You are on page 1of 8

SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG LEBAR

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS

BIL 01/2018

…………………………………………………………………………………………………..

Tarikh : 08 Januari 2018

Hari : Isnin

Masa : 3.15 petang

Tempat : Makmal Komputer SKPL

Pengerusi : Pn. Nik Nur Fakhira Bt Nik Mohd Salleh

Kehadiran :

1. En. Shahrulzin Bin Ismail Timbalan Penasihat

2. Pn. Nik Nur Fakhira Bt Nik Mohd Salleh Pengerusi

3. Cik Syahirah Bt Che Alias Setiausaha

4. Pn. Siti Munira Bt Zainol

5. Pn. Joo Chai Pei

6. Pn. Nadia Farhana Bt Pin

Jumlah Kehadiran : 6 / 7

Tidak hadir bersebab:

1. Encik Azmi Bin Alias Bersebab


AGENDA

1. Perutusan Pengerusi
2. Membentangkan dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu
3. Perkara berbangkit/ Maklumbalas
4. Pembentangan Laporan/ makluman
4.1 Takwim Panitia / Program Panitia Tahun 2018
4.2 Pelan strategik
4.3 Peperiksaan Awam UPSR
4.4 Analisa Pencapaian UPSR 2017 dan Target PPSR 2018
4.5 Analisa Peperiksaan Akhir Tahun 2017
4.6 Prosedur Pembelian dan Pengurusan Stok

5. Membincangkan
5.1 Rancangan Pelajaran Tahunan
5.2 Buku Rekod Mengajar & Penulisan RPH
5.3 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
5.4 Rancangan pencerapan hasil kerja murid
5.5 Jenis dan bilangan buku latihan
5.6 Headcount

6. Hal – hal lain


7. Penangguhan mesyuarat
1.0 KATA ALU – ALUAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua ahli Panitia Bahasa
Inggeris ke dalam mesyuarat Panitia Kali ke-1 bagi tahun 2018.
1.2 Pengerusi menyarankan bahawa kerjasama semua ahli Panitia Bahasa Inggeris
perlu bagi memastikan perlaksanaan program panitia berjalan dengan lancar dan
seterusnya meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid –
murid.
1.3 Pengerusi mengatakan bahawa program panitia tahun lepas perlu dikekalkan
tetapi juga perlu ada penambahbaikan.
1.4 Pengerusi mengingatkan semua ahli jawatankuasa untuk membincangkan secara
serius mengenai perlaksanaan pdpc bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris dan
berkongsi pedagogi yang berkesan.

Tindakan : Makluman

2.0 UCAPAN PENASIHAT PANITIA

2.1 Penasihat mengalu – alukan kehadiran guru – guru Bahasa Inggeris.

2.2 Penasihat membacakan keputusan UPSR tahun 2017 iaitu 85.7% bagi kertas
Bahasa Inggeris Pemahaman dan 78.6% bagi kertas Bahasa Inggeris Penulisan.

2.3 Penasihat berharap pencapaian dapat dipertingkatkan lagi dengan kerjasama


semua guru Bahasa Inggeris.

2.4 Menerangkan mengenai Program NKRA iaitu Program LINUS dan MBMMBI.

2.5 Memaklumkan tantang saranan jabatan berdasarkan pekeling – pekeliling yang


diedarkan.

2.6 Menekankan tentang Visi dan Misi sekolah serta usaha yang diperlukan oleh
semua guru untuk menjayakannya.

Tindakan : Makluman

3.0 MENERIMA DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT

3.1 Pembentangan minit mesyuarat panitia yang lalu oleh Setiausaha Panitia.

3.2 Pn. Nik Nur Fakhira mencadangkan minit mesyuarat yang lepas disahkan dan
disokong oleh Pn. Nadia Farhana.

Tindakan: Makluman
3.0 PERKARA BERBANGKIT / MAKLUMBALAS

Tiada perkara berbangkit.

4.0 PEMBENTANGAN LAPORAN / MAKLUMAN

4.1 Takwim Panitia / Program Panitia

rujuk kepada lampiran A

4.2 Pelan Strategik Panitia

rujuk kepada lampiran B

4.3 Peperiksaan Awam PPSR

4.3.1 Pengerusi memaklumkan peperiksaan PPSR akan dijalankan pada 24


September 2018 hingga 27 September 2018.

4.4 Pencapaian UPSR 2017 dan Target PPSR 2018

Rujuk lampiran C

4.5 Analisa Peperiksaan Akhir Tahun 2017

Rujuk lampiran D

4.6 Prosedur Pembelian dan Pengurusan Stok

4.6.1 Bajet yang diperuntukkan untuk Panitia Bahasa Inggeris pada tahun ini adalah
RM 360.93.

4.6.2 Prosedur pembelian dan pengurusan stok diterangkan.

4.6.3 Guru yang ingin membeli bahan bantu mengajar (BBM) perlu mengisi Nota
Minta dan berbincang dengan PT Kewangan dan seterusnya mendapatkan
pengesahan kebenaran daripada Guru Besar.

4.6.4 Cik Syahirah memaklumkan kepada Pengerusi keperluan untuk membeli buku
rujukan guru Superminds dan cakera audio Superminds sebanyak 2 unit sejajar
dengan keperluan pelaksanaan kurikulum baharu (CEFR).
Tindakan : Setiausaha

5.0 PERBINCANGAN

5.1 Rancangan Pelajaran Tahunan

5.1.1 Pengerusi menjelaskan tentang penyediaan Rancangan Pelajaran Tahunan

(RPT), Rancangan Pelajaran Harian (RPH) dan Dokumen Standard Prestasi

dan Pentaksiran (DSKP) hendaklah disediakan dengan lengkap dan mengikut

format yang sedia ada. Semua dokumen KSSR boleh dimuat naik melalui

laman web www.moe.gov.my/bpk

5.1.2 Rancangan Pelajaran Tahunan boleh difailkan, ditampal atau ditulis dalam

Buku Rekod Mengajar.

Tindakan : Semua Guru Bahasa Inggeris

5.2 Buku Rekod Mengajar dan Penulisan RPH

5.2.1Penulisan RPH mesti mengandungi Tajuk Pembelajaran, Standard Pembelajaran,

Objektif Pembelajaran, Aktiviti Pembelajaran dan Impak.

5.2.2 Objektif Pembelajaran harus sesuatu yang boleh diukur dan tidak perlu banyak

dalam satu – satu masa.

5.2.3 Jika Saringan LINUS dijalankan pada waktu PdPC tersebut, guru perlu

mencatatnya dalam aktiviti pembelajaran yang terakhir.

Tindakan : Semua Guru Bahasa Inggeris

5.3 Perlaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)


5.3.1 Semua guru perlu melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi
kelas masing – masing.

5.3.2 Penulisan pada impak/refleksi perlu dinyatakan jumlah murid yang menguasai
dan tidak menguasai pada hari pentaksiran dijalankan.

5.3.3 Borang transit untuk merekodkan tahap penguasaan bagi setiap standard

pembelajaran perlu ditampal di belakang Buku Rekod Mengajar.

5.3.4 Modul Perekodan Offline perlu diisi pada bulan Mac dan September dan satu

salinan perlu diberi kepada Ketua Panitia.

Tindakan : Semua Guru Bahasa Inggeris

5.4 Rancangan pencerapan hasil kerja murid

5.4.1 Pengerusi mengingatkan kepada semua guru untuk memeriksa buku latihan

murid selepas satu – satu pembelajaran.

Tindakan : Semua Guru Bahasa Inggeris

5.5 Jenis dan bilangan buku latihan

5.5.1 Mesyuarat bersetuju untuk menetapkan bilangan buku latihan adalah sebanyak 2

buah dan 1 buku kecil iaitu buku Vocab.

Tindakan : Semua Guru Bahasa Inggeris

5.6 HEADCOUNT

5.6.1 Guru perlu menyediakan headcount.

5.6.2 TOV adalah berdasarkan keputusan Peperiksaan Akhir Tahun dan perlu

menyerahkan satu salinan kepada Ketua Panitia untuk simpanan fail.

Tindakan : Semua Guru Bahasa Inggeris


5.7 STANDARD KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA GELOMBANG 2

(SKPMG2) STANDARD 4

5.7.1 Pengersi menerangkan 6 aspek dan kriteria dalam Standard 4 iaitu

pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc).

Rujuk lampiran E.

Tindakan : Makluman

5.7.2 Pengerusi menekankan penerapan pembelajaran Abad ke-21 dalam setiap

PdPc.

Tindakan : Semua guru Bahasa Inggeris

5.7.3 Pengerusi berkongsi 12 kaedah PdPc abad ke-21.

Rujuk lampiran F.

Tindakan : Makluman

6.0 HAL – HAL LAIN

6.1 Cik Syahirah berkongsi info berkaitan silibus baharu Tahun 1 dan 2 mulai sesi
pembelajaran 2018 menggunakan buku teks Superminds sejajar dengan pelaksanaan
CEFR (Common European Framework of Reference).

6.2 Pengerusi menggalakkan semua ahli panitia untuk bekerjasama dalam melaksanakan
program peningkatan kualiti guru terutamanya PLC dan juga peningkatan
pencapaian murid.

Tindakan : Makluman

7.0 PENANGGUHAN MESYUARAT

7.1 Pengerusi memaklumkan mesyuarat Panitia kali ke-dua akan diadakan pada bulan
Jun, selepas peperiksaan pertengahan tahun.
7.2 Pengerusi meminta kerjasama semua ahli panitia bagi mengekalkan dan
meningkatkan prestasi mata pelajaran Bahasa Inggeris.
Tindakan : Makluman

Mesyuarat Panitia Bahasa Inggeris Bil.1 Tahun 2018 ditangguhkan pada jam 4.30 petang.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

………………………………… ………………………………
(SYAHIRAH BT CHE ALIAS) ( NIK NUR FAKHIRA)
Setiausaha Panitia Bahasa Inggeris Ketua Panitia Bahasa Inggeris
SK Padang Lebar. SK Padang Lebar.

Disahkan oleh :

……………………………
(SHAHRULZIN BIN ISMAIL)
Penolong Kanan Pentadbiran
SK Padang Lebar.

You might also like