You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI CEMPAKA

BANDAR SEBERANG PERAK,


36800 KG GAJAH,
PERAK DARUL RIDZUAN
Ruj :
Tarikh : 5 APRIL 2022

Kepada
Guru Besar,
Guru Kanan Pentadbiran,
Guru-guru Sejarah SK Seri Cempaka

Puan,

NOTIS MESYUARAT PANITIA SEJARAH KALI PERTAMA TAHUN 2022


Dengan hormatnya saya ingin menarik perhatian tuan / puan mengenai perkara di atas.

2. Sehubungan dengan itu, mesyuarat Panitia Sejarah kali pertama akan diadakan seperti ketetapan
berikut :-
Tarikh : 5 April 2022
Hari : Selasa
Masa : 1.40 petang
Tempat : Bilik Gerakan

3. Agenda mesyuarat:
1. Ucapan Pengerusi
2. Ucapan Guru Besar/ Wakil Guru Besar
3. Perlantikan Setiausaha Panitia
4 Catch up Plan 3
5. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
6. Perancangan strategik Panitia
7. Rancangan Pengajaran Harian (RPH)
8. Program Panitia
9. Kewangan (PCG)
10. Senarai tenaga pengajar
11. Penggunaan Buku Tulis ( Isu beg berat)
12. Hal-hal lain
13. Ucapan penangguhan

4. Kehadiran semua guru Sejarah adalah diwajibkan. Kerjasama tuan / puan adalah tanggungjawab kita
bersama dan segala kerjasama yang diberi diucapkan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

(NOR MAIZATULFITRI BT KAMARUDDIN)


Ketua Panitia Sejarah
MINIT MESYUARAT PANITIA SEJARAH KALI 1

Tarikh : 5 APRIL 2022 (SELASA)


Masa : 1.40 PETANG
Tempat : BILIK GERAKAN

Kehadiran :

1. En Kamarulnizam bin Marzuki (PK PENTADBIRAN)


2. Pn Nor Maizatulfitri bt Kamarudin (Ketua Panitia)
3. Pn Hjh Salmi bt Samingan
4. Pn Zulaikh bt Darusalam
5. Pn Asyikin
6. Pn Ida Rohayu bt Husin
7. Pn Rozana bt Mohamad

Agenda :

1. Ucapan Pengerusi
2. Ucapan Guru Besar/ Wakil Guru Besar
3. Perlantikan Setiausaha Panitia
4 Catch up Plan 3
5. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
6. Perancangan strategik Panitia
7. Rancangan Pengajaran Harian (RPH)
8. Program Panitia
9. Kewangan (PCG)
10. Senarai tenaga pengajar Sejarah 2022
11. Penggunaan Buku Tulis ( Isu beg berat)
12. Hal-hal lain
13. Ucapan penangguhan
AGENDA 1 : Ucapan Alu-aluan Pengerusi

1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan surah Al fatihah.


1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kerjasama guru-guru untuk
hadir dalam mesyuarat Bil 1/2022.
1.3 Beliau mengucapkan terima kasih juga atas segala kerjasama dan usaha guru-guru yang
sentiasa memberi komitmen mengajar dan menjalankan Pentaksiran yang berterusan.
1.4 Mengharapkan agar guru-guru Sejarah akan meneruskan komitmen mendidik anak-anak
SKSC pada sesi persekolahan 2022.

Tindakan :Makluman

AGENDA 2 : Ucapan Wakil Pentadbir (Encik Kamarul – PK PENTADBIRAN)

2.1 En Kamarul mengucapkan salam dan mengalu-alukan kehadiran semua ahli Panitia
Sejarah dalam mesyuarat Bil 1/ 2022.
2.2 Mengharapkan pemantapan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah di Sk
Seri Cempaka seterusnya meningkatkan lagi minat murid dalam subjek Sejarah.
2.3 Mengharapkan Panitia Sejarah dapat menjalankan tanggungjawab dengan lebih
bersemangat pada 2022.
2.4 Mengucapkan tahniah kerana berjaya menjalankan tanggungjawab dengan penuh
komitmen pada tahun 2021.

AGENDA 3: Perlantikan Setiausaha Panitia

3.1 Perlantikan telah dibuat secara rasmi oleh pihak pentadbiran dan telah dimasukkan ke
dalam takwim sekolah

AGENDA 4 : Dokumen Standard Kurikulum Pembelajaran (DSKP)

4.1 PDP mesti berdasarkan DSKP bukan lagi berdasarkan Dokumen Penjajaran Kurikulum
(DPK)
4.2 DSKP dari Tahun 4 hingga Tahun 6 telah dimasukkan dalam padlet. Pengajaran
dijalankan untuk 36 minggu sehingga 9 Disember.
4.3 Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) masih belum ada dalam padlet. Jadi diminta guru-
guru menyediakan dan memasukkan ke dalam padlet. Guru yang perlu menyediakan RPT
dan memasukkan ke dalam padlet :

 Tahun 4: Pn Siti Aishah bt Halim


 Tahun 5: Pn Salmi bt Samingan
 Tahun 6: Pn Nor Maizatulfitri bt Kamaruddin
Tindakan : Makluman

AGENDA 6 : PERANCANGAN STRATEGIK PANITIA

6.1 Masih menggunakan pelan strategik yang lalu kerana tempoh masanya tahun 2020
hingga 2024

Tindakan: Makluman

AGENDA 7 : RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)

7.1 Kita telah menggunakan jadual anjal


7.2 Buat ulangkaji sedikit tajuk yang telah diajar pada minggu seterusnya sebagai
pengukuhan dan pendedahan kepada murid yang tidak hadir pada minggu sebelumnya
7.3 Pastikan RPH dibuat samada dalam bentu ERPH atau CIDS dan hantar pada masa yang
telah ditetapkan

Tindakan: Makluman

AGENDA 8 : PROGRAM PANITIA

1) Aktiviti bulan Kemerdekaan


2) Ketua Panitia memohon kerjasama semua guru untuk bersama-sama
mengemaskini sudut panitia Sejarah di sekolah.
3) Mohon guru-guru mencari bahan yang sesuai untuk diletakkan di sudut
panitia

Tindakan: Makluman

AGENDA 9 : KEWANGAN (PCG)

9.1 Duit PCG Panitia Bahasa Melayu sesi 2022/2023 ialah RM1050
9.2 10% perlu ditinggalkan dari jumlah keseluruhan
9.3 Guru boleh mengisi nota minta sekiranya ingin membeli peralatan.
AGENDA 10 : SENARAI TENAGA PENGAJAR BAGI TAHUN 2022/2023

KELAS NAMA GURU


4 SUT PN. ZULAIKHA BT DARUSALAM
4 SAB PN. IDA ROHAYU BT HUSIN
4 SUM PN. ZULAIKHA BT DARUSALAM
5 SUT PN. NOR MAIZATULFITRI BT KAMARUDDIN
5 SAB PN. ROZANA BT MOHAMAD
5 SUM PN. NOR ASYIKIN BT
6 SUT PN. NOR MAIZATULFITRI BT KAMARUDDIN
6 SAB PN. SALMI BT SAMINGAN
6 SUM PN. SALMI BT SAMINGAN

Tindakan: Makluman

AGENDA 11 : ISU BEG BERAT

11.1 Jadual anjal telah dilaksanakan dan mulai dilaksanakan pada 28 Mac 2022
11.2 Hanya 4 subjek sahaja yang dibenarkan dalam sehari bagi murid tahap 1
11.3. Hanya 2 buah buku tulis sahaja yang dibenarkan

AGENDA 12: Hal-hal lain

12.1 Ketua panitia meminta guru-guru menggunakan bahan yang telah dibeli panitia
untuk aktiviti Sejarah di dalam kelas.

AGENDA 13: UCAPAN PENANGGUHAN

7.1 Pengerusi sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian semua guru
memberi idea dan pandangan bagi membantu meningkatkan prestas dan penguasaan
murid di Sekolah Seri Cempaka ini
7.2 Semua guru diharapkan dapat melunaskan tanggungjawab dan amanah yag diberikan
sebaik mungkin demi meningkatkan prestasi dan kemenjadian murid tanpa mengira
sebarang halangan dan rintangan yang mendatang.
7.3 Mesyuarat diakhiri dengan bacaan tasbih kifarah dan surah Al Asr
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.30 petang

Disediakan oleh, Disemak oleh,

.................................... …………………………………………………………….
(ROZANA BINTI MOHAMAD) (NOR MAIZATULFITRI BT KAMARUDDIN)
Setiausaha Panitia Sejarah Ketua Panitia Sejarah
Sk Seri Cempaka. Sk. Seri Cempaka.

You might also like