You are on page 1of 9

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN SEKOLAH

KALI KEEMPAT TAHUN 2019


SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN
SK BOMBALAI (M), TAWAU

TARIKH : 21 NOVEMBER 2019


MASA : 12.15 TENGAHARI
TEMPAT : BILIK GERAKAN SK BOMBALAI (M), TAWAU.

BIL NAMA JAWATAN


1 En. Beddu bin Dollah Guru Besar
2 En. Kadir bin Ali Guru Penolong Kanan 1
3 Pn. Linawati bt. Suin Guru Penolong Kanan Hem
4 En. Safari Adinin Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum
5 Pn. Julianah binti Jimin Guru Perpustakaan & Media, S/U pengurusan
6 Hjh. Normah bt. Kamunri Penye. Thn 6, Guru Kelas 6U
7 Hj. Kamaruddin b. Ab. Kadir Pegawai Pembangunan, Keceriaan
8 Pn. Sinawati bt. Dandang Guru Kelas 4U, Peny Dialog Prestasi,Peny i-Think
9 En. Karim bin Batjo Peny. Kebitaraan Olahraga
11 En. Arman bin Amboalang Penyelaras Kluster Sains,Guru Disiplin
12 En. Azlan bin Haris Peny. Frog-Vle, Peny. PAJSK, KP PK
13 Pn.Nor Shuhada bt Mohd. Shukri Guru Kelas 4T, S/U HEM
14 Pn Sumarni bt Kadiran KP Bahasa Melayu, Guru Nilam,Peny PLC
15 Pn. Syukriah binti Daud KP Bahasa Arab, Guru Kelas 2u
16 Pn. Fatimah bt. Abu Bakar KP Agama Islam, Guru Kesihatan
17 Pn. Beche Hamisah bt Laturu Guru Kantin, KP Sejarah, Guru Kelas 5U
18 Pn. Faizah bt. Mahmud Peny. PBS, KP PSV, Guru Kelas 2T
19 Pn. Jurianty bt Idris Guru Pra Sek Titanium, S/U Ko-Kum
20 Pn. Juria bt. Mustafa Guru Pra Sek Uranium, Peny Ladap
21 Cik. Harimah bt. Sarakil Guru Kebajikan, Guru Kelas 6T
22 En. Mohd. Khairul Aidilkhidir bin Rozali S/U Peperiksaan, S/U Sukan
23 Pn. Normanita @Diding binti Osman Peny. RMT, Guru Kelas 1T, Peng. Kelab Staf
24 En. Mohamad Rozainizam b Usnie KP Bahasa Inggeris, Peny.-HIP
25 Pn. Norini bt. Mahmud Penyelaras Bilik Boss dan Bilik-bilik Khas
26 Pn. Noor Fadhilah bt. Zainal Abidin Guru Pemulihan, S/U Kurikulum
27 En. Sabril bin Baco KP Sains, Guru Kelas 5T, Peny UB
28 En. Rahim bin Larose GICT, Peny. Headcount Sek.Guru kelas 3T
29 En. Roslan b. Balama Pegawai Aset, Guru APD, Guru Kelas 3U
30 En. Mohammad Jabalnur b. Pari Peny. Ko-Akademik, KP TMK/RBT
31 Pn. Marbawati binti Bacho Peny. SKPMg2, S/U PIBG
32 En. Saharuddin b. Baharuddin Guru Data, Peny. Kluster
33 Pn Hasliza binti Hamid Guru Bimbingan Kaunserling, Peny PPDA
34 Pn. Arbaya binti Karim AKP- Peny. HRMIS
35 Pn. Haslin binti Rahmat AKP- Peny Bilik Gerakan
36 Pn. Maryana binti Muchsin Juruteknik, Peny Pusat Akses, S/U Aset
37 Pn. Halizah binti Dullah Pembantu-Pra Sekolah
38 Pn. Rahaina bt Awang Pembantu-Pra Sekolah

Tidak Hadir :

1. Pn. Darna binti Djuppri (Bersebab)


2. Pn. Jumdatiah binti Baddiri (Bersebab)
3. En. Ismail (Bersebab)

BIL PERKARA
1 UCAPAN PENGERUSI
1.1 Assalammualaikum dan terima kasih atas kehadiran semua guru dan Ahli Kumpulan
Pelaksana (AKP). Pengerusi memaklumkan minit kali ini beliau akan kongsikan mengenai
perkara-perkara yang beliau sangat tekankan dalam pentadbiran dan pengurusan sekolah.
Makluman
1.2 Pengerusi juga memohon persetujuan agar minit kali ini hanya memfokuskan kepada
Laporan Tahun 2019 dan program-program untuk Tahun 2020 bagi setiap unit. Semua ahli
bersetuju.

1.3 Pengerusi juga membentangkan bagaimana penyediaan pelan strategik (3-5 tahun) Pelan
Taktikal dan Operasi sekolah (setahun).
Makluman
1.4 Pengurusan Organisasi dan pentadbiran pada 2020 mungkin akan berlaku perubahan dengan
ahli jawatankuasa yang baharu untuk meningkatkan impak pengurusan sekolah.
Makluman
1.5 Beliau turut menyentuh mengenai kewajipan untuk hadir bertugas seperti dalam peruntukan
(SPI Bil. 2/1981) bagi memastikan agar setiap guru hadir bertugas.

1.6 Terdapat beberapa perkara yang perlu diubah iaitu :


1.6.1 Penggunaan waktu luang guru seperti dalam peruntukan (SPI Bil. 3/1981)
Merujuk waktu guru tidak ada sesi Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) agar
memanfaatkan masa tersebut untuk persediaan menggajar atau menyemak kerja murid.
1.6.2 Peringatan mengenai staf keluar semasa bertugas. Masa keberadaan di sekolah kurang
mencukupi akan dikira sebagai tidak hadir mengajar.
1.6.3 Beliau turut mengingatkan semua staf agar menggunakan kemudahan Cuti Rehat Khas
(CRK) dengan betul kerana cuti CRK bukan hak tetapi adalah suatu keperluan. Kadar
minimum perkhidmatan setahun adalah 190 hari. Sekiranya hari bekerja tidak
mencukupi, anda tidak akan dibayar perkhidmatan.
1.6.4 Turut diingatkan bahawa Permohonan Cuti Rehat Khas (CRK) tidak boleh diambil
selama 3 hari berturut-turut, Cuma dalam hal-hal tertentu misalnya cuti untuk membuat
pendaftaran anak ke MRSM atau keluarga sakit seperti yang termaktub dalam 11
perkara yang akan beliau terangkan kemudian.
1.6.5 Beliau membuka perbincangan mengenai hukuman yang boleh dikenakan kepada murid.
Puan Linawati diingatkan agar membuat organisasi Disiplin.
1.6.6 Beliau turut mengingatkan agar tidak sekali-kali menghantar pesanan ringkas kepada
beliau mengenai Ketidakhadiran. Sebagai memudahkan Pengantian kelas beliau
mengingatkan agar pesanan dihantar kepada Penolong Kanan 1 (PK1).
1.6.7 Beliau turut mengingatkan agar sentiasa menggunakan tanda nama untuk memudahkan
komunikasi dan sebagai “First Impression” kepada orang luar.
1.6.8 Berkaitan dengan keselamatan beliau mengarahkan agar semua kereta yang “parking”
dalam kedudukan kepala kereta menghala ke luar.Bukan itu sahaja, keselamatan di
dalam kelas perlu diambil berat. Guru-guru kelas perlu memastikan agar semua kerusi
dan meja adalah selamat digunakan.
1.6.9 Sebagai peringatan Tugas Hakiki seorang guru adalah :
1.6.9.1 Menyediakan RPH/ e-RPH
Pada bulan/ minggu yang guru disenaraikan untuk dicerap, diingatkan agar mencetak
Rancangan Pengajaran Harian (RPH) sebagai persiapan untuk pencerapan. Sediakan
“hardcopy” RPH untuk dikepilkan bersama dengan borang pencerapan. GB akan
maklumkan sehari lebih awal untuk persiapan guru. Setiap guru perlu dicerap 3 kali
setahun. Pencerapan akan bermula bulan Mac dan ketua bidang boleh mencerap. Masa
pencerapan boleh runding untuk pertukaran dengan guru lain.
1.6.9.2 Mengajar pada waktu PdPc
1.6.9.3 Menyediakan Data
Maklumat yang disediakan perlu tepat. Oleh itu beliau mengingatkan pada awal tahun
nanti sila pastikan bilangan murid sebenar yang tidak tahu membaca untuk subjek
Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, begitu juga Matematik , simpan dan buat analisis
data hingga akhir tahun. Pastikan data yang dikirim tepat dan sejajar dengan data yang
dihantar kepada PPD dan dijadikan sebagai panduan untuk bulan berikutnya.
1.6.9.4 Tugas Tambahan Guru. Khasnya jawatan dalam unit-unit agar dapat dilaksanakan.
Jawatan yang diberi adalah mandat yang diberikan oleh pentadbir. Jawatan Setiausaha
adalah sangat main peranan.
1.6.9.5 Setiausaha perlu buat Pelan Operasi yang mengandungi langkah-langkah perlaksanaan
bermula daripada sesi mesyuarat hinggalah kepada postmortem.
1.6.9.6 Sebagai peringatan setiausaha yang terlibat dalam pentadbiran agar tidak dilantik dalam
mana-mana unit jawatan lain.
1.6.9.7 Buat program yang sudah dimurnikan bersama PK-PK barulah dimaklumkan kepada
GB.
1.6.9.8 Sebagai menjawab kepada pertanyaan Puan Marbawati, sekiranya temujanji anak jam
9.00 pagi, sila datang ke sekolah dahulu baru hadiri temujanji. Sekiranya memungkinkan
kehadiran guru tidak melebihi 3 jam, beliau mengingatkan agar tidak payahlah guna
CRK. Ini penting agar tidak mensia-siakan CRK. Namun demikian dapatkan” Time
Sleep” masa rawatan sebagai rujukan. Demi mencukupkan 190 hari bekerja, Gunakan
sistem jual beli dan guru ada dua pilihan iaitu samaada mendapatkan slip rawatan atau
menggunakan sistem jual beli, apa yang penting guru boleh mengurus cuti sebaiknya.
1.6.9.9 Beliau memohon kepada Puan Juria Mustafa agar mengendalikan program mengenai
kawalan stress dan keberhutangan dalam SPL KPM pada setiap bulan bagi tahun
hadapan.
1.6.9.10Terdapat tiga bentuk perjumpaan yang meliputi :
1.6.9.10.1 Mesyuarat
1.6.9.10.2 Taklimat/Perjumpaan
1.6.9.10.3 Dialog Prestasi

2. KURIKULUM
2.1 En. Kadir Ali mengucapkan salam dan tahniah atas kejayaan dalam peningkatan
Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) baru-baru ini. Keputusan yang teratas di
PPD Tawau iaitu 93.6%.
2.2 Jadual waktu telah selesai dibuat. Guru Besar akan mengajar Pendidikan Moral
Tahun 5 Titanium. Purata masa mengajar bagi guru akademik adalah antara 20-28
waktu.
2.3 Beliau turut mencadangkan agar ada “group whatssap” khas untuk jadual ganti bagi
memudahkan urusan jadual gantian semasa ketiadaan guru tertentu.
2.4 Whatssap berkaitan soal kerja sekolah adalah bermula 6 pagi hingga 3 petang. Jika
ada urusan yang perlu akan dihantar menggunakan Whatssap rasmi sekolah.
2.5 Beliau mengingatkan bahawa Whatssap Group Rasmi hanya untuk hal rasmi sahaja.
2.6 Pencapaian UPSR Tahun ini mendesak KPI murid tahun hadapan lebih tinggi
berbanding TOV tahun ini.
2.7 Perbandingan GPS adalah 2.25. Bagi mencapai KPI tahun hadapan, beliau mengesa
agar Pelan Strategik, Taktikal dan Operasi dimurnikan untuk memungkinkan
pencapaian yang diharapkan.
2.8 Terdapat modifikasi Jawatan Kuasa Kerja, dalam 1 unit akan melibatkan
jawatankuasa yang lain dalam agihan kerja.
2.9 Sistem kerja adalah secara Naratif yang disarankan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM).
2.10 Pencerapan akan dilakukan oleh Ketua Panitia (KP). Surat Perlantikan akan
dijana.
2.11 Membudayakan mesyuarat setiausaha perlu main peranan.
2.12 Panitia yang akan digugurkan adalah RBT.
2.13 SSM akan diurus oleh encik Saharuddin bin Baharuddin. Suka Tuan GB
memberi sedikit peringatan agar beliau mengambil tindakan pengemaskinian data
pada 25 haribulan ini untuk tindakan pengesahan Tuan Guru Besar (GB). Berikutan
itu, Tuan GB meminta agar beliau menyerahkan kata laluan SSM.
2.14 Penyelaras PBD kekal Puan Faizah binti Mahmud.
2.15 Penyelaras PSS kekal Puan Julianah binti Jimin.
2.16 Penyelaras Segak kekal Encik Azlan bin Haris.
2.17 Penyelaras UBK kekal Puan Hasliza binti Hamid.
2.18 Penyelaras Pemulihan kekal Puan Noor Fadhillah binti Zainal
2.19 Penyelaras Jadual Waktu kekal Encik Azlan bin Haris.
2.20 Penyelaras Tahun Enam kekal Puan Hjh. Normah Kamunri.
2.21 Penyelaras Pra Sekolah Puan Jurianty binti Idris.
2.22 Penyediaan Takwim perlu keselarasan :
2.22.1 Pelaporan PBD akan diminta menggunakan khidmat Pesanan Ringkas
(SMS).
2.22.2 Menekankan 3 aspek penting:
2.22.2.1PAK-21 dan KBAT
2.22.2.2PLC/ LADAP
2.22.2.3Dialog Prestasi
2.22.3 Mengandungi penetapan PLC
2.22.4 Dialog Prestasi boleh dilaksanakan oleh mana-mana guru.
2.22.5 Setiap panitia mengetahui sejauhmana kualiti pengurusan panitia.
2.22.6 Takwim Kurikulum masih dalam pertimbangan. Takwim sentiasa
ditampal dilaluan mengikut bulan.
2.22.7 Panitia Bahasa Melayu/ Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab akan
digabungkan dalam Program Peningkatan Ilmu Bahasa yang akan
dilaksanakan 2 kali setahun iaitu setiap semester satu kali.
2.22.8 Ketua Panitia turut digesa agar menyenaraikan 6 aspek penting dalam
perlaksanaan. Sebagai makluman awal target bagi tahun 2021
disasarkan 100% pencapaian Menguasai Tahap Minimum (MTM).
2.22.9 Panitia yang akan digabungkan adalah Panitia Bahasa Arab akan
bergabung dengan Panitia Agama Islam.
2.22.10 Bekerjalah kerana Allah pada tahun hadapan semoga kita semua akan
semangkin berbahagia.

4. HAL EH-WAL MURID


4.1 Pn Linawati Suin melaporkan maklumat daripada unit HEM. Sehingga kini enrolmen murid
adalah seramai 322 orang, ada permohonan perpindahan keluar dan masuk namun maklumat
tepat akan kita ketahui pada Januari 2020.
Makluman

4.2 Kehadiran secara purata adalah 96% dan telah mancapai KPI yang telah ditetapkan oleh
PPD. Namun KPI peringkat sekolah kita iaitu 97% masih belum dicapai. Sebagai maklum balas
mengenai isu tersebut, tuan GB menyuarakan bahawa apa yang lebih utama adalah sekolah kita
telah mencapai sasaran PPD.
Makluman

4.3 Beliau turut memaklumkan bahawa Laporan akhir Kepatuhan Disiplin telah mencapai 100%
namun pada bulan Ogos terdapat sedikit penurunan kepada 99.1% berikutan masalah
ketidakhadiran.
Makluman

4.4 Puan Linawati Suin turut memaklumkan bahawa semua guru ada mengisi SSDM. Beliau
turut mengucapkan tahniah atas kerjasama semua guru.
Makluman

4.5 Bagi bantuan KWAMP seramai 100 orang penerima manakala hanya seramai 5 orang murid
menerima bantuan e-Kasih.
Makluman

4.6 Beliau turut memaklumkan bahawa Bantuan Awal Persekolahan telah terlaksana dan telah
diagihkan sepenuhnya.

4.7 Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mencatatkan seramai 64 orang murid layak namun
seorang telah berpindah menjadikan jumlah kesemuanya seramai 63 orang murid. Perlaksanaan
RMT berakhir esok iaitu 22 November 2019. Peruntukan Pembayaran RMT setahun adalah 190
hari namun bagi tahun ini hanya 181 hari sahaja. Peruntukan pembayaran 9 hari yang kurang itu
akan dibawa kehadapan.
Makluman
4.8 Bantuan Susu RMT yang sepatutnya dilaksanakan pada awal Jun tidak dapat dilaksanakan
atas hal-hal tertentu. Antaranya syakirat berkenaan membekalkan susu campuran iaitu tidak
mengikut spesifikasi yang telah dtetapkan. Oleh yang demikian, terpaksa dibatalkan.
Makluman
4.8 Bekalan buku teks telah diserahkan kepada murid-murid untuk penggunaan tahun hadapan.
Kecuali Tahun 3 tahun ini.
Makluman
4.9 Puan Linawati Suin turut memaklumkan bahawa adik Siti Rofidah (Tahun 6 Uranium) layak
mendapat bantuan wang dan wang tersebut buat masa ini belum dapat disalurkan.
Makluman
4.9.1 Encik Rahim Larose memaklumkan bahawa Bantuan Kerajaan Tahun 5 telah diagihkan.
Sehingga kini belum ada bekalan susu. Pada masa sekarang masih terdapat peruntukan yang
telah lepas bagi bantuan baju seragam sekolah dalam stor dan akan diagihkan esok kepada
murid-murid yang layak. Tuan Guru Besar mengingatkan agar bantuan tersebut disalurkan
kepada murid-murid yang berpendapatan dibawah RM340 sebulan.

4.9.2 Puan Normanita binti Osman melaporkan seramai 61 orang murid Tahun Satu 2020.
Namun, setakat ini hanya 41 orang murid sahaja yang mendaftar.

4.9.3 Puan Sumarni memaklumkan bahawa Status Laporan PIBK mesti 97%. Kehadiran ibu
bapa. Beliau melaporkan bahawa pada hari Pelaporan kehadiran ibu bapa adalah 100%,pada
Hari Sukan 96.7% dan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar MAPC adalah 100%. Tuan GB
meminta agar penyelaras menyenaraikan program-program yang melibatkan ibu bapa.

4.9.4 1 Projek bersama PIBG yang belum terlaksana iaitu pembinaan kawasan tempat letak
kereta dan sistem perpaipan sekolah.

4.9.5 Agihan Jawatan di bawah unit HEM masih kekal. Setiausaha HEM buat masa ini belum
ada penganti mengantikan Puan Suhada binti Syukri yang akan berpindah. PK HEM akan
tentukan siapa yang bakal menyandang jawatan tersebut. Manakala Jawatan guru kelas masih
kekal. Kini, terdapat 4 kekosongan guru kelas.
Makluman

4.9.6 Takwim 2020 akan dimasukkan 5 cuti peristiwa atas nasihat tuan Guru Besar(GB). Sebagai
makluman Cuti Peristiwa adalah cuti untuk PdPc sahaja, namun atas budi bicara GB guru-guru
boleh tidak berada di sekolah.
Makluman

4.9.7 Jadual Guru Bertugas akan siap cuti nanti. Sebagai makluman awal, beliau memaklumkan
bahawa bagi Jadual minggu pertama guru yang bakal bertugas adalah Cikgu Mohd. Jabalnur
Pari, Cik Harimah Sarakil dan Puan Faizah Mahmud. Nanti akan dihebahkan dalam whatssap
group rasmi sekolah.
Makluman

4.9.8 Puan Linawati Suin mengingatkan agar guru-guru tidak membuat sebarang
pengemaskinian data murid dalam Sistem SSDM. Pengemaskinian akan dibuka sehingga 15
Januari ini.
Makluman

4.9.9 Pn. Linawati turut melaporkan bahawa Program tahun ini terlaksana dengan jayanya.
Makluman

5. KO-KURIKULUM
5.1 En. Safari Adinin melaporkan sekolah kita telah menjuarai sukan khasnya olahraga dan
Laporan PJSK 11 orang murid kita telah kuasai peringkat antarabangsa. Iaitu Atlet Best
Champion Inotek Antarabangsa. Begitu juga terdapat pencapaian yang menyerlah dalam
Majlis Tilawah Al-Quran (MTQ) dan Ko-Akademik iaitu Kelab Doktor Muda , Perbahasan,
Pidato dan Pantun. Harapan bagi tahun 2020 sekolah kita akan dapat ke peringkat Negeri
dan Kebangsaan.
Makluman
5.2 Pada tahun 2020 kita akan kekalkan beberapa program iaitu Perkhemahan Unit Beruniform.
Sebagai persediaan memandangkan sebagaimana yang dimaklumkan oleh en. Hassan Basri
bahawa Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)Tawau telah dipertanggungjawabkan untuk
menganjur Perkhemahan Antarabangsa pada tahun hadapan.
Makluman

5.3 Beliau turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada setiausaha sukan yang baru dilantik
iaitu en. Mohd Khairul Aidilkhidir Rozali atas keppantasan dalam melaksanakan tindakan
khususnya penganjuran sukan baru-baru ini.
Makluman
5.4 Sebagai perancangan tahun hadapan, Program Sambutan Bulan Kemerdekaan akan
diteruskan dan diperluaskan ke Peringkat Zon.
Makluman

5.5 Beliau juga memaklumkan bahawa program-program kementerian juga akan diteruskan
untuk tahun hadapan.

5.6 Carta organisasi KOKUM juga tiada perubahan dan masih dikekalkan. Begitu juga unit-unit
dalam KOKUM masih kekal kerana sebarang perubahan perlu permohonan melalui PPD.
Terdapat hanya sedikit perubahan iaitu Ketua-ketua Rumah Sukan.
Makluman

5.7 Sebelum mengakhiri ucapan, beliau mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua
penyelaras program yang telah melaksanakan program tahun ini kerana corak kerja yang
terbaik.
Makluman

6. HAL-HAL LAIN

6.1 En Karim Batjo memaklumkan bahawa tahun ini sekolah kita telah memecah 3 rekod
kebangsaan. Oleh yang demikian kita telah menerima sumbangan trak pasir daripada Yang
Berbahagia (YB) Mamun bin Sulaiman. Beliau juga menyuarakan rasa kesal atas masalah
ketiadaan wang saku sebagai perbelanjaan untuk para atlet yang beraksi dalam kejohanan
MSSM lalu. Beliau merayu agar seluruh warga sekolah memberi sokongan khasnya kewangan
dan perbelanjaan untuk keperluan murid sekurang-kurangnya RM20 sehari.

GB : Memaklumkan wang boleh dikeluarkkan yang penting ada surat. Kita boleh guna wang
SUWA (Kantin) untuk keperluan atlet.
Cadangan pn. Sumarni yang dipersetujui semua iaitu mengumpul dana melalui kutipan RM5
sebulan yang akan dikenakan kepada setiap staf SK Bombalai bermula bulan ini.
Makluman

6.2 Tuan GB mengingatkan agar semua PK mengeluarkan surat lantikan kepada guru-guru
berkenaan yang akan diedarkan pada 31 Disember 2019 nanti iaitu masa Mesyuarat Pengurusan
Sekolah Bilangan 1 Tahun 2020. Sebagai peringatan sekiranya tidak melaksanakan tugas akan
dikeluarkan surat amaran dan jika keingkaran berlaku sehingga kali yang ke3 anda akan diminta
memberi surat tunjuk sebab.

6.3 Beliau juga turut mengingatkan kepada Pegawai 3K iaitu Keceriaan, Keselamatan dan
Kebersihan agar memainkan peranan dan komitet untuk sekolah.
6.4 Tuan GB memaklumkan bahawa haiwan peliharaan Chishiki Garden akan ditukar
memandangkan masalah risiko kepada kesihatan dan keselamatan murid. Sebagai cadangan
haiwan berupa serangga (insects) sebagai menggantikan haiwan yang sedia ada.
Makluman
6.5 Tuan GB turut memutuskan agar tempat belajar bagi murid-murid hanya di ruangan Dewan
dan tidak mengganggu kawasan kantin.
Makluman
6.6 Pengerusi juga memutuskan agar semua program tahun hadapan akan melibatkan semua
murid.
Makluman
6.7 Beliau mengingatkan kepada guru-guru yang layak mengisi kekosongan jawatan Penolong
Kanan agar memohon kenaikan pangkat di PPD.
Makluman
6.8 Tuan GB mengingatkan kepada PK1 dan Ketua-ketua panitia agar membincangkan
mengenai buku kerja, buku latihan dan keperluan-keperluan murid lain untuk tahun hadapan.
Makluman
6.9 Beliau turut menyuarakan kerisauan mengenai SKPMg2 yang mendapat tahap penilaian
yang rendah khasnya 2 penilaian iaitu aspek Kemenjadian murid dan SKPMg2. Sekurang-
kurangnya penilaian untuk keduanya dalam pada kadar 91% ke atas.

6.9.1 Tuan GB mengingatkan agar setiap selesai program perlu ada postmortem.
Beliau memberi respon terhadap pengurusan APC baru-baru ini sedikit kelemahan yang perlu
dibaiki iaitu penyediaan makanan yang lewat.
Tindakan : Penyelaras / s/u APC

7. PENUTUP
Sebagai mengakhiri ucapan, tuan GB memohon kerjasama semua agar melaksanakan tugas
dengan penuh dedikasi dan menganggap kerja sebagai satu ibadah. Pekerjaan akan lebih
menyeronokkan apabila kita sama-sama sedar akan tanggungjawab. Semoga kita menjadi
seorang yang dapat membantu antara satu sama lain.

Disediakan oleh : Disemak oleh : Disahkan oleh :

.................................................... ........................................................... .........................................................


(JULIANAH BINTI JIMIN) (KADIR BIN ALI ) (BEDDU BIN DOLLAH)
Penolong Kanan Ko-Kurikulum, Guru Besar,
SK Bombalai (M), Tawau. SK Bombalai (M), Tawau. SK Bombalai (M), Tawau.

Minit dicadang oleh :


Tandatangan : ____________________________ (tarikh: )
Minit disokong oleh :
Tandatangan : ____________________________ (tarikh: )

You might also like