiada
6.0 PENUTUP

6.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang dan mesyuarat yang
seteruskan akan dijalankan mengikut jadual pada buku takwim dan
perancangan 2022. Pengerusi mengucapkan terima kasih atas komitmen
para guru untuk hadir ke mesyuarat kali pertama Panitia Sains bagi tahun
2022.

Disediakan Oleh:
________________________
(NARUL FAHIZAL BINTI ABDULLAH)
Setiausaha Panitia Sains

Disemak oleh:
___________________________
( ABDUL AZIZ BIN SALLEH)
GPK Tadbir & Kurikulum

Disahkan oleh:
_____________________________________
(SUHAILI BINTI ABD GHANI)
Guru besar

You might also like