You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT ROKAN UTARA (F)

73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN


MINIT MESYUARAT KURIKULUM
KALI PERTAMA 2014

Hari
Tarikh
Masa
Tempat

:
:
:
:

Kehadiran

Khamis
26 Disember 2013
8.00 pagi
Bilik Gerakan SKBRU

1. Pn Wan Melati Binti Mat Lazin


-Guru Besar
2. Pn Zaharah Binti Daud
-GPK 1
3. En. Nawira Bin Saal @ Tahir
-GPK HEM
4. En. Kamarzaman Bin Md Shariff
-GPK KoKu
5. Pn. Idahyunizah Binti Khamis
- Setiausaha
6. Cik Noor Hidayati Binti Abdul Wahab
7. Cik Norlela Binti Karim
8. En. Norazlihan Bin Jelani
9. Pn. Radiah Binti Yusof
10. En. Jamaludin Bin Khamis
11. Pn. Norlida Binti Abd Aziz
12. Pn. Faridah Binti Ahmad
13. Pn. Zaleha Binti Hassan
14. En. Johanis Bin Haji Saberin
15. En. Mohd Radhi Bin Mohd Azmee
16. En. Mohd Rohaizad Bin Mohd Raduan
17. Pn. Muhasmaniza Bt Mohamed
18. En. Mohd Najib Bin Mohd Kahar
19. En. Mohd Shafie Bin Mohd Yunos
20. En. Mohd Zarif bin Mohd Sani
21. Cik Norrizati binti Mohamad Kamil
22. Pn. Anis Fatini bin Azimi
Tidak Hadir :
1. Cik Norrizati binti Mohamad Kamil

Mesyuarat Kurikulum Kali Pertama 2014

Agenda Mesyuarat
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

:
Ucapan Guru Besar
Pesanan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan
Fokus 2014
Program Kurikulum
Mesyuarat Panitia
Ucapan Guru Penolong Kanan Akademik
Hal-hal Lain
Ucapan Penangguhan

1. UCAPAN GURU BESAR (PN. WAN MELATI BINTI MAT LAZIN)


1.1 Beliau mengucapkan tahniah kerana dapat menghadirkan diri pada mesyuarat
kurikulum kali pertama bagi sesi 2014.
1.2 Beliau mengharapkan supaya kurikulum pada tahun 2014 menjadi berkualiti,
MMI perlu dijaga supaya hasrat dalam Pelan Pembangunan Pendidikan tercapai.
1.3 Beliau meminta guru-guru melihat Jawatankuasa kurikulum 2014 yang telah
diedarkan. Beliau meminta Cik Norrizati membantu menguruskan Pusat Sumber.
Tindakan : semua guru
Makluman : semua guru
2. PESANAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SEMBILAN
2.1 Beliau memaklumkan bahawa UPSR 2013, SK. Bukit Rokan Utara menduduki
tangga pertama dalam kategori Sekolah FELDA Daerah Tampin. Begitu juga
dengan Sekolah Kluster, sekolah menunjukkan peningkatan yang ketara dalam
UPSR.
2.2 Beliau memaklumkan bahawa UPSR daerah Tampin menduduki tangga keempat.
Peruntukan waktu Tahap 2 untuk Reka Bentuk Teknologi (RBT) dan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (TMK) 60 minit seminggu. Maklum balas En.
Kamazaman bahawa guru yang mengajar kedua-dua mata pelajaran adalah
berlainan. Ada cadangan menyatakan mata pelajaran TMK diajar pada bulan yang
ganjil (Januari,Mac,Mei, Julai, September, November). Manakala untuk mata
pelajaran RBT diajar pada bulan yang genap. Ada cadangan juga TMK boleh
diajar pada semester pertama TMK dan semester kedua RBT.
2.3 Beliau juga memaklumkan Ujian Psikometrik bagi guru Bimbingan Kaunseling
akan diadakan pada 21 Januari 2014 di Pejabat Pendidikan Jempol.
Tindakan : Pn. Muhasmaniza
Makluman : semua guru
2.4 Lonjakan Saujana untuk murid Tahun 6 bagi sekolah kita perlu dibuat semula
memandangkan prestasi sekolah kita menduduki tangga ke-4.
2.5 Pada Tahun ini Jemaah Nazir telah memilih Negeri Sembilan untuk melihat MMI
terus ke sekolah, guru diminta berhati-hati dan bersedia dalam semua perkara.
Beliau berharap agak ketiga-tiga bidang perlu mengikut instrumen SKPM yang
telah ditetapkan.
2.6 Beliau menyatakan bahawa LINUS PPD Tampin LINUS
Mesyuarat Kurikulum Kali Pertama 2014

2.6.1

Bagi Tahun 1 Literasi 80.64%, Numerasi 89.04% menduduki tangga akhir


dalam daerah Tampin. Bagi sekolah kita 90% bagi literasi dan 92.5% bagi
numerasi. Bagi Tahun 2, keseluruhan daerah Tampin bagi literasi 90.90%
dan numerasi 94.60% menduduki tangga ke-2 akhir. Literasi bagi sekolah
kita ialah 90.24% dan Numerasi 92.68%. Bagi Tahun 3 pula, 96.88% bagi
Literasi dan 99.79% serta menduduki tangga ke-2 akhir. Bagi sekolah kita,
100% murid menguasai.
2.6.2 Beliau menyatakan supaya guru-guru dapat menyediakan pengajaran dan
pembelajaran yang menyeronokkan, menarik dan berkualiti sebelum
melakukan ujian. Jika terdapat murid yang masih lemah, guru perlu
menghantar murid untuk pemeriksaan doktor dan tidak perlu tanda dalam
borang penilaian LINUS.
2.6.3 Bagi penilaian Baiah, penilaian berdasarkan LINUS 100%, tiada tindakan
tatatertib dan Lonjakan UPSR. Kelestarian murid sekolah adalah penting
yang merupakan misi sekolah.
2.7 Beliau menyatakan budaya cocostar, setiap guru perlu mengetahui tentang
cocostar dari Tahun 1 hingga Tahun 6.
2.8 Beliau juga menyatakan Pendidikan Islam dan J-QAF, pencapaian PPD Tampin
ialah 89% dan menduduki tangga keempat.
2.9 Beliau memaklumkan bahawa Kem Bestari Solat dijalankan 4 kali setahun, 10
jam sekali dan dimasukkan dalam takwim sekolah
2.10 Beliau menyatakan bagi sekolah yang berprestasi rendah, pegawai pendidikan
akan datang ke sekolah dan dialog prestasi akan diadakan bersama pegawai.
2.11 Beliau memaklumkan bahawa post mortem UPSR 2013 perlu dihantar pada 6
Januari 2014.
Tindakan : semua guru
Makluman : semua guru
3. FOKUS 2014
3.1 Bagi peningkatan akademik 2014 fokus utama guru ialah:
3.1.1 Penguasaan Kemahiran Asas 4M iaitu membaca, menulis, mengira dan
menaakul. Guru perlu menguji murid berfikiran aras tinggi dan
dilaksanakan dalam kelas.
3.1.2 MMI merupakan fokus utama lonjakan akademik.
3.1.3 Kebitaraan Bahasa Inggeris, beberapa program dan perkara akan
dibincangkan dalam mesyuarat kluster.
3.1.4 Program i-Think, semua mata pelajaran perlu melaksanakan dalam
pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk i-Think yang sesuai.
3.1.5 Budaya Membaca, pada Tahun 2013, Program Membaca ini sangat baik
dan tingkatkan program ini lebih lagi pada tahun ini.
3.1.6 Program Tahun 6, tiada lagi dan beliau memperkenalkan Program OPPM
akademik dan meminta guru tahun 6 menyambut program OPPM perlu
dibuat .
3.1.7 Program Tahap 1 perlu dijalankan oleh guru Tahap 1 supaya LINUS 100%
dan J-QAF 100%. Guru diminta membuat program dalam bentuk OPPM.
Dalam perancangan strategik telah ditulis hanya perlu dipindahkan dalam
bentuk OPPM.
3.1.8 Program Tahap 2, guru diminta membuat program untuk tahap 2.
Mesyuarat Kurikulum Kali Pertama 2014

3.1.9 Bulan Panitia, setiap panitia diminta membuat aktiviti panitia.


3.1.10 Kemahiran HOTS, KBAT perlu dilaksanakan dalam pengajaran dan
pembelajaran guru.
3.1.11 Teknik GROW, perlaksanaan seperti Headcount sekolah tetapi telah
diamalkan oleh kebanyakan sekolah-sekolah kluster dan beliau meminta
semua guru mengamalkannya.
Tindakan : semua guru
Makluman : semua guru
3.2 Mesyuarat Panitia
3.2.1 Guru diminta membuat Post Mortem berdasarkan keputusan peperiksaan
akhir 2013. Guru perlu membuat penambah baikan berdasarkan faktor
guru, faktor soalan, faktor peranan panitia, faktor program sekolah dan
faktor murid.
3.2.2 Perancangan 2014 perlu ada anggaran perbelanjaan.
3.2.3 BOS akan diterangkan kemudian.
3.2.4 Sukatan dan rancangan pelajaran tahunan perlu ada dalam Buku Rekod
Mengajar dan diselaraskan mengikut panitia. Jika terlalu tebal dan tidak
muat buat catatan bahawa sukatan pelajaran tahunan telah difailkan dan
perlu dibawa semasa masuk ke kelas.
3.2.5 Bincangkan juga mengenai PBS, KSSR, LINUS serta dasar-dasar
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Tindakan : semua guru
Makluman : semua guru
4. UCAPAN GURU PENOLONG KANAN AKADEMIK
4.1 Beliau mengucapkan syukur kerana dipanjangkan umur dengan izinNya kerana
dapat berkumpul dan membincangkan perkara-perkara serta pandangan untuk
program 2014.
4.2 Ucapan terima kasih kepada semua guru kerana telah bekerjasama menjayakan
program pada tahun ini. Beliau juga mengucapkan syabas kepada guru Tahun 6
kerana telah berusaha meningkatkan prestasi sekolah dalam Penilaian UPSR.
Begitu juga kepada Pra sekolah hingga ke Tahun5. Pada program-program panitia,
ada juga program yang tidak dapat dilaksanakan dan berharap agar pada tahun ini
terdapat penambahbaikan.
4.3 Beliau menyatakan tentang Post Mortem UPSR (lihat lampiran 1), beliau berharap
kepada guru Tahun 6 supaya dapat membuat analisa Post Mortem yang berkualiti
untuk dapat membuat perancangan dan aktiviti pada tahun 2014. Kualiti 5A
seramai 6 orang. Pada keseluruhannya pada tahun ini merupakan tahun terbaik
untuk penilaian UPSR.
4.4 Post Mortem Kurikulum sepanjang Tahun 2013:
4.4.1 Perancangan Strategik. Perancangan tidak dilaksanakan mengikut program
yang dirancang. Tiada semakan semula mengenai program yang
dijalankan. Guru membuat program tetapi tiada analisa serta laporanlaporan bergambar. Beliau tidak menerima sebarang laporan daripada
program yang dijalankan.
4.4.2 Pengurusan Fail. Pengurusan fail masih ditahap sederhana. Minit
mesyuarat kebanyakan tiada. Pada tahun ini, minit mesyuarat perlu
disiapkan dan berada dalam tempoh 7 hari.
Mesyuarat Kurikulum Kali Pertama 2014

4.4.3

4.4.4
4.4.5
4.4.6
4.4.7
4.4.8
4.4.9

Pengajaran dan pembelajaran telah banyak disentuh oleh guru besar.


Mengenai penghantaran buku rekod mengajar, terdapat guru tidak hantar
buku rekod mengajar mengikut waktu yang ditetapkan. Beliau berharap
semua guru memberikan perhatian tentang buku rekod mengajar.
Sudut panitia tidak dikemaskini. Beliau meminta agar membuat penambah
baikan terhadap papan panitia.
Buku latihan dan kerja murid tidak bertanda. Beliau berharap agar
menanda buku kerja murid. Jika salah guru tolong betulkan dan minta
murid membuat pembetulan.
Aktiviti panitia pagi pada tahun 2013 tidak berjalan. Cuma terdapat
sebahagian sahaja yang melaksanakan aktiviti panitia pagi.
Headcount dan analisis item hanya tahun 6 sahaja yang buat. Beliau
berharap tolong membuat analisa item setiap mata pelajaran.
Headcount telah dilaksanakan tetapi masih terdapat guru tidak
melaksanakan sepenuhnya. Pada tahun ini, headcount sekolah akan
menggunakan Teknik GROW.
TOV dan target pada tahun 2013 telah menyediakan analisa gred mata
pelajaran sekolah. Maklum balas Pn. Zaharah meminta Cik Noor Hidayati
menyediakan Gred Purata Sekolah keseluruhan.

4.5 Jawatankuasa Kurikulum 2014 serta guru kelas 2014, rujuk lampiran 2
4.6 Jadual waktu masih lagi dalam pemprosesan. Terdapat beberapa perubahan perlu
dilakukan.
4.7 Terdapat pelbagai perancangan strategik maka telah diputuskan untuk
menggunakan perancangan strategik sekolah kluster.
4.8 Maklum balas guru besar:
4.8.1 Mengenai surat panggilan mesyuarat, setiap setiausaha perlu menyediakan
satu surat panggilan mesyuarat dan minta masukkan ke dalam fail
Tindakan : setiausaha
Makluman : semua guru
4.8.2 Mengenai Buku Rekod Mengajar, satu hari tidak tulis akan didenda RM
500.
4.8.3 Borang tugasan guru 2014 perlu diedarkan.
4.8.4 Cik Noor Hidayati diminta membuat GPS sekolah untuk perancangan
2014.
Tindakan : semua guru
Makluman : semua guru
5. HAL-HAL LAIN
5.1 sukatan pelajaran bagi setiap panitia perlu lengkap.
5.2 LDP KSSR Tahun 4, esok guru perlu bersedia, jika perlu beri edaran tolong
edarkan.
5.3 Cik Norlela menyatakan GPS Sekolah untuk UPSR. Maklum balas guru besar
GPS sekolah ditentukan oleh sekolah sendiri.
Tindakan : semua guru
Makluman : semua guru
6. UCAPAN PENANGGUHAN
Mesyuarat Kurikulum Kali Pertama 2014

6.1 Guru Besar mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru di atas
kerjasama yang diberikan dalam Mesyuarat Kurikulum kali pertama 2014 ini dan
mengharapkan agar semua yang telah dirancangkan dapat dilaksanakan dengan
baik dan lancar.
6.2 Guru Besar memohon maaf sekiranya ada tersilap kata dan menyinggung perasaan
ketika beliau mempengerusikan mesyuarat.
6.3 Menyatakan mesyuarat ditangguh pada pukul 1:15 petang
Tindakan : semua guru
\
Makluman : semua guru
Disediakan oleh :
__________________________
(IDAHYUNIZAH BINTI KHAMIS)
Setiausaha,
Mesyuarat Kurikulum
SK. Bukit Rokan Utara.

Mesyuarat Kurikulum Kali Pertama 2014

You might also like