You are on page 1of 6

MINIT MESYUARAT

JAWATANKUASA PANITIA BAHASA INGGERIS BIL 4/2020

Tarikh : 17 Disember 2020

Hari : Khamis
Masa : 9.30 pagi – 12.30 tengah hari
Tempat : Google Meet (kediaman masing-masing)

KEHADIRAN :

1. Puan Hajah Jasniza bt Mat@Mohamed –Pen. Kanan Tadbir & Kurikulum


2. Cik Suraya Hani binti Othman - Ketua Panitia B. Inggeris
3. Puan Nuur Aqmaal bt Ismail
4. Puan Norhazilawati bt Abdul Hadi
5. Encik Shahfiezul b Shahaimi
6. Puan Siti Zainun Habsah bt Mohamad Zain - Urus Setia
7. Puan Rahmatunnisak bt Maarof
8. Encik Wan Mohamed Faris b Wan Yusoff
9. Encik Muhammad Farzarul b Badu Rahim
10. Puan Wan Munawarah bt Wan Muhamad
11. Pn Nur Shamimi binti Mohamad Azmi
12. Encik Alex Anantharaj
13. Encik Roszizul Rahman bin Nazri
14. Cik Prithi Usha Rao A/P Krishnarao
15. Cik Sangeekta A/P Subramanian
16. Pn Hjh Normalis bt Mohd Annuar
17. Pn. Khartika bt Khamli
18. Pn Kalaivani A/P Murugaya
19. En Muhammad Zahin Safwan b. Subri
20. Encik Mohd Nazif b Ahmad Huzaini
21. Pn Nik Nur Hafeezah bt Nik Mansor
22. Pn Shazlina bt Shamsudin
23. Pn Norazlin bt Mohd Yusof
24. Tn Syed Amir Aizat Syed Aminud-din
TIDAK HADIR BERSEBAB :
- Tiada

AGENDA

1. Perutusan Pengerusi.
2. Pengesahan minit.
3. Perkara berbangkit.
4. Laporan / Dapatan/ Pembentangan
5. Hal-hal lain
6. Penutup

1. PERUTUSAN PENGERUSI CIK SURAYA HANI BT OTHMAN (KETUA


PANITIA)
1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan Ummul kitab Al-Fatihah.

1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua guru Bahasa Inggeris
kerana dapat menepati masa.

1.3 Pengerusi mengharapkan perhatian dan fokus setiap guru Bahasa Inggeris sepanjang
mesyuarat Panitia Bahasa Inggeris.
Makluman

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1 Puan Khartika mencadangkan minit mesyuarat kali ketiga disahkan dan disokong oleh
Puan Nur Shamimi.

3 PERKARA BERBANGKIT

3.1 Pengerusi mengemukakan maklum balas minit mesyuarat yang lalu.

4. LAPORAN / DAPATAN / PEMBENTANGAN

4.1 PENATARAN KSSR


4.1.1 Pengerusi membuat penataran dengan merujuk slaid garis panduan PdPR yang telah
disediakan oleh KPM.
4.1.2 Pihak sekolah telah menyediakan jadual PdPR . Guru-guru diminta melaksanakan pdp
masing-masing mengikut jadual yang telah ditetapkan secara dalam talian (Google
Meet/Zoom/Webex) atau melalui Google Classroom.
4.1.3 Jika terdapat sebarang masalah atau urusan pada hari tersebut, guru-guru perlu
memaklumkan lebih awal kepada guru kelas serta ibu bapa kelas terlibat.
4.1.4 Guru-guru juga diminta mengisi google form pelaksanaan PdPR yang disediakan oleh
pihak sekolah untuk pelbagai tujuan dan pemantauan.
4.1.5 Puan Munawwarah membentangkan penataran KSSR bagi Tahun 4.
4.1.6 CEFR perlu mengikut panduan SMART (Specific, Measurable, Attainable, Relevant
and Time-Based) bagi Tahun 1- Tahun 4.
4.1.7 Format peperiksaan mengikut setiap kemahiran di dalam Bahasa Inggeris.
Makluman

4.2 PENTAKSIRAN BILIK DARJAH


4.2.1 Pembentangan slide Data PBD berakhir pada 30 Ogos 2020.
4.2.2 Kutipan Data PBD ke 3 akan dibuat pada hujung bulan November.
4.2.3 Guru-guru perlu memantapkan PBD walaupun dalam tempoh PKPB kerana prestasi
murid sepenuhnya dinilai berdasarkan PBD.
4.2.4 Guru-guru perlu mengemaskini borang offline PBD/Template PBD dari semasa ke
semasa kerana dokumen ini merupakan eviden jika terdapat pemantauan daripada
PPD atau KPM.
4.2.5 Kaedah Pentaksiran yang dipilih perlu bersesuaian dengan PdPR yang dijalankan.
4.2.6 Rujuk Borang Transit Pentaksiran yang disediakan oleh pihak sekolah.
4.2.7 Guru-guru juga diminta mengemaskini borang justifikasi (diisi oleh guru mata
pelajaran jika murid mendapat TP 1, TP 2, dan TP 6)

4.3 POST MORTEM PENTAKSIRAN OGOS


4.3.1 Pengerusi membentangkan analisis Pentaksiran Ogos (Power Point).
4.3.2 Semua guru perlu menganalisis data tersebut untuk mengenal pasti kelemahan dan
kekuatan murid.
4.3.3 Pengerusi mengucapkan tahniah dan syabas kepada guru-guru kerana telah
menyediakan Modul Intervensi kepada murid-murid yang telah mendapat TP1 & TP2.
4.3.4 Pihak sekolah telah menetapkan tarikh modul tersebut diambil oleh ibu bapa seperti
ketetapan di bawah:
Tahun 1- 19/10/2020 (Isnin)
Tahun 2- 20/10/2020 (Selasa)
Tahun 3-21/10/2020 (Rabu)

4.3.5 Guru-guru tahap 2 telah menyerahkan Modul Intervensi kepada murid-murid yang
berkenaan sebelum PKPB .
4.4 PENGURUSAN FAIL
4.4.1 Pengerusi memaklumkan Ketua Panitia perlu menyemak fail panitia dan memastikan
notis, minit mesyuarat serta maklum balas bil 1 dan 2 /2020 telah pun dimasukkan ke
dalam fail.
4.4.2 Fail perlu dikemaskini dari semasa ke semasa.
4.4.3 Ketua Panitia dan setiausaha juga perlu menyemak dan memastikan semua dokumen
yang terdapat dalam senarai semak dimasukkan ke dalam fail.

Tindakan : Ketua dan Setiausaha Panitia

4.4.4 AJK SPSK akan menyemak semua fail panitia pada awal bulan November.

Makluman
4.5 PENCERAPAN BUKU LATIHAN
4.5.1 Pencerapan buku latihan kali kedua telah dibuat oleh pentadbir semasa pencerapan.
4.5.2 Terdapat guru yang menyemak dengan baik serta menggunakan simbol penandaan
yang betul serta memberikan latihan yang mencukupi serta bersesuaian dengan
minggu persekolahan.
4.5.3 Guru-guru perlu membuat penambahbaikan dengan merujuk komen atau ulasan
yang diberi oleh pentadbir.
4.5.4 Pengerusi mengucapkan tahniah dan syabas kepada guru-guru yang mendapat
markah yang cemerlang semasa pencerapan buku latihan. Semoga markah yang
diperoleh memberi suntikan semangat kepada guru-guru untuk terus kekal cemerlang.

Makluman

4.6 PENCERAPAN GURU-STANDARD 4


4.6.1 Pengerusi memaklumkan pihak pentadbir akan membuat pencerapan secara dalam
talian kepada guru-guru yang belum sempat dicerap.
4.6.2 Setiap guru perlu mengisi maklumat di dalam borang 4P semasa pencerapan.
(pementoran, pemantauan, penyelarasan penskoran dan pengesanan)
4.6.3 Guru-guru yang kurang faham berkaitan pentaksiran boleh merujuk pentadbir masing-
masing semasa sesi bimbingan.
4.6.4 Sila rujuk item pencerapan guru SKPMg2 Standard 4 supaya guru-guru dapat
membuat persediaan dengan lebih baik dan berkesan.

Makluman

4.7 LADAP dan PLC


4.7.1 Guru-guru perlu menjalankan LADAP serta PLC mengikut keperluan.
4.7.2 Pengerusi mengucapkan tahniah kepada guru-guru yang telah menjalankan LADAP
secara google meet.
4.7.3 Semua LADAP & PLC perlu didaftarkan dalam SPLKPM.
4.7.4 Ketua Pantia perlu memantau pelaksanaan PLC dan LADAP serta memastikan guru-
guru mengisi borang PLC .
4.7.5 Semua laporan aktiviti Panitia perlu diserahkan kepada PKP sebelum cuti sekolah
yang dianjurkan oleh KPM dan kehadiran perlu didaftarkan di dalam SPLKM.

Makluman

4.8 AKTIVITI PANITIA


4.8.1 Pengerusi berharap agar panitia dapat meneruskan aktiviti masing-masing mengikut
norma baharu pendidikan.
4.8.2 Tahniah dan syabas kepada guru-guru yang telah mengambil inisiatif untuk
mengadakan kelas tambahan secara google meet kepada murid-murid yang lemah.
4.8.3 Guru-guru perlu mengambil tahu serta menyemak penggunaan modul yang diberi
kepada murid-murid secara berkala.
Makluman
4.9 SKPMg2
4.9.1 Setiap panitia perlu menyediakan evidens seperti berikut:
Jadual penggubal soalan
Analisis Peperiksaan dan PBD
Rekod penggunaan bilik khas
Takwim Panitia
Power Point Mesyuarat Panitia
Jadual pencerapan & link pencerapan-ketua panitia
Borang 4p
Laporan post mortem (borang post mortem)
Laporan program intervensi
Instrumen keberkesanan program (murid/guru)
Borang laporan PLC
Laporan LADAP
Rekod penggunaan BBM

Makluman

4.10 ICT / GOOGLE CLASSROOM


4.10.1 Semua guru diminta memantapkan kemahiran ICT masing-masing supaya pdp dapat
dilaksanakan secara berkesan dan menarik bersesuaian dengan situasi sekarang.
4.10.2 Semua guru perlu melaksanakan Google Classroom secara berterusan kerana data
pelaksanaan dipantau oleh JPWP dari semasa ke semasa.
4.10.3 Guru-guru yang berkepakaran dalam bidang ICT diminta membantu guru-guru yang
kurang mahir seperti mengadakan PLC dalam aliran masing-masing.

Makluman

4.11 PENDIDIKAN SIVIK


4.11.1 Pengerusi memaklumkan mata pelajaran yang terlibat ialah Bahasa Melayu, Bahasa
Inggeris, Pendidikan Islam, Moral dan Sejarah.
4.11.2 Dilaksanakan pada minggu ke 4 setiap bulan selama 1 jam
4.11.3 Guru-guru perlu menulis RPH Sivik seperti biasa walaupun dalam tempoh PKPB
dengan merujuk Modul Exampler yang telah disediakan.
4.11.4 Nilai utama dalam Pendidikan Sivik ialah:
4.11.4.1 a) Kasih sayang,
4.11.4.2 b) Hormat menghormati
4.11.4.3 c) Tanggungjawab
4.11.4.4 d) Kegembiraan

Makluman
5.0 HAL-HAL LAIN
5.1 Semua guru perlu berada di rumah atau stesen masing-masing dalam tempoh
PdPR.
5.2 Guru-guru boleh dikenakan tindakan tatatertib jika melanggar peraturan tersebut.
5.3 Guru-guru yang ingin datang ke sekolah kerana urusan tertentu perlu
mendapatkan surat kebenaran daripada guru besar terlebih dahulu.
5.4 Sekiranya guru perlu pulang ke kampung atau ke luar daerah atau negeri kerana
urusan tertentu, guru perlu memohon CRK daripada guru besar serta mendapat
kebenaran pihak polis.
5.5 Guru-guru perlu bersedia untuk datang ke sekolah jika dipanggil oleh pihak
sekolah kerana urusan tertentu atau mengikut keperluan.

Makluman

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.40 tengah hari.

Disediakan Oleh :

Urus Setia,

Panitia Bahasa Inggeris

SK Setiawangsa

Kuala Lumpur.

You might also like