You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS

SEKOLAH KEBANGSAAN PAGAR SASAK


KALI PERTAMA SESI 2022

TARIKH : 22 Mac 2022


HARI : Selasa
MASA : 1.10 tengahari
TEMPAT : Bilik Syura, SK Pagar Sasak

KEHADIRAN :
1. Pn. Dasimah Bt Daud ( GB )
2. Pn. Noorhayati Bt Mohd Said ( PK 1 )
3. En. Jefree B Hassim ( Pengerusi )
4. Pn. Fazilah Bt Zakaria ( Setiausaha )
5. Pn. Fazanah Bt Muhmmad ( Ajk )

1. UCAPAN ALU-ALUAN

1.1 Ucapan pengerusi

1.1.1 Mesyuarat didahului dengan surah Al- Fatihah.


1.1.2 Terima kasih kepada GB dan semua ahli kerana sudi hadir mesyuarat panitia
sains.
1.1.3 Harapan agar dapat memberi kerjasama dalam menjalankan mesyuarat.
1.1.4 Tahniah kepada semua guru sains kerana berjaya melaksanakan PBD sepanjang
tahun lalu dan semua aktiviti panitia.
1.1.5 Tahniah juga kerana dapat melaksanakan Pdpr dengan baik.

Tindakan : Makluman

1.2 Ucapan Guru Besar

1.2.1 Harapan agar pantia dapat berfungsi dengan baik dan meningkatkan pembelajaran
murid.
1.2.2 Perlu mengisi profil PBD.
1.2.3 Setiap panitia perlu menyediakan DSKP yang terkini.
1.2.4 Perlu selaraskan agenda panitia.

Tindakan : Guru Sains


2. MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

2.1 Setiausaha membentangkan minit mesyuarat yang lalu.


2.2 Cadangan pengesahan : Pn Fazanah Bt Muhmmad
2.3 Sokongan pengesahan : En Jefree Bin Hassim

Tindakan : Makluman

3. PERKARA BERBANGKIT

3.1 Tiada.

Tindakan : Guru Besar

4. PELAPORAN PANITIA

4.1 Analisa Dan Target PBD

4.1.1 Semua murid menguasai tahap minimum iaitu TP 3.


4.1.2 Target PBD 2021 ialah 90 % menguasai.

Tindakan : Pengerusi

4.2 Pengajaran dan Pembelajaran

4.2.1 CUP Plan 3 melibatkan 7 murid ( tahun 2 ), 3 murid ( tahun 3 ) dan 8 + 1 murid
( tahun 4 ). Semua di tahap 3 dan melibatkan kemahiran proses sains sahaja.
4.2.2 DSKP hanya tahun 6 sahaja yang baru.
4.2.3 RPT semua sudah lengkap.
4.2.4 RPH menggunakan format lama iaitu format TS25.
4.2.5 Kaedah pdpc mengikut pendekatan PAK-21 serta kaedah sumulasi amali, projek
dan pembelajaran terbeza.
4.2.6 BBM semua disimpan di dalam bilik sains. Kepada guru sains dan guru-guru lain
boleh meminjam dengan mengisi borang yang disediakan.
4.2.7 Pencerapan buku tulis dan pdpc mengikut tarikh yang ditetapkan oleh pentadbir.
4.2.8 Penggunaan Bilik Sains sepenuhnya oleh guru sains tetapi ada kelas yang
bertindan.
4.2.9 Papan kenyataan dalam kelas dan lorong ilmu perlu dipenuhkan. Maklumat perlu
ditukar dari masa ke semasa.

Tindakan : Guru sains


4.3 Aktiviti Panitia

4.3.1 Mesyuarat Panitia


4.3.2 PEKA Sains ( Tahap 2 )
4.3.3 5 Minit Istilah Sains
4.3.4 Neumonik Sains
4.3.5 Sains Hibur ( Tahap 1 )
4.3.6 Projek Kitar Semula
4.3.7 Kenali Sains
4.3.8 Buku Skrap Sains ( Tahap 2 )
4.3.9 Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru

Tindakan : Guru sains

4.4 Kewangan

4.4.1 Peruntukkan sejumlah RM 471.07


4.4.2 Cadangan pembelian alatan ialah rangka manusia.

Tindakan : Ketua Panitia

4.5 Skpmg2

4.5.1 Perlu melengkapkan 3.1.2.1 ( pengurusan panitia ) beserta eviden yang sesuai.
4.5.2 Perlu juga menilai pdpc di Skpmg2 standard 4.

Tindakan : Ketua panitia / ahli

5. HAL-HAL LAIN

5.1 SOP masih perlu dipatuhi terutamanya ketika beraktiviti.

Tindakan : Makluman

MESYUARAT DITANGGUHKAN PADA JAM 2.00 PETANG

Disediakan oleh : Disemak oleh :

_________________________ ________________________
FAZILAH BT ZAKARIA JEFREE BIN HASSIM
Setiausaha, Pengerusi,
Panitia Sains SK Pagar Sasak Panitia Sains SK Pagar Sasak

You might also like