You are on page 1of 6

MINIT MESYUARAT

JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH


SEK.KEB.SUNGAI TONG, SETIU
BIL 1 / 2021

TARIKH : 25HB JANUARI 2021


HARI : ISNIN
MASA : 09.00 PAGI
TEMPAT : GOOGLE MEETING

Kehadiran :
1. Puan Hajah Fadilaton binti Md Top - Guru Besar
2. Puan Junidah binti Said - GPK Pentadbiran
3. Encik Mohd Razifudin bin Che Muda - GPK HEM
4. Puan Zaleha binti Mohamad - GPK Kokurikulum
5. Puan Roslida binti Mat Tahir - S/U JKS
6. Cik Wan Sabariah binti Wan Ismail
7. Encik Zafri bin Mamat
8. Encik Mohd Salim bin Musa
9. Puan Melati binti Yusoff
10. Puan Nurul Wahidati Ainun binti Muhammad
11. Puan Liza binti Shafei
12. Puan Nor Hasimah binti Ismail
13. Puan Salimah binti Ismail
14. Puan Mazniza binti Muhammad
15. Puan Hjh Zuraidah binti Ab.Rahman
16. Puan Wan Adilah binti Wan Ismail
17.Cik Nur Azhani binti Azezan
18.Puan Rohaya binti Mohd Noor
19.Puan Nor Ashikin binti Haji Din
. 20.Puan Salimah binti Ismail
21.Cik Ummi Nur Aqilah binti Yusof
22. Puan Nor Azlihan binti Che Mt Noor
23. Encik Mohd Izzat Firdaus bin Mohd Zaid
24. Puan Fatin Syazwani binti Ghairullah
25. Puan Che Surida binti Ibrahim

Laporan Mesyuarat:
1. Ucapan Guru Besar selaku Pengerusi (Puan Hajah Fadilaton binti Md Top)
1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan ummul kitab al-Fatihah.
1.2 Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang hadir dan
bersyukur kerana dapat berkumpul bersama bagi Mesyuarat JKS Kali Pertama bagi
Sesi 2021.

1.3 Tuan Guru Besar turut memaklumkan tentang pergerakan penempatan semula
beberapa orang guru. Antara guru yang terlibat:
1.3.1 YM Sy. Ahmad Syauqi bin Sy.Abdullah
1.3.2 Puan W.Norihan binti W.Mansor
1.3.3 Encik Raimi Syazwan bin Abdul Rasyid
1.3.4 Cik Wan Sabariah binti Wan Ismail
1.3.5 Cik Ummi Nur Aqilah binti Yusof

1.4 Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua guru atas komitmen dan
kerjasama dalam menjayakan semua program di bawah unit Kurikulum sepanjang
tahun 2020 walaupun masih dalam PKP dan banyak program terpaksa dilakukan
secara maya. Begitu juga dengan sesi pembelajaran.

1.5 Beliau mengingatkan tentang Pengurusan Kurikulum merupakan organisasi penting


serta menjadi pendukung kepada lonjakan pencapaian prestasi akademik di sekolah.
Justeru itu, Pengurusan Kurikulum amat penting untuk meningkatkan sahsiah diri
murid dari segi aspek disiplin diri.

1.6 Perkasakan PAK21


1.6.1 Tuan Guru Besar mengingatkan semua guru agar memastikan susun atur
kerusi meja murid di dalam kelas mestilah mematuhi saranan yang telah
ditetapkan.
1.6.2 Setiap kelas mestilah mempunyai ruangan atau sudut matapelajaran, ruang
belajar dan hasil kerja murid.
1.6.3 Guru hendaklah mengaplikasikan 4K dalam PdP dan KBAT.
1.6.4 Tuan Guru Besar menegaskan agar guru-guru berubah. Guru perlu bertindak
sebagai pemudahcara, pembimbing dan pendorong. Proses pengajaran
mestilah tidak berpusatkan guru.
1.6.5 Proses pengajaran dan pembelajaran mestilah berdasarkan standard kurikulum
dan standard pembelajaran.
1.7 Berfokuskan Kurikulum
1.7.1Tuan Guru Besar mengingatkan semua guru agar mennyempurnakan proses
pengajaran dan pembelajaran mengikut Kurikulum Standard dan guru perlu
menguasai sepenuhnya.
1.7.2 Amali Sains hendaklah dilaksanakan dan diperkasakan.
1.7.3 Guru perlu adil kepada semua murid.
1.7.4 PPSR – masih dilaksanakan. PAJSK, Psikometrik, PBS dan PBD masih
diteruskan. Tuan Guru Besar menasihatkan guru-guru agar membangunkan
program berfokus walau pun dalam tempoh PKP untuk mengatasi kelemahan.
Makluman : Semua Guru

2. Pengesahan Penerimaan Dan Maklum Balas Minit Mesyuarat JKS Bil 3/2020
2.1 Rujuk Lampiran A

3. Perancangan Kurikulum 2021 – TS25


3.1 Tuan Guru Besar menegaskan kepada semua guru terutamanya Ketua Panitia untuk
menyediakan Perancangan Taktikal bagi tahun 2021 mengikut Tapak OPPM (One
Page Project Manager).
Tindakan : Semua Ketua Panitia

4. Pengurusan Kurikulum 2021 – Rujuk Buku Pengurusan


4.1 Mesyuarat Panitia
4.1.1 Mesyuarat Panitia Bil 1/2021 hendaklah dilaksanakan sebelum berakhir
Februari 2021.
4.1.2 Mesyuarat Panitia mesti dilaksanakan empat kali setahun (Januari, Mac, Jun,
September)

4.2 Pengurusan Mesyuarat


4.2.1 Peranan Ketua Panitia.
4.2.1.1 Mesyuarat Bil 1/2021
4.2.1.1.1 Lantikan AJK
4.2.1.1.2 Perancangan Aktiviti Tahunan
4.2.1.1.3 Pelan Strategik
4.2.1.1.4 Pelan Tindakan
4.2.1.1.5 Pelan Operasi

4.2.1.1.6 Format RPH / eRPH


4.2.1.1.7 Perkongsian Ilmu dan lain-lain.
4.2.1.2 Mesyuarat Bil 2/2021
4.2.1.2.1 Laporan dan perbincangan aktiviti
4.2.1.2.2 Perbincangan prestasi murid
4.2.1.2.3 Pentaksiran dan sebagainya.
4.2.1.3 Mesyuarat Bil 3/2021
4.2.1.3.1 Laporan dan perbincangan aktiviti
4.2.1.3.2 Perkongsian Ilmu
4.2.1.3.3 Analisis Prestasi Semasa Murid
4.2.1.3.4 Dialog Prestasi
4.2.1.3.5 Pentaksiran
4.2.1.4 Mesyuarat Bil 4/2021
4.2.1.4.1 Laporan pencapaian sepanjang tahun
4.2.1.4.2 Post-motem
4.2.2 Panitia diselaraskan dan bertanggungjawab menyediakan 6 fail.

4.3 eRPH
4.3.1 Semua guru perlu ikut jadual PDPR yang telah disediakan. eRPH perlu dihantar
seperti biasa.
4.3.2 Perlu dimasukkan catatan untuk sisipan di dalam eRPH.

4.4 Buku Pengurusan 2021


4.4.1 Jawatankuasa disusun mengikut sumber manusia yang ada.
4.4.2 Terdapat beberapa kekangan terutama kekangan masa dan perubahan dalam
penempatan guru di sekolah yang memerlukan dirombak beberapa kali.
4.4.3 Kebarangkalian berlaku perubahan pada BUKU Pengurusan 2021 adalah sangat
tinggi.

4.5 SKPMG2 – Standard 4 – PDPC


4.5.1 3 kali – 1 kendiri, 2 - pengurusan
4.5.2 3 Fasa
Jan – Mac
April – Julai
Ogos – November

4.6 Pengurusan Panitia


4.6.1 Ketua Panitia diminta menyemak semua fail , minit mesyuarat dan salinan surat
yang berkaitan ada disimpan didalam fail panitia masing-masing.
4.6.2 Semua guru perlu akur dengan arahan PK1 dan pengurusan sekolah berkenaan
dengan panitia masing-masing.

4.7 Pelaporan PDPR


4.7.1 Pelaporan TREMS mestilah diisi mengikut jadual PDPR yang telah disediakan
oleh PK1.
4.7.2 eRPH mesti disediakan seperti biasa.
4.7.3 Pelaporan mesti diisi melalui pautan http://appsterengganu.moe.gov.my/trems/
4.7.4 Perlu dicatatkan kehadiran murid dan pentaksiran yang dilakukan.

4.8 Laporan Panitia / Unit


4.8.1Setiap program dan aktiviti panitia yang telah dijalankan perlu disediakan
laporan.
4.8.2 Laporan hendaklah dihantar setelah program selesai dijalankan.
4.8.3 Laporan perlu disertakan dengan risalah (pamplet) program atau aktiviti.
4.8.4 Laporan hanya perlu 5 helai sahaja. Tidak perlu panjang-panjang.
4.8.5 Laporan Tahunan perlu disediakan di akhir sesi persekolahan tahun semasa.
Makluman dan tindakan : Semua Guru

5. Hal-hal Lain
5.1 Jadual Waktu
5.1.1 Semua guru terlibat dengan pdpc.
5.1.2 Penyeliaan guru (pdpc) 2 kali setahun.
5.1.3 Proses penyeliaan guru secara manual dan online.
5.1.4 Guru dikehendaki melengkapkan eviden pdpc.

5.2 Transisi (Puan Rohaya binti Mohd Noor)


5.2.1 Kertas Kerja Program Transisi telah disediakan. Tuan Guru Besar akan
melakukan pemurnian dan mungkin ada perubahan mengikut kesesuaian PKP.
5.2.2 Modul Transisi ada disediakan.
5.2.3 Pendaftaran dalam rekod setakat ini 17 Lelaki 16 Perempuan. Jumlah 33 orang.
5.2.4 Tempoh Transisi bermula 20/01/2021 (Rabu) hingga 25/03/2020 (Khamis).

5.3 Semua guru diminta untuk sentiasa berada dalam stesyen dan sebarang pergerakan
keluar yang melibatkan hal-hal kecemasan perlu dimaklumkan dan mendapat
kebenaran pihak pengurusan sekolah.

5.4 Semua guru dikehendaki menggunakan template Erph 4.0.

5.5 PK1 meminta agar semua guru bersedia menerima sebarang perubahan dan arahan
dari semasa ke semasa.

5.6 Eviden merupakan keutamaan dalam penilaian PBPPP.

Makluman dan tindakan : semua guru

6. Penutup
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.45 pagi dan diakhiri dengan bacaan surah Al-Asr.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

.................................................................. ........................................................................
(PUAN ROSLIDA BT MAT TAHIR) (PUAN HJH FADILATON BT MD TOP)
Setiausaha JKS, Guru Besar,
SK Sungai Tong SK Sungai Tong

You might also like