You are on page 1of 10

MINIT MESYUARAT

JAWATANKUASA KOKURIKULUM
SK SUNGAI TONG, SETIU
BIL 1/2021

Tarikh : 02hb Februari 2021 (Selasa)


Masa : 11.00 Pagi
Tempat : Rumah masing-masing (Aplikasi Google Meet)

Kehadiran

1. Pn. Hjh Fadilaton bt Mohd Top (GB)


2. Pn.Junidah bt Said (PKP)
3. En. Mohd Razifudin b. Che Muda (PK HEM)
4. Pn. Zaleha bt Mohamad (PKKO)
5. Pn. Nurul Wahidati Ainun bt Muhammad
6. Pn. Liza bt Shafei
7. Pn. Hjh Zuraidah bt Abd Rahman
8. Pn. Melati bt. Yusoff
9. Pn. Nor Ashikin bt Hj. Din
10. Cik Nur Azhani bt Azezan
11. Pn. Roslida bt Mat Tahir
12. Pn. Nor Hasimah bt Ismail
13. Pn. Rohaya bt Mohd Noor
14. Pn. Wan Adilah bt Wan Ismail
15. Pn. Nor Azlihan bt. Che Mt Noor
16. En. Mohd Salim b. Musa
17. Pn. Fatin Syazwani bt. Ghairullah
18. Pn. Che Surida bt. Ibrahim
19. En. Zafri b. Mamat

Agenda:
1. Ucapan Pengerusi (PK Kokurikulum)
1.1 Mesyuarat dimulakan dengan membaca surah Al-Fatihah
1.2 Mengalu-alukan kehadiran semua guru ke mesyuarat Jawatankuasa Kokurikulum
Kali Pertama sesi persekolahan 2021.
1.3 Unit Kokurikulum akan merancang dan melaksanakan program dan aktiviti
sebagaimana yang diarahkan oleh pihak berkaitan mengikut pelarasan takwim sesi
persekolahan 2021 memandangkan persekolahan pada tahun ini mungkin dimulakan
agak lewat. Sebarang perancangan aktiviti bagi tahun ini akan disesuaikan mengikut
keperluan semasa di sebabkan Pandemik covid -19 yang masih belum reda dan
berada pada tahap yang membimbangkan.
1.4 Tujuan mesyuarat pada hari ini adalah untuk membincangkan aktiviti dan program
yang bakal dilaksanakan dan disesuaikan mengikut keperluan semasa. Semua guru
perlu bersedia menerima perubahan dan menyesuaikan diri dengan norma baru dalam
pelaksanaan aktiviti Ko Kurikulum. Semua ahli mesyuarat akan mendengar dan
mengetahui perancangan aktiviti unit kokurikulum khususnya Unit Beruniform,
Kelab & Persatuan dan Sukan & Permainan untuk sesi persekolahan tahun 2021.
1.5 Pengerusi juga mengucapkan ribuan terima kasih atas komitmen yang telah diberikan
oleh semua guru dan kakitangan dalam menjalankan amanah dan segala pencapaian
cemerlang yang telah di capai dalam semua aktiviti dan program unit Kokurikulum
bagi tahun 2020.

2. Ucapan Tuan Guru Besar


2.1 Tuan Guru Besar mengucapkan tahniah dan syabas kepada unit Kokurikulum untuk
semua pencapaian sepanjang sesi persekolahan 2020.
2.2 Tuan Guru Besar meminta setiap unit kokurikulum melaporkan perancangan aktiviti
dan program yang akan dilaksanakan sepanjang tahun ini. Setiap perancangan yang
dibuat perlulah disesuaikan dengan keperluan dan perubahan semasa. Walaupun kita
tidak dapat menjangkakan apa yang akan berlaku, semua guru diminta sentiasa
bersedia menerima arahan dan menyesuaikan diri dengan sebarang perubahan.
2.3 Tuan Guru Besar mengingatkan semua guru supaya setiap aktiviti yang bakal
dilaksanakan perlu mempunyai perancangan yang teliti dengan mengambil kira
keperluan dan situasi semasa murid. Setiap aktiviti dan program yang telah
dilaksanakan perlu menghantar laporan lengkap beserta gambar tidak melebihi lima
(5) helai.

Makluman : Semua guru Tindakan : Ketua Unit

3. Penerimaan Minit Mesyuarat Dan Maklum Balas Bil 3/2020


3.1 Rujuk Lampiran 1
4. Pengurusan & Perancangan Ko Kurikulum 2021

4.1 Perancangan Unit Beruniform oleh En Mohd Salim (Penyelaras)


4.1.1 Semua unit uniform akan melaksanakan mesyuarat pelarasan bersama guru
penasihat unit masing-masing sebanyak dua (2) kali setahun.
4.1.2 Perjumpaan semua ahli unit uniform dan pelaksanaan aktiviti mingguan yang
dirancang bersama murid perlu dilaksanakan sebanyak dua belas (12) kali
perjumpaan.
4.1.3 Semua guru diminta untuk mengisi kehadiran guru dan murid setiap kali
perjumpaan dan laporan aktiviti untuk setiap perjumpaan perlu ditulis dan
diisi di dalam Buku Pelaporan Unit Uniform masing-masing yang disediakan
oleh PK Ko Kurikulum, Pn Zaleha.
4.1.4 Perancangan aktiviti unit uniform akan diselaraskan secara bersama oleh
semua unit.

Makluman : semua guru Tindakan : Ketua Unit

4.2 Perancangan Unit Sukan & Permainan oleh En Zafri (Penyelaras)


4.2.1 Aktiviti Sukan & Permainan akan dilaksanakan sebanyak dua belas (12) kali
perjumpaan selepas selesai aktiviti Unit Uniform. Namun begitu ianya
tertakluk kepada sebarang perubahan dari semasa ke semasa.
4.2.2 Aktiviti 1Murid 1Sukan dicadangkan untuk dilaksanakan pada setiap pagi
Rabu sebagaimana yang telah dilaksanakan pada sesi persekolahan 2020.
4.2.3 Program ‘Gohek Biar Jjaddi’ bagi permainan bola jaring dan bola tampar
yang telah ditangguhkan pelaksanaanya pada sesi persekolahan 2020 yang
lalu disebabkan pandemik Covid-19 akan diteruskan pada tahun ini. Walau
bagaimana pun, ianya tertakluk kepada kesesuaian dan arahan semasa.
Sebarang perubahan akan dimaklumkan.
4.2.4 Semua guru diminta untuk mengisi kehadiran guru dan murid setiap kali
perjumpaan dan laporan aktiviti untuk setiap perjumpaan perlu ditulis dan
diisi di dalam Buku Pelaporan Unit Sukan & Permainan masing-masing yang
disediakan oleh PK Ko Kurikulum, Pn Zaleha.
4.2.5 Perancangan aktiviti Unit Sukan & Permainan akan dimaklumkan dalam
masa terdekat.

Makluman : semua guru Tindakan : Ketua Unit


4.3 Perancangan Kelab & Persatuan oleh Pn. Nor Ashikin bt Hj Din (Penyelaras)
4.3.1 Semua unit Kelab & Persatuan akan melaksanakan mesyuarat pelarasan
bersama guru penasihat unit masing-masing sebanyak dua (2) kali setahun.
4.3.2 Aktiviti Kelab & Persatuan akan dilaksanakan sebanyak dua belas (12) kali
perjumpaan berselang minggu dengan aktiviti Unit Uniform.
4.3.3 Semua guru diminta untuk mengisi kehadiran guru dan murid setiap kali
perjumpaan dan laporan aktiviti untuk setiap perjumpaan perlu ditulis dan
diisi di dalam Buku Pelaporan Kelab & Persatuan masing-masing yang
disediakan oleh PK Ko Kurikulum, Pn Zaleha.
4.3.4 Perancangan aktiviti unit Kelab & Persatuan akan diselaraskan secara
bersama oleh semua unit.

Makluman : semua guru Tindakan : Ketua Unit

5. Hal-hal Lain
5.1 PK Kokurikulum menerangkan tentang aspek TS25 berkaitan kemenjadian murid
adalah bukan sekadar dinilai dari sudut pencapaian murid dalam kokurikulum tetapi
ianya termasuk sikap dan akhlak seseorang murid.
5.2 PK Kokurikulum mengingatkan semua guru untuk sentiasa bersedia menerima
perubahan dan menyesuaikan diri dengan norma baru dalam pelaksanaan semua
aktiviti Kokurikulum.
5.3 PK Kokurikulum meminta semua guru yang akan terlibat dengan apa jua aktiviti
yang bakal dilaksanakan dan diikuti untuk membuat salinan setiap sijil penyertaan
murid yang akan diperolehi dalam sesebuah pertandingan dan disimpan di dalam fail
sebagaimana yang telah diarahkan oleh Tuan Guru Besar.

Makluman : semua guru Tindakan : Ketua Unit

Mesyuarat ini ditangguhkan pada jam 12.00 tengah hari

Disediakan oleh, Disemak oleh,

______________________________ ____________________________
(PN ROSLIDA BINTI MAT TAHIR) (PN ZALEHA BINTI MOHAMAD)
SU Kokurikulum PK Kokurikulum
SK Sungai Tong, Setiu, Terengganu. SK Sungai Tong, Setiu, Terengganu.
Lampiran 1

MAKLUM BALAS MINIT MESYUARAT

NAMA MESYUARAT : MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 1/ 2021


TARIKH : 02.02.2021 (SELASA)
TEMPAT : RUMAH MASING-MASING
APLIKASI : GOOGLE MEET

MUKA AGENDA PERKARA TINDAKAN MAKLUM BALAS


SURAT

2 2.2 Perancangan - SU Kokurikulum - Rujuk Lampiran 2, 3 & 4


aktiviti dan - Ketua setiap unit
program 2021 kokurikulum

2 2.3 Penyediakan - SU Kokurikulum - Dalam makluman semua guru dan


Laporan - Ketua setiap unit sebahagian daripada aktiviti telah
Program dan kokurikulum menghantar laporan kepada PK
Aktiviti Kokurikulum.

3 4.1.1 Mesyuarat - SU Kokurikulum - Mesyuarat Pelarasan Unit Uniform


Pelarasan Unit - Ketua setiap unit 15.02.2021
kokurikulum - Mesyuarat semua unit Bil 1/2021
23.02.2021

3 4.1.3 Laporan - SU Kokurikulum - Dalam makluman dan tindakan semua


Kehadiran dan - Ketua setiap unit guru. Rujuk Buku Pelaporan Aktiviti
Aktiviti kokurikulum Kokurikulum yang telah di hantar dan
dalam simpanan PK Kokurikulum

Disediakan Oleh:

___________________________

( ROSLIDA BINTI MAT TAHIR )

Setiausaha Kokurikulum

SK Sungai Tong

LAMPIRAN 2
PERANCANGAN AKTIVITI UNIT UNIFORM
SK SUNGAI TONG 2021
Unit Uniform : Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS), Pertubuhan Pergerakan Islam
Malaysia (PPIM), Pengakap

1. 23.02.2021 Perjumpaan Kali 1


Mesyuarat Unit Uniform bersama semua murid dan pelantikan Ahli
Jawatan Kuasa Unit.
2. 09.03.2021 Perjumpaan Kali 2
Taklimat dan Kursus Asas – Pengenalan Unit Uniform
3. 23.03.2021 Perjumpaan Kali 3
Kawad Asas – Kawad Statik
4. 06.04.2021 Perjumpaan Kali 4
Taklimat dan Kursus Asas - Ikatan & Simpulan
5. 20.04.2021 Perjumpaan Kali 5
Taklimat dan Kursus Asas – Bantu Mula & Pertolongan Cemas
6. 04.05.2021 Perjumpaan Kali 6
Taklimat dan Kursus Asas – Kusahawanan (Jahit Butang)
7. 25.05.2021 Perjumpaan Kali 7
Taklimat dan Kursus Asas – Ikhtiar Hidup (Sandwich)
8. 15.06.2021 Perjumpaan Kali 8
Taklimat dan Kursus Asas – Kesedaran Alam Sekitar (Kitar Semula)
9. 29.06.2021 Perjumpaan Kali 9
Program Amali – Kemasyarakatan (Membersihkan Masjid)
10. 13.07.2021 Perjumpaan Kali 10
Aktiviti Amali – Membina Gajet (Rak kasut & Penyidai kain)
11. 27.07.2021 Perjumpaan Kali 11
Taklimat Khas – Penyediaan Perkhemahan (Pasang Khemah)
12. 17.08.2021 Perjumpaan Kali 12
Program Amali – Perkhemahan Peringkat Sekolah (Abseiling,
Kembara Alam, Ujian Kenegaraan, Pertandingan Kawad Kaki, Ujian
Fizikal, Masakan Rimba, Persembahan Kebudayaan)

LAMPIRAN 3
PERANCANGAN UNIT SUKAN DAN PERMAINAN
SK SUNGAI TONG 2021

Permainan : 10 permainan
Bola Sepak, Olahraga, Bola Baling L&P, Bola Tampar L&P, Rentas Desa, Bola Jaring,
Badminton, Sepak Takraw, Ping Pong, Catur

BULAN TARIKH AKTIVITI PERINGKAT SASARAN


Rentas desa Sekolah
Feb Bola Tampar L & P Daerah L : Tempat ke-3
Badminton L & P Daerah
Bola jaring Zon
Catur L & P Daerah L : Tempat ke-3
Mac
1 wakil
Bola jaring Daerah
Tempat ke-3B
Rentas desa L & P Daerah
April
Olahraga L & P Daerah
Mei Memanah L & P Daerah 6 wakil
Catur (online) Antarabangsa
51ST KCMKA Chess National Open
2021
Jun
Catur (Online) Antarabangsa
TH
54 KCMKA Chess Fever National
Open 2021
Julai
Ogos
Catur (online) Antarabangsa
Sep
5TH Mobile Chess Championship 2021
B. Jaring &
Okt Gohek biar jaddi
B.Tampar (L)
Nov Gohek biar jaddi

Dis

LAMPIRAN 4

PERANCANGAN AKTIVITI KELAB DAN PERSATUAN


SK SUNGAI TONG 2020
Kelab dan persatuan : Kelab Rukun Negara, Kelab Briged Bestari / ICT, Kelab Agama &
Bahasa Arab, Kelab Doktor Muda, Kelab Robotik & Fotografi dan Kelab Bahasa Inggeris.

1. 02.03.2021 Perjumpaan Kali 1


Mesyuarat & Pelantikan Ahli Jawatan Kuasa

2. 16.03.2021 Perjumpaan Kali 2


Taklimat Khusus Unit Masing-masing

3. 13.04.2021 Perjumpaan Kali 3


Pertandingan Melukis Poster Anti Dadah Anjuran Kelab Doktor
Muda

4. 27.04.2021 Perjumpaan Kali 4


Aktiviti Tulisan Khat dan Berangkai Anjuran Kelab Agama & B.
Arab

5. 11.05.2021 Perjumpaan Kali 5


Poem Recitation – Presentation by Kelab Bahasa Inggeris

6. 22.06.2021 Perjumpaan Kali 6


Aktiviti Rekacipta Menggunakan Bahan Terbuang Anjuran Kelab
Robotik & Fotografi

7. 06.07.2021 Perjumpaan Kali 7


Taklimat Kesihatan & Penjagaan Diri – PK Hem

8. 03.08.2021 Perjumpaan Kali 8


Tayangan Video Tema Kemerdekaan Anjuran Briged Bestari/ICT

9. 24.08.2021 Perjumpaan Kali 9


Pertandingan Pakaian Beragam & Laungan MERDEKA Anjuran
Kelab Rukun Negara

10. 07.09.2021 Perjumpaan Kali 10


Pertandingan Teka Silang Kata – Sihat Minda Anjuran Unit
Kaunseling

11. 21.09.2021 Perjumpaan Kali 11


Penyediaan Kain Rentang mengikut Unit Kelab & Persatuan masing-
masing bertemakan I Love My School

12. 28.09.2021 Perjumpaan Kali 12


Majlis Penyampaian Hadiah & Penghargaan mengikut unit masing-
masing dan post motem.

You might also like