You are on page 1of 3

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN HOSBA

06010 CHANGLUN
KEDAH DARUL AMAN
MALAYSIA
KEA4062

Telefon : +604-924 3128 (Pejabat Am)


Telefon : +604-924 2790 (Pejabat Asrama)
Faks : +604-924 3130
Emel : KEA4062@moe.edu.my

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS


KALI KETIGA 2023

TARIKH : 17 Oktober 2023


HARI : Ahad
MASA : 2.30 - 4.00 petang
TEMPAT : Makmal Komputer

KEHADIRAN:

BIL. NAMA
1. FAIZAH BINTI DARUS (GK Bahasa)
2 ANUAR BIN ABDULLAH (Ketua Panitia)
3 NOORITA BINTI HUSSAIN
4 MOHAMAD KHAIRI BIN RAMLI
5 CHU HAU TAN
6 HASLINDA BINTI AHMAD
7. MOHD. MARPHY BIN RAZALI
8. SAIFUL AMIR BIN ISMAIL

1. ALUAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan ummul kitab.
1.2 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran Guru Kanan bahasa dan semua guru ke Mesyuarat
Panitia Bahasa Inggeris kali ketiga dan mengucapkan terima kasih kerana dapat
meluangkan masa bersama.
1.3 Guru Kanan mengucapkan tahniah kepada Cikgu Chu Hau Tan kerana telah berjaya
mewujudkan HIP Corner. Majlis perasmian akan dibincangkan kemudian.
1.4 Guru Kanan mengucapkan terima kasih dan tahniah kerana semua guru panitia Bahasa
Inggeris telah menghantar borang keberhasilan.
1.5 Guru Kanan mencadangkan agar Panitia Bahasa Inggeris menyertai Panitia Bahasa Melayu
menyediakan Bulletin Board. Bulletin ini akan dikeluarkan pada setiap bulan. Guru-guru
boleh berbincang tentang tajuk untuk bulletin tersebut.

Tindakan: Makluman

2. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT


1
2.1 Minit mesyuarat kali kedua telah disahkan tanpa sebarang pindaan. Cadangan Cikgu
Mohamad Khairi dan disokong oleh Cikgu Mohd. Marphy.
Tindakan: Makluman

3. ANALISIS PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2023


3.1 Semua guru perlu melihat kembali bilangan calon yang gagal dalam setiap mata
pelajaran.
3.2 Seramai 110 orang murid Tingkatan Satu gagal Bahasa Inggeris, Tingkatan 2, 74 orang murid
dan Tingkatan 3 64 orang murid gagal Bahasa Inggeris.
3.3. Sasaran GP bagi SPM adalah 5.86. GP bagi AR1 =5.88, AR2 =5.56. Peratus lulus adalah
7.18%. Bilangan pelajar yang mendapat A adalah seramai 14 orang.
3.4. Bagi Tingkatan 4, seramai 5 orang pelajar mendapat A. Peratus lulus adalah 52.56%.
Tindakan: Semua
Guru

4. ANALISIS PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD)


4.1 Analisis keseluruhan TP 2:
Bahasa Inggeris (Ting.5) 10 orang murid
4.2 Guru-guru perlu berbincang tentang Catch-up Plan. Bagi murid yang mendapat TP 1 dan
TP 2 supaya mendapat TP3 ke atas.
4.3 Bagi murid yang mendapat TP3 dan TP4 pengukuhan perlu dilakukan untuk mendapat
TP5 dan TP6. Bagi murid yang mendapat TP5 dan TP6 pengayaan perlu dilakukan.
Tindakan: Semua Guru

5. PROGRAM PENINGKATAN PROFESSIONALISME GURU


5.1 Guru-guru yang sudah melaksanakan PLC perlu melengkapkan surat panggilan dan
sebagainya untuk diisi dalam SPLKPM. Guru digalakkan untuk membuat PLC untuk
memantapkan lagi profesionalisme guru.
Tindakan: Makluman

6. PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK MURID


6.1 Pengerusi memohon semua ahli agar dapat merancang aktiviti yang boleh memberi impak
kepada kemenjadian murid
6.2 Antara program yang akan dilaksanakan untuk meningkatkan prestasi akademik ialah
i. Perkampungan Ilmu/Bengkel Teknik Menjawab
ii. Kelas Anjal SPM
iii. Kelas Tambahan NCER
iv. Penggunaan Modul Kampoi JPN Kedah (Writing & Speaking).
v. Program Tripple S
vi. Speaking Workshop
6.3 Calon-calon SPM juga akan didedahkan kepada soalan percubaan negeri dan modul
set peperiksaan.
6.4 Bagi tingkatan 1 dan 4, buku kerja murid yang berformatkan kertas soalan boleh
Digunakan.
Tindakan: Semua Guru

2
7. PENCERAPAN GURU
7.1 Pencerapan PdPc untuk semua guru akan bermula pada minggu ketiga bulan Oktober.
7.2 Selepas pencerapan akan diadakan pula sesi refleksi antara pencerap dengan guru yang
dicerap. Borang SKPMg2 Standard 4 telah diedarkan kepada guru-guru.
7.3 Guru-guru diingatkan agar menggunakan PAK21 Toolkit di dalam PDPc masing-masing.

Tindakan: Semua Guru

8. HAL – HAL LAIN


8.1 Ahli-ahli panitia diingatkan supaya menyediakan borang OPPM dan PINTAS.
8.2 Jadual Percubaan SPM untuk Ujian Bertutur telah diedarkan. Guru mata pelajaran
Tingkatan 5 perlu menyediakan senarai nama untuk borang pemarkahan.
8.2 Guru-guru perlu berbincang tentang langkah intervensi yang perlu dibuat kepada
semua murid yang gagal mengikut tingkatan.
8.3 Guru-guru perlu berbincang tentang program-program yang wajar dilaksanakan untuk
murid yang lemah.
Tindakan: Semua Guru

9. PENUTUP
Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru.
Mesyuarat ditangguhkan pada 4.00 petang

Disediakan oleh, Disemak Oleh,

……………………………........... ................................................. .
(PN HASLINDA BINTI AHMAD) (EN ANUAR BIN ABDULLAH)
KETUA PANITIA BAHASA INGGERIS
SMK HOSBA

You might also like