You are on page 1of 8

MINIT MESYUARAT

JAWATANKUASA KOKURIKULUM
SK SUNGAI TONG, SETIU
BIL 3/2020

Tarikh : 11 November 2020 (Rabu)


Masa : 11.00 Pagi
Tempat : Rumah masing-masing (Aplikasi Google Meet)

Kehadiran

1. Pn. Hjh Fadilaton bt Mohd Top (GB)


2. Pn.Junidah bt Said (PKP)
3. En. Mohd Razifudin b. Che Muda (PK HEM)
4. Pn. Zaleha bt Mohamad (PKKO)
5. Pn. Nurul Wahidati Ainun bt Muhammad
6. Pn. Liza bt Shafei
7. Cik Wan Sabariah bt Wan Ismail
8. Pn. Hjh Zuraidah bt Abd Rahman
9. Pn. Nor Ashikin bt Hj. Din
10. Cik Nur Azhani bt Azezan
11. Pn. Roslida bt Mat Tahir
12. Pn. Nor Hasimah bt Ismail
13. Pn. Rohaya bt Mohd Noor
14. Cik Ummi Nur Aqilah bt Yusof
15. Pn. Wan Adilah bt Wan Ismail
16. En. Raimi Syazwan b. Abdul Rashid
17. En. Mohd Razifudin b. Che Muda
18. En. Mohd Salim b. Musa
19. YM. Syed. Ahmad Syauqi b. Syed Abdullah
20. En. Zafri b. Mamat

Tidak Hadir

1. Pn. Wan Norihan bt Wan Mansor (temujanji doktor)


Agenda:

1. Ucapan Pengerusi (PK Kokurikulum)

1.1 Mesyuarat dimulakan dengan membaca surah Al-Fatihah


1.2 Mengalu-alukan kehadiran semua guru ke mesyuarat kokurikulum kali ketiga
sesi persekolahan 2020.
1.3 Unit kokurikulum telah membuat banyak perancangan aktiviti bagi tahun ini,
tetapi di sebabkan berlakunya Pandemik covid -19 yang melanda negara
banyak aktiviti yang dirancangkan tergendala dan tidak dapat dilaksanakan.
1.4 Tujuan mesyuarat pada hari ini adalah untuk mengetahui perkembangan
aktiviti unit kokurikulum khususnya unit beruniform, kelab & persatuan dan
sukan & permainan sepanjang sesi persekolahan tahun 2020.
1.5 Pengerusi juga mengucapkan ribuan terima kasih atas komitmen yang
diberikan oleh semua guru dalam menjalankan amanah dan segala
pencapaian cemerlang dalam unit kokurikulum bagi tahun 2020.

2. Ucapan Tuan Guru Besar

2.1 Tuan Guru Besar mengucapkan tahniah kepada unit kokurikulum kerana
berjaya mengadakan mesyuarat kokurikulum kali ke 3 pada tahun ini.

2.2 Setiap unit kokurikulum hendaklah melaporkan aktiviti yang dilaksanakan


pada tahun ini bermula bulan Ogos hingga November 2020.

2.3 Pelaporan tahunan setiap unit mestilah dibuat untuk simpanan fail dan
laporan tersebut tidak melebihi 5 helai.

Makluman : Semua guru

2.4 Tuan Guru Besar juga memohon kepada semua guru untuk mengisi dan
membaiki maklumat berkaitan bahagian masing-masing di dalam laman web
SKPMG2 sebelum 25 November 2020

2.5 Guru-guru mesti menyediakan eviden bagi SKPMG2 sebelum 5 Disember


2020.

Tindakan : Semua penyelaras unit

3. Penerimaan Minit Mesyuarat Dan Maklum Balas 2/2020

3.1 Rujuk Lampiran 1


4. Laporan Aktiviti Kokurikulum

4.1 Laporan Unit Beruniform oleh Pn. Roslida bt Mat Tahir.

4.1.1 Aktiviti kolaborasi telah dilaksanakan melibatkan semua unit


beruniform iaitu TKRS (L), TKRS (P), Pengakap dan PPIM pada 13
Oktober dan 20 Oktober 2020. Aktiviti tersebut ialah mengadakan
praktikal amali ikatan dan melukis poster berkaitan Pandemik Covid-
19.

4.1.2 Unit uniform PPIM telah melaksanakan uijian tahap Puteri Bongsu
khusus untuk murid tahun 5. PPIM juga telah menghantar wakil ke
peringkat kebangsaan bagi pertandingan penulisan dan melukis
poster covid-19. Unit uniform PPIM juga telah menyertai pertandingan
sajak dan melukis komik dan telah mendapat naib johan peringkat
negeri.

4.1.3 Bagi unit TKRS pula, 4 orang murid telah mendapat pangkat sarjan
bagi tahun 2019. Majlis yang sepatutnya diadakan pada tahun ini bagi
meraikan murid tersebut ditangguhkan disebabkan pandemic Covid-
19. Manakala pada tahun ini seramai 26 orang murid dari tahun 5 dan
6 telah mendapat pangkat Koperal.

4.1.4 Bagi unit Pengakap pula, projek membuat buku skrap pula tidak dapat
dilaksanakan disebabkan kekangan masa akibat Pandemik Covid-19.

4.1.5 Laporan penuh aktiviti Unit Beruniform, rujuk lampiran 2.

Makluman : semua guru

4.2 Laporan Sukan & Permainan oleh Cik Ummi Nur Aqilah bt Yusof

4.2.1 Aktiviti kokurikulum telah dilaksanakan sebanyak 7 kali sepanjang


tahun ini iaitu 5 kali telah diadakan sebelum Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) dan 2 kali selepas PKP

4.2.2 1 murid 1 sukan telah dilaksanakan sebelum PKP iaitu dilaksanakan


setiap pagi Rabu.

4.2.3 Pada 5-6 September, pihak sekolah telah menyertai pertandingan


Catur peringkat antarabangsa yang diadakan secara Online di bawah
bimbingan Cik Nur Azhani

4.2.4 Program ‘Gohek biar jaddi’ bagi permainan bola jaring dan bola
tampar ditangguhkan pelaksanaanya disebabkan pandemik Covid-19.

4.2.5 Laporan penuh aktiviti Unit Sukan dan Permainan, rujuk lampiran 3.
Makluman : semua guru

4.3 Laporan Kelab & Persatuan oleh Pn. Nor Ashikin bt Hj Din

4.3.1 Aktiviti kokurikulum untuk kelab dan persatuan dijalankan pada


20/10/2020 secara kolaborasi iaitu aktiviti melukis poster covid.

4.3.2 Pada 2/11/2020 kelab Robotik telah menyertai Nicers Sumo Robot
Competition 2020 secara online. Sidang online dibuat dibilik DMH iaitu
2 peserta terlibat. Sokestobot mendapat saguhati.

4.3.3 Laporan penuh aktiviti Kelab dan Persatuan, rujuk lampiran 4.

Makluman : semua guru

5. Hal-hal Lain

5.1 PK Kokurikulum menerangkan tentang aspek TS25 berkaitan kemenjadian


murid adalah bukan sekadar dinilai dari sudut pencapaian murid dalam
kokurikulum tetapi ianya termasuk sikap dan akhlak seseorang murid.

5.2 PK Kokurikulum mengingatkan semua guru untuk membuat salinan setiap sijil
penyertaan murid yang telah diperolehi dalam sesebuah pertandingan dan
disimpan di dalam fail.

Makluman : semua guru

5.3 Pn. Nurul Wahidati bertanyakan tentang pertandingan video yang disertai
diletakkan di bawah unit kurikulum atau unit kokurikulum.

5.4 Tuan Guru Besar memberitahu, pertandingan tersebut adalah aktiviti


serampang dua mata dan boleh dimasukkan ke dalam aktiviti Panitia atau
Kelab mengikut kesesuaian tajuk rakaman atau pertandingan tersebut.

5.5 Tuan Guru Besar mengharapkan setiap penyelaras unit menghantar laporan
tahunan untuk disimpan di dalam fail.

Tindakan : SU Kokurikulum & Ketua Unit Kokurikulum

Mesyuarat ini ditangguhkan pada jam 12.00 tengah hari


Disediakan oleh, Disemak oleh,

____________________________ ____________________________
(WAN ADILAH BT WAN ISMAIL) (ZALEHA BT MOHAMAD)
Penolong SU Kokurikulum PK Kokurikulum
SK Sungai Tong, Setiu, Terengganu. SK Sungai Tong, Setiu, Terengganu.
LAMPIRAN 2

LAPORAN AKTIVITI UNIT UNIFORM


SK SUNGAI TONG 2020

PENGAKAP

1. Ujian Lencana Keahlian Pengakap – melibatkan semua ahli Pengakap Tahun


3 dan 4. Bermula Februari 2020 dan ditangguhkan pada waktu PKP.
2. Perkhemahan Pengakap ditangguhkan sehingga diberitahu.

PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA (PPIM)

1. Penilaian Ujian Tahap Puteri Bongsu melibatkan 7 orang murid (Tahun 5) –


Masih menunggu pengesahan Kebangsaan.
2. Pertandingan Esei Covid-19
Berjaya mewakili negeri ke peringkat Kebangsaan.
3. Pertandingan Deklamasi Sajak Siber – penyertaan sahaja.
4. Pertandingan Melukis Komik Perkhemahan Puteri – Naib Johan Negeri.
5. Pertandingan Melukis Poster PPIM Vs Covid-19 – penyertaan sahaja.
6. Pertandingan Sajak Bakti Alam – Naib Johan Daerah

TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH (TKRS)

1. 4 Kadet telah dianugerahkan Sarjan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Setiu


Siti Shamira Mohamad Sham
Mohamad Nabil Razifuddin
Syumaiyyah Shahrir
Muhamad Zafran Aqil M Ramlan
2. 26 Kadet LULUS Ujian Saringan Dan Kelayakan Koperal – tunggu
penganugerahan daripada Pejabat Pendidikan Daerah Setiu.
3. 20 Kadet LULUS Ujian Kenaikan Pangkat Lans Koperal melibatkan Tahun
3,4 dan 5 – Majlis Penganugerahan di Peringkat Sekolah ditangguhkan dan
dirancang untuk dilaksanakan pada tahun 2021.

AKTIVITI KOLOBORASI MELIBATKAN SEMUA UNIT UNIFORM SECARA


BERSAMA

1. 07.01.2020 Taklimat Unit Uniform


2. 28.01.2020 Latihan Kawad Asas
3. 18.02.2020 Latihan Kawad Statik
4. 10.03.2020 Latihan Kawad Dinamik
5. 13.10.2020 Kursus Ikatan & Simpulan
6. 20.10.2020 Membuat Poster Cegah Covid-19
LAMPIRAN 3

LAPORAN AKTIVITI SUKAN DAN PERMAINAN


SK SUNGAI TONG 2020

Permainan : 10 permainan
Bola Sepak, Olahraga, Bola Baling L&P, Bola Tampar L&P, Rentas Desa, Bola Jaring,
Badminton, Sepak Takraw, Ping Pong, Catur
Jumlah perjumpaan permainan : 7 kali (5 kali penggal 1, 2 kali penggal 2)

Jumlah perjumpaan aktiviti 1M1S : 3 Kali

BULAN TARIKH AKTIVITI PERINGKAT PENCAPAIAN


Jan 16.01.2020 Rentas desa Sekolah
20 - 21.01.2020 Bola Tampar L & P Daerah L : Tempat ke-3
20.01.2020 Badminton L & P Daerah
29.01.2020 Bola jaring Zon
Feb 03.02.2020 Catur L & P Daerah L : Tempat ke-3
1 wakil
05.02.2020 Bola jaring Daerah
Tempat ke-3B
09.02.2020 Rentas desa L & P Daerah
25-27.02.2020 Olahraga L & P Daerah
Mac 03.03.2020 Memanah L & P Daerah 6 wakil

April PKP
Mei PKP
Catur (online) Antarabangsa
Jun 06.06.2020 50TH KCMKA Chess National Open
2020
Catur (Online) Antarabangsa
13.06.2020 53TH KCMKA Chess Fever National
Open 2020
Julai PKP
Ogos
5-6.09.2020 Catur (online) Antarabangsa
Sep
4TH Mobile Chess Championship 2020
B. Jaring &
Okt Gohek biar jaddi
B.Tampar (L)
Nov Gohek biar jaddi

Dis PKPB
LAMPIRAN 4

LAPORAN AKTIVITI KELAB DAN PERSATUAN


SK SUNGAI TONG 2020

Kelab dan persatuan : Kelab Rukun Negara, Kelab Briged Bestari / ICT, Kelab Agama &
Bahasa Arab, Kelab Doktor Muda, Kelab Robotik & Fotografi dan Kelab Bahasa Inggeris.

Jumlah perjumpaan : 6 kali (3 kali penggal 1 & 3 kali penggal 2)

BULAN TARIKH AKTIVITI PERINGKAT PENCAPAIAN

Januari 7/1/2020 Perjumpaan kali ke-1 Sekolah

21/1/2020 Perjumpaan kali ke-2 sekolah

Februari 4/2/2020 Perjumpaan kali ke-3 Sekolah

Mac PKP

April PKP

Mei PKP

Jun PKP

Julai PKP

Ogos PKP

September 1/9/2020 Perjumpaan kali ke-4 Sekolah

13/9/2020 - Pertandingan Fotografi Sains Negeri Penyertaan


25/9/2020 Peringkat Negeri Terengganu Terengganu
2020
15/9/2020 Perjumpaan kali ke-5 Sekolah

Oktober 20/10/2020 Perjumpaan kali ke-6 Sekolah

November 2/11/2020 Nicers Sumo Robot Kebangsaan Saguhati


Competition 2020 secara
online
Disember PKPB

You might also like