You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT

JAWATANKUASA PANITIA BAHASA INGGERIS BIL 2/2020

Tarikh : 19 Ogos 2020

Hari : Rabu
Masa : 12.30-2.30 petang
Tempat : Bilik Gerakan

KEHADIRAN :

1. Puan Hajah Jasniza binti Mat @ Mohamed – GPK Tadbir dan Kurikulum
2. Cik Suraya Hani bt Othman – Ketua Panitia Bahasa Inggeris
3. Puan Siti Zainun Habsah bt Mohamad Zain – Urus Setia
4. Puan Kalaivani A/P Murugaya
5. Puan Norazlin bt Mohd Yusof
6. Puan Shazlina bt Shamsudin
7. Puan Nik Nur Hafeezah bt Nik Mansor
8. Encik Alex Anantharaj A/L Arokiasam
9. Puan Normah binti Yatim
10. Puan Nur Shamimi bt Mohd Azmi
11. Puan Noorazita bt Abdullah
12. Encik Muhammad Farzarul b Badu Rahim
13. Puan Wan Munawarah bt Wan Muhamad
14. Puan Nuur Aqmaal bt Ismail
15. Encik Muhammad Zahin Safwanb Subri
16. Puan Norhazilawati bt Abdul Hadi
17. Encik Shahfiezul b Shahaimi
18. Encik Wan Mohamed Faris b Wan Yusoff
19. Puan Rahmatunnisak bt Maarof
20. Encik Roszizul Rahman b Nazri
21. Cik Sangeekta
22. Cik Prithi A/P Usha Rao
1
23. Norhayati bt Musa
24. Puan Normalis

TIDAK HADIR BERSEBAB :

1. Tuan Syed Amir Aizat b Sy Aminud-din


2. Encik Mohd Nazif b Ahmad Huzaini

1. PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 KP memulakan mesyuarat dengan bacaan Ummul kitab Al-Fatihah.

1.2 KP mengucapkan selamat datang kepada semua guru Bahasa Inggeris yang hadir ke mesyuarat Panitia
Bahasa Inggeris bilangan 2/2020

1.2 KP juga berharap mesyuarat akan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.
Makluman

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

Minit mesyuarat pertama telah disahkan oleh Puan Norazlin bt Yusof dan disahkan oleh Puan Shazlina bt
Shamsudin.

3. PERKARA BERBANGKIT

Tiada perkara berbangkit

4. PEMBENTANGAN / ISU

4.1 Post Mortem Pentaksiran MAC


4.1.1 Pengerusi membentangkan analisis Pentaksiran Mac (Power Point).
4.1.2 Semua guru diminta untuk mengenal pasti murid yang lemah dan perlu dibimbing.
4.1.3 Guru perlu merancang program intervensi yang bersesuaian dengan situasi PKPP sekarang.
4.1.4 Puan Nur Shamimi mencadangkan murid menggunakan Google Classroom sebagai platform
mengetengahkan bakat sendiri seperti ‘poetry recital’, public speaking’ dan juga ‘storytelling’.
Tindakan: Semua Guru BI

4.2 Pentaksiran Bilik Darjah – Pn Noorhazilawati


4.2.1 Guru-guru perlu memantapkan PBD kerana prestasi murid sepenuhnya dinilai berdasarkan PBD.
4.2.2 Guru-guru perlu mengemaskini borang offline PBD/Template PBD dari semasa ke semasa kerana
dokumen ini merupakan eviden jika terdapat pemantauan daripada PPD atau KPM.
2
4.2.3 Pentaksiran yang dijalankan perlu menggunakan kaedah yang telah dicadangkan oleh KPM antaranya
ialah projek mudah,bercerita, permainan,main peranan dan kuiz.
4.2.4 Guru perlu mempunyai justifikasi bagi setiap TP yang diberi kepada murid dan mengikut penilaian yang
tiada berpandukan eviden.
Tindakan: Semua Guru BI
4.3 Pengurusan Fail
4.3.1 Ketua Panitia meminta Urus Setia untuk menyemak fail panitia supaya notis, minit mesyuarat serta
maklum balas bil 1/2020 telah pun dimasukkan ke dalam fail.
4.3.2 Fail perlu dikemaskini dari semasa ke semasa.
4.3.3 Ketua Panitia dan setiausaha perlu menyemak dan memastikan semua dokumen yang terdapat dalam
senarai semak dimasukkan ke dalam fail.
Tindakan : Urus Setia

4.4 Pencerapan buku latihan


4.4.1 Pencerapan buku latihan kali 1 telah dibuat oleh pentadbir pada cuti sekolah yang lalu.
4.4.2 Terdapat guru yang menyemak dengan baik serta menggunakan simbol penandaan yang betul serta
memberikan latihan yang mencukupi serta bersesuaian dengan minggu persekolahan.
4.4.3 Ketua Panitia memaklumkan hasil pencerapan juga terdapat beberapa kelemahan yang perlu dibuat
penambahbaikan. Antaranya ialah:
a. Tidak menggunakan simbol penandaan yang betul terutama mata pelajaran BM &BI
b. Murid tidak menulis tarikh dan hari
c. Tidak membuat pembetulan
d. Latihan tidak mencukupi
4.4.4 Ketua Pantia memaklumkan beliau akan membuat pencerapan buku latihan kepada 5 orang guru baharu.
4.4.5 Setiap mata pelajaran perlu menggunakan buku tulis. Bilangan buku tulis bagi setiap mata pelajaran telah
dibincangkan dalam mesyuarat kali -1

4.5 Aktiviti Panitia


4.5.1 Ketua Panitia mengucapkan terima kasih kepada guru-guru kerana telah berjaya menjalankan Program
Intervensi bermula pada awal bulan Mac.
4.5.2 Ketua Panitia merujuk Pelan Taktikal dan Operasi untuk memastikan aktiviti yang dirancang mengikut
takwim pindaan.
4.5.3 Semua AJK Panitia perlu merancang aktiviti Program Intervensi yang bersesuaian dalam tempoh PKP
bagi memastikan semua murid melepasi TP 1 dan TP2.
4.5.4 Setiausaha Program perlu menyediakan laporan kepada pihak sekolah sebagai evidens.
Makluman : Semua Guru BI

4.6 Latihan dalam Perkhidmatan (LADAP) – Puan Jasniza


4.6.1 Guru perlu mendaftarkan setiap LADAP/ perbincangan ilmiah antara guru ke dalam sistem atas talian
People Learning Community (PLC). Ia merupakan penyumbang kenaikan prestasi guru di samping
menjamin kecemerlangan sekolah.

3
4.6.2 Pihak sekolah berharap semua guru sentiasa peka terhadap kursus-kursus yang dianjurkan oleh KPM
dan kehadiran perlu didaftarkan di dalam SPLKM.
4.6.3 Program LADAP merupakan evidens SKPMg2
Makluman: Semua Guru BI

5 HAL-HAL LAIN
5.1 Ketua Panitia mengingatkan guru untuk merekod penyemakan buku latihan murid yang akan diberi
kemudian.
5.2 Ketua Panitia mengingatkan guru supaya menyimpan analisis peperiksaan di dalam fail masing-
masing sebagai rekod simpanan.

6 PENUTUP
6.1 Ketua Panitia mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang hadir kerana sentiasa bersemangat
menyumbang idea dan buah fikiran dalam memantapkan Panitia Bahasa Inggeris.
6.2 Beliau juga berharap segala perancangan yang telah dirangka akan berjalan lancar dan dilaksana dengan
jayanya sepanjang tahun 2020.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

-------------------------------------------------------------------- -------------------------------------------------------------------
(SITI ZAINUN HABSAH BINTI MOHAMAD ZAIN) (CIK SURAYA HANI BINTI OTHMAN)
Urus Setia Panitia Bahasa Inggeris, Ketua Panitia Bahasa Inggeris,
SK Setiawangsa, SK Setiawangsa,
Kuala Lumpur. Kuala Lumpur.

Disahkan oleh,

------------------------------------------------------------------
(PN NORHAYATI BINTI HARON)
Guru Besar,
SK Setiawangsa,
Sekolah Berprestasi Tinggi,
Kuala Lumpur.

4
5

You might also like