You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN TELOK TEDURI ,09100 BALING KEDAH.

MINIT MESYUARAT PANITIA SEJARAH KALI KETIGA 2021

TARIKH : 18 NOVEMBER 2021 (KHAMIS)


MASA : 2.00 – 3.30 PETANG
TEMPAT : GOOGLE MEET
KEHADIRAN :
1. PN. RAFIDAH BT. SHAARI (PK. PENTADBIRAN)
2. PN. DALILA BT MOHD NOOR (SETIAUSAHA PANITIA)
3. PN. SANISAH BT YAAKOB (AJK)

AGENDA MESYUARAT:
I. Aluan Pengerusi.
1. Pn.Rafidah mengalu-alukan kedatangan semua guru dan mengucapkan terima
kasih kepada semua guru kerana dapat hadir ke mesyuarat panitia sejarah pada
kali ini. Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah.
2. Pn.Rafidah mengharapkan perjumpaan kali ini dapat menghasilkan keputusan
yang baik untuk kecemerlangan panitia Sejarah.

II. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu


3. Pn. Dalila selaku Setiausaha membentangkan minit mesyuarat yang lalu untuk
disemak dan disahkan.
Cadangan : Pn. Rafidah
Sokongan : Pn Sanisah

III. Perkara berbangkit


4. Aktiviti-aktiviti yang dirancangkan banyak yang tidak dapat dilaksanakan kerana
kita masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terutamanya hari
kemerdekaan.

Tindakan dan makluman : Semua guru Sejarah


IV. PELAPORAN PBD AKHIR TAHUN DAN CATCH UP PLAN
5. Pn. Rafidah memaklumkan masih terdapat segelintir murid di TP 2 disebabkan
PDPC tidak dapat dilakukan secara bersemuka menyebabkan sukar bagi guru
untuk membuat pentaksiran malah terdapat ramai murid yang tidak mengikuti
langsung PDPR
6. Pn. Dalila membentangkan laporan PBD akhir tahun bagi mata pelajaran Sejarah
tahun 2021

TAHUN TP 1 TP 2 TP 3 TP 4 TP 5 TP 6 JUMLAH

4 BESTARI 0 1 8 8 0 6 23

5 BESTARI 0 3 6 6 9 4 28

6 BESTARI 0 1 12 4 1 6 24

Makluman : Semua guru Sejarah

7. Pn.Rafidah menerangkan mengenai CatchUp Plan yang perlu dirancang oleh guru
bagi semua nsubjek. Guru perlu membuat catch up bagi tajuk-tajuk yang belum
habis silibus untuk bulan Januari dan Februari 2022.
8. Tujuan catch up plan adalah supaya murid dapat menguasai semua tajuk yang
dipelajari menngikut kelas masing-masing dan mengatasi masalah keciciran
murid.

V. LAPORAN PELAKSANAAN PROGRAM PANITIA


9. Antara aktiviti Panitia Sejarah yang dilaksanakan ialah :

Bil. Aktiviti/Program Catatan

1 Sambutan Bulan Kemerdekaan Kuiz Semarak


Merdeka tahun 4
(online)

2 Pertandingan Buku Skrap Sejarah Masih belum selesai

3 Laluan Sejarah Akan dibuat semula


berikutan
“renovation” sekolah

4 Sudut Sejarah di dalam kelas Akan dibuat semula


berikutan
“renovation” sekolah

Tindakan dan makluman : Semua guru Sejarah


VI. HAL-HAL LAIN
10. Pn. Rafidah mengingatkan ahli panitia agar memastikan rekod transit diisi bagi
subjek Sejarah.
11. Pn.Rafidah juga mengingatkan agar ahli panitia melaksanakan PBD sebaik
mungkin sepanjang tahun.
12. Pn. Sanisah mencadangkan program yang bertangguh dapat dibawa ke tahun
2022/2023

VII. Ucapan Penangguhan


13. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 petang.

Disediakan Oleh; Disemak Oleh;


......................................... .......................................
(Pn.Dalila Bt Mohd Noor) (Pn.Rafidah Bt Shaari)
Setiausaha Panitia Sejarah Ketua Panitia Sejarah
Sk. Telok Teduri Sk. Telok Teduri

You might also like