You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN PASOH 4 (F)

72300 SIMPANG PERTANG


N. SEMBILAN

Ruj :SKP4/005
Tarikh :15 NOVEMBER 2019
Kepada;
Guru Besar,
Sek Keb Pasoh 1 (f)
72300 Simpang Pertang ,
Negeri Sembilan.

U/P: En. Sabiran bin Samsudin

Tuan/Puan

MOHON PELEPASAN KE MAJLIS SANJUNGAN BUDI

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2. Adalah dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan majlis


sanjungan budi sempena jamuan akhir tahun dan pertukaran guru pada ketetapan
berikut:

Tarikh : 19 November 2019(Selasa)


Tempat : Hotel Melang Inn, Kuala Pilah
Masa : 2.30 petang

3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah menjemput En. Sabiran bin Samsudin
ke majlis tersebut. Oleh itu, kami memohon kerjasama dari pihak tuan agar
memberikan pelepasan kepada beliau untuk menghadiri majlis ini.

4. Kerjasama dari pihak tuan kami dahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah.

………………………..
(Pn Zakiah bt Abd Aziz)

You might also like