You are on page 1of 4

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN HOSBA

06010 CHANGLUN
KEDAH DARUL AMAN
MALAYSIA
KEA4062

Telefon : +604-924 3128 (Pejabat Am)


Telefon : +604-924 2790 (Pejabat Asrama)
Faks : +604-924 3130
Emel : KEA4062@moe.edu.my

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS


KALI PERTAMA 2023

Tarikh : 28 Mac 2023


Masa : 2.30 petang – 3.55 petang
Tempat : Makmal Komputer

Kehadiran:

BIL. NAMA
1. MOHAMAD RADZI BIN AHMAD (GK Bahasa)
2 ANUAR BIN ABDULLAH (Ketua Panitia)
3 NOORITA BINTI HUSSAIN
4 MOHAMAD KHAIRI BIN RAMLI
5 CHU HAU TAN
6 HASLINDA BINTI AHMAD

I. ALUAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan ummul kitab.
1.2 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran Guru Kanan bahasa dan semua guru ke Mesyuarat
Panitia Bahasa Inggeris kali pertama dan mengucapkan terima kasih kerana dapat
meluangkan masa bersama.
1.3 Pengerusi memaklumkan bahawa Puan Haslinda akan menjadi SU panitia yang baru.
Tindakan: Makluman

2. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT


Pn. Noorita mencadangkan supaya minit mesyuarat lalu disahkan. Disokong oleh Pn. Chu Hau
Tan.
Tindakan: Makluman

3. DASAR KPM
3.1 Pembelajaran Abad 21 (PAK 21) dan KBAT
Semua guru perlu menerapkan pembelajaran abad ke 21 dan KBAT dalam setiap sesi
pengajaran dan pembelajaran. Pengerusi menyeru agar semua ahli menggunakan PAK 21
Toolkit yang telah disediakan untuk setiap kelas.

1
3.2 Profesional Learning Community (PLC)
PLC perlu dijalankan paling minimum 3 kali setahun, Guru digalakkan untuk membuat PLC
untuk memantapkan lagi profesionalisme guru.
3.3 TS25
Bagi memenuhi TS25 semua guru perlu menulis objektif pembelajaran di papan putih setiap
kali memulakan pengajaran.
Tindakan: Semua Guru

4. REKOD MENGAJAR GURU (RPH DAN RPT)


4.1 Rekod pelajaran harian perlu sentiasa merujuk kepada ‘Scheme Of Work’.
4.2 Rancangan pelajaran tahunan perlu ada bagi setiap guru.Guru yang perlu menyediakan
RPT dan kontrak latihan pada tahun ini ialah
Ting 1 Haslinda binti Ahmad
Ting 2 Mohamad Khairi Bin Ramli
Ting 3 Chu Hau Tan
Ting 4 Noorita Binti Hussain
Ting 5 Anuar bin Abdullah
4.3 Satu hyperdoc yang mengandungi QR Code yang menggabungkan RPT dan
DSKP bagi setiap tingkatan akan disediakan oleh guru-guru tersebut.
Tindakan: Semua Guru

5. ANALISIS UASA TINGKATAN 4 2022


5.1 Ketua panitia memaklumkan bagi tingkatan 4 2022:
TOV 6.21 dan sasaran yang perlu dicapai 6.03. Setiap ahli panitia perlu bersama – sama
meningkatkan prestasi mata pelajaran Bahasa Inggeris supaya dapat meningkatkan bilangan
pelajar lulus.
Tindakan: Makluman

6. PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD)


6.1 Pentaksiran PBD adalah berteruskan. Pentaksiran bilik darjah perlu dilaksanakan sepanjang
proses pengajaran dan pembelajaran .PBD perlu di taksir dan ditandakan pada borang
transit pentaksiran PBD.
Tindakan: Semua
Guru

7. PROGRAM KO-AKADEMIK 2023


7.1 Pengerusi berharap semua guru dapat bekerjasama untuk melatih murid untuk menyertai
pertandingan seperti Choral Speaking, Poetry Recitation, English Debate dan lain-lain.

Tindakan:
Semua Guru

8. ANGGARAN BELANJA MENGURUS PANITIA 2023


8.1 Anggaran belanja yang diterima hanya untuk kegunaan pelajar sahaja. Antara barang yang
disenaraikan ialah ‘Dictionary’, alat-tulis, kertas warna dan lain-lain.
Setiap pembelian perlu dikemukakan nota minta.
2
Tindakan: Makluman

9. PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK


9.1Pengerusi memohon semua ahli agar dapat merancang aktiviti yang boleh memberi impak
kepada kemenjadian murid
9.2 Antara program yang akan dilaksanakan untuk meningkatkan prestasi akademik ialah
i. Perkampungan Ilmu/Bengkel Teknik Menjawab
ii. Kelas Anjal SPM
iii. Kelas Tambahan NCER
9.3 Calon-calon SPM juga akan didedahkan kepada soalan percubaan negeri dan modul
set peperiksaan.
9.4 Bagi tingkatan 1 dan 4, buku kerja murid yang berformatkan kertas soalan boleh
Digunakan.
Tindakan: Semua Guru

10. PERANCANGAN STRATEGIK DAN TAKTIKAL PANITIA 2023


10.1 Rujuk Lampiran

11. HAL – HAL LAIN


11.1 Guru kanan memaklumkan pesanan dari pengetua iaitu Program HIP perlu dikemaskini dari
masa ke semasa. Program HIP berjalan seiring dengan program Panitia Bahasa Inggeris
dan Panitia lain. Kerjasama dari semua guru untuk menjayakan program HIP amatlah
dihargai.
11.2 Guru kanan mencadangkan agar program Speaker’s Corner diteruskan.
11.3 Guru kanan memaklumkan setiap panitia perlu menyediakan 3 kajian tindakan.
Tindakan: Semua Guru

12. PENUTUP
Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru.
Mesyuarat ditangguhkan pada 3.55 petang

Disediakan oleh, Disemak Oleh,

……………………………........... ................................................. .
(PN HASLINDA BINTI AHMAD) (EN ANUAR BIN ABDULLAH)
KETUA PANITIA BAHASA INGGERIS
SMK HOSBA

3
4

You might also like