You are on page 1of 11

SK BATU DANAU, LIMBANG

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU BILANGAN 1/ 2018

Tarikh : 17 Januari 2019


Masa : 1400 (Khamis)
Venu : Bilik Pemulihan, SK Batu Danau
Kehadiran :
1. En Jaul ak Bunyau (Guru Besar)
2. Pn Rita Rinai Maripa (PK 1)
3. Cik Marlina bte Zaini (Ketua Panitia)
4. Cik Nurul Izzah Afifah bte Ahmad Yousob (Setiausaha)
5. En Jerry Silverstone ak Noes
6. En Jimmy Willy Bayo
7. En. Mohd Shamin bin Ghazali
8. Cik Empina ak Matu
9. Pn Mawas ak Seli
10. En Izzuddin bin Jaffar
11. Cik Ayu Nadia binti Aidil Inka
12. Cik Noorashima binti Asa
13. En Nicholas Anderson Lim Beng Kwong
14. Cik Nawan ak Engeh ( Pemb Tadbir)
15. Pn Robina ak Minggu (PAP)

Tidak Hadir : Pn Sherliza bte Mohd Yusoff (PPM) – Cuti bersalin

1. Ucapan Pengerusi

1.1 Mengucapkan selamat datang ke Siri Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu Bil
1/2019 pada kali ini.
1.2 Merakamkan jutaan terima kasih atas komitmen, tenaga, masa dan
kerjasama yang telah diberikan sepanjang tahun 2018.
…Makluman

2. Pengesahan Minit Mesyuarat

2.1 Minit mesyurat bil 1/2019 dicadang untuk disahkan oleh __ dan disokong oleh
…Makluman

3. Perkara Berbangkit

3.1 Tiada perkara berbangkit


…Makluman

Hakcipta @ SK Ulu Lubai Page 1


Siri Mesyuarat Staf
SK BATU DANAU, LIMBANG

PEMBENTANGAN KERTAS KERJA/LAPORAN

4.1 Pengesahan perlantikan AJK 2018

4.1.1 Tahniah kepada semua warga sekolah di atas kejayaan yang telah dicapai
sepanjang tahun 2017 baik baik akademik mahupun bidang kokurikuum.

…Makluman

4.2 Rancangan Pengajaran Tahunan

4.2.1 DSKP perlu selaras untuk setiap tahun dan lengkap untuk matapelajaran
yang diajar.
4.2.2 Semakan KSSR baru bagi Tahun 1, 2 dan 3.

…Makluman

4.3 Pelaksaan Pemudahcaraan dan Pembelajaran (PdPc)

4.3.1 Pembudayaan KBAT dalam PdPc dan penyediaan soalan ujian bulanan dan
ujian Semester.
4.3.2 Contoh pelaksaan aktiviti abad ke-21 adalah seperti Gallery Walk, Hot Chair,
dan sebagainya perlu dicatat dalam rancangan pengajaran (RPH).

…Makluman

4.4 Penggunaan Buku Tulis dan Buku Kerja

4.4.1 Kita kena merancang Pelan Rancangan Jangka Pendek (Pelan Taktikal) bagi
mencapai KPI 2018.
7.2 Pelan Taktikal ini diambil dari PSS 2017-2021 berdasarkan KPI 2018.
7.3 Penyediaan Pelan Taktikal hendaklah menggunakan Format Standard yang
disediakan.
…Makluman

8. Rancangan Pemajuan Sekolah (RPS)

8.1 Rancangan Pemajuan Sekolah (RPS) pula ialah diambil dari Pelan Taktikal
2018. Inilah aktiviti yang kita akan laksanakan dalam tahun 2018.
8.2 Penulisan RPS hendaklah menggunakan Format Standard yang disediakan.

…Makluman

9. Dialog Prestasi dan Professional Learning Community (PLC)

Hakcipta @ SK Ulu Lubai Page 2


Siri Mesyuarat Staf
SK BATU DANAU, LIMBANG

9.1 Dialog Prestasi akan diadakan setiap bulan pada minggu ketiga. Segala
perbincangan hendaklah dicatat dan difailkan. Guru pencatat perlu
memastikan semua perkara yang dibincangkan dicatat dan diambil tindakan.
9.2 Dalam sesi ini semua guru bebas untuk mengemukakan cadangan, masalah,
kekurangan,keperluan mahupun kekuatan berkenaan dengan kurikulum,
kokurikulum atau perkara lain yang difikirkan perlu. Selepas itu, semua perlu
memberikan idea dan pendapat atau pandangan bagi mengatasinya.
9.3 PLC pula sebagai gelanggang untuk kita berkongsi penemuan baru, kajian
tindakan, idea atau teknik baru yang dijumpai, hasil pengalaman sendiri atau
dari orang lain untuk dikongsikan berasama dengan rakan-rakan.

…Makluman
10. Keceriaan Sekolah

10.1 Program keceriaan sekolah juga perlu diambil berat.


10.2 Aktiviti keceriaan sekolah bersama murid, PIBG dan komuniti diteruskan.
10.3 Guru Keceriaan perlu merancang dan melaksanakan aktiviti keceriaan agar
sekolah sentiasa ceria, kondusif dan selamat. Ini memandangkan sekolah
sentiasa dilawat dan dibenchmark oleh orang luar.

…Makluman
11. Pelantikan Penolong Kanan

11.1 Penolong Kanan Kurikulum : Pn Rita Rinai Maripa


11.2 Penolong Kanan HEM : Cik Marlina bte Zaini (Hakiki)
11.3 Penolong Kanan KK : Cik Nurul Izzah Afifah Binti Ahmad Yousob

12. Buku Rekod Mengajar Harian (RPH)

12.1 BRM perlu dihantar pada setiap hari Jumaat untuk disemak oleh PK I, PK
HEM dan PK KK.
12.2 Penyemakan buku RPH sebagai eviden dan pemberian markah PBPPP.
12.2 Manakala pada setiap hujung bulan perlu dihantar kepada Guru Besar untuk
disemak.
12.3 Guru tidak digalakkan untuk membuat persediaan mengajar harian dalam soft
copy atau disimpan dalam komputer tetapi dibenarkan untuk membuatnya
menggunakan komputer dalam hard copy dan difailkan.
12.4 Guru2 perlulah menyampaikan PdPc yang berkesan dan berkualiti setiap
masa, bukan ala kadar atau sedarhana sahaja.
12.5 Soalan KBAT/HOTS hendaklah dicatat dlm buku RPH.

Hakcipta @ SK Ulu Lubai Page 3


Siri Mesyuarat Staf
SK BATU DANAU, LIMBANG

12.6 Catatkan soalan KBAT/HOTS di papan tulis dan biar murid mengenali soalan
dan bentuk soalan tersebut supaya mereka dapat membiasakan diri dengan
soalan tersebut.
12.7 Guru subjek dan Guru Panitia hendaklah menggumpulkan soalan
KBAT/HOTS dan membukukannya supaya murid boleh menjadikannya
sebagai rujukan.
12.8 Objektif pelajaran hendaklah ditulis di papan putih supaya murid tahu apakah
yang hendak dicapai pada hari itu.
…Makluman

13. Program Panitia

13.1 Program Panitia hendaklah digerakan atau dijalankan dengan giat dan
berkesan.
13.2 Setiap panitia perlu mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali
setahun.
13.3 Panitia juga perlu menubuhkan AJK dan merancang program.
13.4 Setiap panitia perlu mempunyai fail dan rekod hendaklah sentiasa kemaskini.
13.5 Aktiviti Panita juga harus diperbanyakkan di peringkat sekolah bagi membina
keyakinan, kaemandiran serta kemenjadian murid.
Tindakan : Ketua Panitia

14. Program MaCs SKUL / Headcount / Modal GROW

14.1 Program MaCs akan diteruskan pada tahun ini.


14.2 Guru Kelas harus menyediakan carta MaCs dalam kelas masing-masing dan
merekodkan atau mengemaskininya selepas setiap ujian bulanan.
14.3 Murid hendaklah dikategorikan dalam 3 bahagian iaitu cemerlang, sederhana
dan harapan.
14.4 Semua sekolah disarankan untuk menggunakan Modal GROW.
14.5 Dengan data tersebut kita boleh mengikuti perkembangan murid bagi
memastikan mereka menguasai tahap minimum Gred D.
14.6 Guru subjek perlu membuat tindak susul bagi mengatasi kelemahan murid.

…Makluman
15. Kehadiran Guru ke Sekolah

15.1 Guru perlu berada di sekolah sebelum jam 7.20 kerana sesi PdPc bermula
jam 7.30 pagi.
15.2 Semua guru diminta mematuhi waktu tersebut.
15.3 Kehadiran juga melibatkan aktiviti atau program sekolah. Semua warga
sekolah perlu hadir bagi setiap aktiviti atau program sekolah.

Hakcipta @ SK Ulu Lubai Page 4


Siri Mesyuarat Staf
SK BATU DANAU, LIMBANG

15.4 Pelibatan semua warga sekolah sangat diperlukan terutama ketika mengelola
atau melaksanakan sesuatu aktiviti.
…Makluman

16. Pakaian dan Tatasusila

16.1 Semua warga sekolah perlulah sentiasa berpakaian kerja yang kemas ketika
bertugas.
16.2 Pegawai perempuan pula tidak dibenarkan menggunakan pakaian yang
menjolok mata.
16.3 Semua warga sekolah diwajibkan untuk memakai batik pada setiap hari
Khamis. Ini adalah berdasarkan arahan yang dikeluarkan oleh Ketua
Setiausaha Jabatan Perkhidmatan Awan bertarikh 16 Januari 2008.
16.4 Pada hari Isnin pula semua warga sekolah digalakkan menggunakan baju kot
terutama semasa perhimpunan.
16.5 Manakala pada hari Rabu pula, pakaian Unit Beruniform adalah digalakkan.

…Makluman

17. Keluar Masuk Bahan (LPBT DLL)

17.1 Bahan atau barang yang diambil dari LPBT dll hendaklah direkod dalam buku
rekod yang disediakan.
17.2 Guru bertanggungjawab perlu memastikan segala rekod hendaklah
kemaskini.
17.3 barang yang tidak pakai terus atau dipinjam hendaklah dipulangkan semula.

…Makluman

18. Menyemak Buku Kerja / Latihan Murid

18.1 Buku kerja atau buku latihan murid hendaklah sentiasa disemak.
18.2 Guru-guru dinasihatkan supaya menyemak dengan betul bagi mengelakkan
sebarang masalah yang timbul dari ibu bapa.
18.3 Buku kerja atau buku latihan akan disemak oleh semua PK bagi memastikan
guru-guru menyemak buku kerja atau buku latihan murid.
18.4 Semakan buku kerja murid hedaklah dibuat secara berkala dan direkod dan
disimpan dalam fail sebagai eviden.
…Makluman

19. Takwin Sekolah 2018

Hakcipta @ SK Ulu Lubai Page 5


Siri Mesyuarat Staf
SK BATU DANAU, LIMBANG

19.1 Aktiviti dalam Takwin 2018 hendaklah dipatuhi atau dijalankan seboleh-
bolehnya mengikut tarikh yang telah ditetapkan bagi mengelakkan pertindihan
masa dengan aktiviti lain dan kursus-kursus.
19.2 Guru-guru digalakkan supaya melibatkan semua murid dalam aktiviti
pertandingan.
19.3 PK KK sediakan tapak dengan menyesuaikan semua aktiviti sekolah
sepanjang tahun 2018. Guru-guru diminta mengisi tapak yang disediakan,
selepas itu menyerahkannya kepada PK KK.
…Makluman

20. Perhimpunan Sekolah

20.1 Perhimpunan sekolah diadakan setiap hari Isnin bermula jam 7.30 – 8.00
pagi.
20.2 Pengisiannya adalah persembahan murid dan sesi motivasi oleh guru-guru
secara bergilir-gilir.
20.3 Pengisian aktiviti perlulah diselaraskan dengan penambahbaikan dan diisi
dengan aktiviti yang menarik.
20.4 Guru-guru bergilir-gilir untuk memberi sesi motivasi 3 – 5 minit .
…Makluman
21. Kutipan Data

21.1 Semua data-data dan pulangan data hendaklah disiapkan mengikut tarikh
yang ditetapkan.
21.2 Sebarang kelewatan akan menjejaskan semua pihak termasuk PPD
21.3 Data-data yang dihantar hendaklah tepat dan perlu disemak dengan teliti dan
betul sebelum diserahkan kepada Guru Besar untuk ditandatangani.
21.4 Segala surat yang hendak dihantar ke PPD dan JPN hendaklah melalui Guru
Besar terlebih dahulu.
21.5 PAP hendaklah memastikan segala maklumat, pulangan data dan surat
menyurat hendaklah mematuhi tarikh yang telah ditetapkan.
21.6 PAP hendaklah menguruskan Sistem “Filing” dengan kemaskini bagi
mengelak surat-surat penting tercicir dan tidak berada dalam fail yang
sepatutnya.
…Makluman
22. Guru Bertugas Harian

22.1 Guru Bertugas Harian hendaklah datang ke sekolah lebih awal sebelum jam
7.00 pagi.
22.2 Guru Bertugas Harian hendaklah memastikan bahawa semua aktiviti sekolah
pada hari tersebut berjalan mengikut jadual.
22.3 Bidang Tugas GBH – sila rujuk Buku Panduan Pengurusan AM sekolah.

Hakcipta @ SK Ulu Lubai Page 6


Siri Mesyuarat Staf
SK BATU DANAU, LIMBANG

22.4 GBH hendaklah mencatat segala aktiviti sepanjang hari tersebut dalam Buku
Log yang disediakan.
…Makluman

23. Kepentingan Profesional

23.1 Semua warga sekolah hendaklah peka dan harus mengambil kira bahawa
kepentingan professional haruslah mengatasi kepentingan peribadi.
23.2 Dengan kepesatan media elektronik maka semua warga sekolah perlu pandai
menghadam antara maklumat yang sahih dan palsu.
23.3 Jangan suka memviralkan berita-berita sensasi yang belum tentu
kesahihannya.
23.4 Kita kena ada integriti dan bukan menjadi batu api. Cthnya … perkara
berkaitan dengan sekolah, pembersihan kawasan atau pengawal
keselamatan jangalah dihebahkan agar tidak ada salah faham antara pihak
sekolah dengan pekerja-pekerja pembersihan kawasan atau pengawal
keselamatan.
23.5 Guru Pengiring yang membawa murid keluar perlulah mengikut SOP
(Standard Operational Procedure) bagi semua perkara.
23.6 Soal keselamatan pelajar di boleh dikompromi dan haruslah diambil berat.

…Makluman

24. Pendokumentasian Program Sekolah ( Rancangan Pemajuan Sekolah)

24.1 Setiap program yang diadakan hendaklah didokumentasikan sebagai bukti


atau rujukan sekolah dan pihak luar.
24.2 Kita kena perbanyakkan aktiviti dan program peringkat sekolah bagi
mengembangkan potensi setiap orang pelajar. Kemenjadian dan kemandiran
pelajar amatlah penting bagi membolehkan mereka mampu bersaing
diperingkat global.

24.3 Program-program yang telah dikenalpasti adalah seperti berikut:

Bil Nama Program Tindakan


1 Program ELIS Cg Nicholas
2 Program Memberus Gigi Cg Marlina
3 Program PROKAT Cg Mawas / Cg Empina
4 Program NILAM Cg Ayu / Cg Shima
5 Program BIOTIK Cg Rita / Cg Marlina
6 Program PROLAH Cg Izuddin
7 Program Motivasi Cg Marlina / Cg Mawas

Hakcipta @ SK Ulu Lubai Page 7


Siri Mesyuarat Staf
SK BATU DANAU, LIMBANG

8 Program Bimbingan Rakan Sebaya Cg Mawas


9 Program BAHA Cg Shamin
10 Program Kebersihan Diri Cg Marlina
11 Program 4 In 1 Cg Rita
12 Program Kepimpinan Pengawas Cg Marlina
13 Program Minggu Sains Cg Jerry
14 Program Minggu Matematik Cg Shamin
15 Program Keceriaan Cg Jerry
16 Program Pondok Ilmu Cg Fitri
17 Mr & Mrs Champion Cg Shamin
18 Early Reading Readiness (E2-Ready) Cg Nicholas
19 Knowing Verbs Programme (NOVE) Cg Nicholas
20 Apprentice Writing Programme (ICE-Wing) Cg Nicholas
21 Perkhemahan Pengakap Cg Shamin
22 Program “Ai Kitai” Cg Jimmy
23 Program “Ngerupan” Cg Empina
24 Program “Tungkus Asi” Cg Marlina
25 Program “Ngalu Pengabang” Cg Mawas / Cg Izzah
26 Program “Batu Ilau” Cg Rita
27 Mini English Week / Fun Learning Cg Jimmy
28 Program Staf Penyayang Cg Empina / Cg Marlina
29 Mastika Budaya Seni Cg Rita
30 Program Minggu Bahasa Cg Izzah
31 Program Mentor Mentee (Plan 3 Kaki) Cg Nicholas / Cg Jerry
32 Program Jaringan Cg Jerry / Cg Empina
33 Program Jalinan Cg Nicholas / Cg Jimmy
34 Program Penandaarasan Cg Izzah / Cg Shamin
35 Program “Gate Keeping” Cg Marlina
36 Program Bimbingan Kaunseling Kerjaya Cg Mawas / Cg Marlina
37 Kem Membaca 1 Malaysia Cg Izzah
38 Program Reka Cipta Muda “Young Inventor” Cg Izzuddin / Cg Jerry
English In Camp ( Program Jalinan dengan
39 Cg Nicholas / Cg Jimmy
UPM Kampus Bintulu

…Makluman

25. Hal Cuti

25.1 Semua guru diberi 10 hari CRK setahun. Maka diingatkan semua guru
dinasihatkan untuk menggunakan CRK mereka dengan sebaiknya.

Hakcipta @ SK Ulu Lubai Page 8


Siri Mesyuarat Staf
SK BATU DANAU, LIMBANG

25.2 Semua warga sekolah diingatkan sebelum mengambil CRK hendaklah


memohon terlebih dahulu kecuali bagi kes-kes kecemasan.
25.3 Kelulusan cuti bergantung kepada keperluan dan kelulusan Guru Besar.
25.4 Cuti boleh ditarik balik jika ada keperluan khas.
25.5 Semua warga sekolah perlu merancang cuti dengan baik. Jika ada aktiviti
atau program sekolah maka cuti tersebut tidak akan luluskan.

…Makluman

26. Hal surat-menyurat

26.1 Segala hal berkaitan dengan surat menyurat hendaklah melalui GB terlebih
dahulu.
26.2 Segala pulangan atau kutipan hendaklah mematuhi tarikh yang telah
ditetapkan.
26.3 PAP hendaklah merekodkan, menfailkan surat yang diterima dan
menyerahkan kepada GB pada hari Isnin. GB akan mencatatkan guru-guru
yang bertanggungjawab untuk memastikan segala laporan, pulangan dan
tindakan yang perlu untuk diambil tindakan oleh PAP yang akan menyediakan
surat iringannya.
26.4 Segala surat yang hendak dihantar ke pejabat hendaklah diserahkan kepada
GB selewat-lewatnya hari pagi Jumaat untuk semakan dan tandatangan.

…Makluman

27. PPPM 2013 – 2025

27.1 Semua warga sekolah perlu mengetahui PPPM ini. Apakah matlamat PPPM
2013-2025? Melonjakkan sistem pend. negara dlm kelompok satu pertiga
teratas sistem pend. terbaik dunia.
27.2 B/m kita dpt mencapai matlamat tersebut? Melalui 5 aspirasi sistem dan 6
aspirasi murid.
27.3 5 aspirasi sistem dan 6 aspirasi murid ialah Akses, kualiti, ekuiti, perpaduan
dan kecepakan. 6 aspirasi murid ialah pengetahuan, kem. Berfikir, kem.
Memimpin, kem. Dwibahasa, etika + kerohanian dan identity national.

…Makluman

28. Dual Language Programme (DLP)

Hakcipta @ SK Ulu Lubai Page 9


Siri Mesyuarat Staf
SK BATU DANAU, LIMBANG

28.1 Tahniah kepada semua guru yang Berjaya menjayakan DLP di sekolah kita.
28.2 Gunakan peluang yang diberikan kepada kita untuk membuktikan DLP
berjaya di sekolah kita.
28.3 Kita perlu membuat penilaian dan melihat apakah kita sudah cukup berjaya
atau sebaliknya. Jika belum kita kena membuat penambahbaikan.

…Makluman

29. Program Kelas Bercantum

29.1 Pada tahun 2018 sekolah kita terpilih untuk melaksanakan Kelas Bercantum
untuk Kelas Tahun 4 dan Tahun 5
29.2 Kita perlu melihatnya dari sudut yang positif walaupun, dalam pelaksanaan
mungkin ada kelemahannya. Justeru, kita kena terima perubahannya
tersebut.
29.3 Kelas Bercantum ini adalah salah satu strategi untuk memperkasakan SKM.

…Makluman

30. Buku Pengurusan Am Sekolah (BPAS)

30.1 Semua warga sekolah perlu memahami dan menghayati BPAS.


30.2 Jadikan buku tersebut sebagai rujukan dan panduan kita dalam menjalankan
tugas supaya iyanya lebih berkesan.
…Makluman

31. Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang Dua (SKPMg2)

31.1 SKPMg2 adalah satu intrumen pengukuran yang sangat penting dan harus
diambil secara serius
31.2 Hasrat KPM adalah agar semua sekolah di Malaysia membudayakan
SKPMg2. Ini bermakna setiap sekolah akan dan harus membuat
penambahbaikkan bagi kelemahan atau kekurangan yang berlaku supaya
markah dapat ditingkatkan.
31.3 Pasukan Pelaksana Standard (PSS) hendaklah mematuhi dan membuat
penambahbaikan dari semasa ke semasa.
31.4 Penulisan eviden hendaklah ringkas, tepat dan padat.
31.5 Eviden hendaklah disimpn alam fail yang telah disediakan oleh PK1 sebagai
bukti atau rujukan untuk diverifikasi oleh pihak luar.
31.6 Dokumen hasil penilaian yang telah ditandatangani oleh PSS hendaklah
dikembalikan kepada Jawatankuasa SKPM Sekolah (JKSS).
31.7 JKSS hendaklah memastikan semua maklumat dimasukan ke portal SKPMg2
mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

…Makluman

Penangguhan Mesyuarat

Hakcipta @ SK Ulu Lubai Page 10


Siri Mesyuarat Staf
SK BATU DANAU, LIMBANG

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang.


Pencadang : Encik Jimmy Willy Bayo
Disokong : Cik Nurul Izzah Afifah Bte Ahmad Yousob

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

(AYU NADIA BINTI AIDILL INKA) (JAUL ANAK BUNYAU)


Pencatat Mesyuarat Staf, Guru Besar,
Sk Ulu Lubai, Sk Ulu Lubai,
Limbang. Limbang.

Hakcipta @ SK Ulu Lubai Page 11


Siri Mesyuarat Staf

You might also like