You are on page 1of 3

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

PK07/3
SK PASOH 4 (F)

MINIT MESYUARAT BULAN KEBANGSAAN BIL 1 / TAHUN 2021

Tarikh : 13 Ogos 2021

Masa : 2.00 – 4.00 petang

Tempat : Kediaman masing-masing

Pautan : Google meet

Pengerusi : Pn Rohayati binti Baba

Kehadiran (Bilangan) : 19 orang guru dan 3 orang staf

Tidak hadir (Jika ada) : tiada

1. KATA ALU-ALUAN PENGERUSI

Puan Guru Besar, Puan Rohayati Binti Baba mengalu-alukan kehadiran semua guru ke
mesyuarat Bulan Kebangsaan 2021 secara maya.

2. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG


LEPAS.

2.1 Tiada

3. PERKARA BERBANGKIT :

3.1 Tiada
Tindakan : Makluman Semua Guru

4. PERBINCANGAN ISU SEMASA :

4.1 Mesyuarat telah mengambil keputusan dan bersetuju untuk memilih ahli
jawatankuasa yang akan bertanggungjawab dalam melaksanakan Program
sepanjang Bulan Kemerdekaan.
4.2 Berikut adalah Ahli jawatankuasa Induk dan Ahli Jawatankuasa Kerja yang telah
dipersetujui dalam mesyuarat.

__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

PK07/3

4.3 Di antara program-program yang telah dicadangkan dan telah dipersetujui dalam
mesyuarat ialah seperti di dalam jadual di bawah.
4.4 Pelaksanaan program-program yang telah dirancangkan juga mengambil kira
waktu Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PDPR) .
4.5 Beberapa program seperti Kuiz Guru, Kuiz Kenali Labuan dan Pantun Sayangi
Malaysia merupakan program jalinan antara tiga buah PSS iaitu PSS SK Pasoh 4,
PSS SK Patau-Patau, Labuan dan PSS SK Pusat Lawas, Sarawak.
4.6 Pelancaran Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah ini akan disempurnakan oleh
Puan Guru Besar, Puan Rohayati binti Baba secara maya dengan medium google
meet.
4.7 Pertandingan sempena Bulan kemerdekaan akan dijalankan bermula 18 Ogos dan
berakhir pada 10 September 2021.
4.8 Majlis perasmian penutup akan dijalankan pada 20 September 2021 dan
penyampaian hadiah akan dijalankan pada 24 September 2021 seacra pandu lalu.
Majlis perasmian penutup akan disempurnakan oleh YB Tuan Noor Azmi bin
Yunus , ADUN Pertang.
4.9 Puan Siti Aminah binti Mohd Sulong bertanya berkaitan pertandingan deklamasi
sajak untuk murid tahun 1 dan tahun 2.
5.0 Mesyuarat bersetuju untuk meneruskan pertandingan deklamasi sajak untuk murid
tahun 1 dan tahun 2 kerana murid telah diajar di dalam kelas.
5.1 Puan Wan Nurulhawani mengemukakan soalan berkaitan cara untuk mengadili
para peserta pertandingan. Mesyuarat bersetuju untuk menyediakan telegram
untuk mengadili pertandingan yang akan diadili oleh pentadbir.
5.2 Segala perbelanjaan program-program sepanjang Bulan Kebangsaan 2021 akan
ditanggung oleh pihak sekolah.

Tindakan : Makluman Semua


Guru

5. HAL-HAL LAIN

5.1 Semua guru bersetuju dengan segala program yang telah dirancangkan dan akan
menjayakan segala program yang telah dirancangkan.

Tindakan : Makluman Semua Guru

6. PENUTUP

__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

PK07/3
6.1 Penyelaras Hari Kemerdekaan Sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada
semua guru.
6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.00 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………………….. ……………………..
( Ahmad Junaidi bin Abdul Karim) (Rohayati binti Baba)
Penyelaras Guru Besar
Program Bulan Kemerdekaan SK Pasoh 4 (f)

__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

You might also like