You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT

JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH


SEK.KEB.SUNGAI TONG, SETIU
BIL 1 / 2020

TARIKH : 29 DISEMBER 2019


HARI : AHAD
MASA : 10.30 PAGI
TEMPAT : BILIK MESYUARAT

Kehadiran :

1. Puan Hajah Fadilaton binti Md Top - Guru Besar


2. Puan Junidah binti Said - GPK Pentadbiran
3. Puan Norismaiza binti Mohd Samsuddin - GPK Kokurikulum
4. Pn.Roslida binti Mat Tahir - S/U JKS
5. Cik Wan Sabariah binti Wan Ismail
6. Encik Zafri bin Mamat
7. Encik Mohd Salim bin Musa
8. Encik Mohd Razifudin bin Che Muda
10.Puan Nurul Wahidati Ainun binti Muhammad
11.Puan Liza binti Shafei
12.Encik Md.Rahimi bin Mohd Kamaru Al Salam
13.Encik Raimi Syazwan bin Abdul Rasyid
14. Puan W.Norihan binti W.Mansor
15.Puan Hjh Zuraidah binti Ab.Rahman
16.Puan Wan Adilah binti Wan Ismail
17.Cik Nur Azhani binti Azezan
18.Puan Rohaya binti Mohd Noor
19.Pn. Nor Ashikin binti Haji Din
. 20.YM Sy. Ahmad Syauqi bin Sy.Abdullah
21.Cik Ummi Nur Aqilah binti Yusof

Laporan Mesyuarat:
1. Ucapan Guru Besar selaku Pengerusi (Puan Hajah Fadilaton binti Md Top)
1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan ummul kitab al-Fatihah.
1.2 Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang hadir dan bersyukur
kerana dapat berkumpul bersama bagi Mesyuarat JKS Kali Pertama bagi Sesi 2020.
1.3 Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua guru atas komitmen dan
kerjasama dalam menjayakan semua program di bawah unit Kurikulum sepanjang
tahun ini.
1.4 Beliau mengingatkan tentang Pengurusan Kurikulum merupakan organisasi penting
serta menjadi pendukung kepada lonjakan pencapaian prestasi akademik di sekolah.
Justeru itu, Pengurusan Kurikulum amat penting untuk meningkatkan sahsiah diri
murid dari segi aspek disiplin diri.
1.5 Perkasakan PAK21
1.5.1 Tuan Guru Besar mengingatkan semua guru agar memastikan susun atur kerusi
meja murid di dalam kelas mestilah mematuhi saranan yang telah ditetapkan.
1.5.2 Setiap kelas mestilah mempunyai ruangan atau sudut matapelajaran, ruang
belajar dan hasil kerja murid.
1.5.3 Guru hendaklah mengaplikasikan 4K dalam PdP dan KBAT.
1.5.4 Tuan Guru Besar menegaskan agar guru-guru berubah. Guru perlu bertindak
sebagai pemudahcara, pembimbing dan pendorong. Proses pengajaran mestilah
tidak berpusatkan guru.
1.5.5 Proses pengajaran dan pembelajaran mestilah berdasarkan standard kurikulum
dan standard pembelajaran.
1.6 Berfokuskan Kurikulum
1.6.1Tuan Guru Besar mengingatkan semua guru agar mennyempurnakan proses
pengajaran dan pembelajaran mengikut Kurikulum Standard dan guru perlu
menguasai sepenuhnya.
1.6.2 Amali Sains hendaklah dilaksanakan dan diperkasakan.
1.6.3 Guru perlu adil kepada semua murid.
1.6.4 PPSR – masih dilaksanakan. PAJSK, Psikometrik, PBS dan UPSR masih
diteruskan. Tuan Guru Besar menasihatkan guru-guru agar membangunkan
program berfokus untuk mengatasi kelemahan.
Makluman : Semua Guru

2. Pengesahan Penerimaan Dan Maklum Balas Minit Mesyuarat JKS Bil 4/2019
2.1 Dicadang oleh Puan Nor Ashikin binti Haji Din.
2.2 Disokong oleh Puan Liza binti Shafei.

3. Perkara Berbangkit
3.1 Tiada perkara berbangkit.
4. Pengurusan Kurikulum 2020 – Rujuk Buku Pengurusan
4.1 Mesyuarat Panitia
4.1.1 Mesyuarat Panitia Bil 1/2020 hendaklah dilaksanakan sebelum berakhir Januari
2020.
4.1.2 Mesyuarat Panitia mesti dilaksanakan empat kali setahun (Januari, Mac, Jun,
September)
4.2 Pengurusan Mesyuarat
4.2.1 Peranan Ketua Panitia.
4.2.1.1 Mesyuarat Bil 1/2020
4.2.1.1.1 Lantikan AJK
4.2.1.1.2 Perancangan Aktiviti Tahunan
4.2.1.1.3 Pelan Strategik
4.2.1.1.4 Pelan Tindakan
4.2.1.1.5 Pelan Operasi
4.2.1.1.6 Format RPH / eRPH
4.2.1.1.7 Perkongsian Ilmu dan lain-lain.
4.2.1.2 Mesyuarat Bil 2/2020
4.2.1.2.1 Laporan dan perbincangan aktiviti
4.2.1.2.2 Perbincangan prestasi murid
4.2.1.2.3 Pentaksiran dan sebagainya.
4.2.1.3 Mesyuarat Bil 3/2020
4.2.1.3.1 Laporan dan perbincangan aktiviti
4.2.1.3.2 Perkongsian Ilmu
4.2.1.3.3 Analisis Prestasi Semasa Murid
4.2.1.3.4 Dialog Prestasi
4.2.1.3.5 Pentaksiran
4.2.1.4 Mesyuarat Bil 4/2020
4.2.1.4.1 Laporan pencapaian sepanjang tahun
4.2.1.4.2 Post-motem
4.2.2 Panitia diselaraskan dan bertanggungjawab menyediakan 6 fail.
4.3 Laporan
4.3.1Setiap program dan aktiviti panitia yang telah dijalankan perlu disediakan laporan.
4.3.2 Laporan hendaklah dihantar setelah program selesai dijalankan.
4.3.3 Laporan perlu disertakan dengan risalah (pamplet) program atau aktiviti.
4.3.4 Laporan hanya perlu 5 helai sahaja. Tidak perlu panjang-panjang.
4.3.5 Laporan Tahunan perlu disediakan di akhir sesi persekolahahn tahun semasa.
Tindakan : Semua Ketua Panitia

5. Jadual Waktu
5.1 Semua guru terlibat dengan pdpc.
5.2 Penyeliaan guru (pdpc) 2 kali setahun.
5.3 Proses penyeliaan guru secara manual dan online.
5.4 Guru dikehendaki melengkapkan eviden pdpc.
Makluman dan tindakan : Semua Guru

6. Peruntukan Panitia 2020


6.1 Panitia Sains RM772.46
6.2 Panitia Matematik RM576.15
6.3 Panitia Bahasa Inggeris RM642.23
6.4 Panitia Bahasa Melayu RM430.29
6.5 Panitia PSV RM1203.50
6.6 Panitia Muzik RM1203.75
6.7 Panitia Bahasa Arab RM374.00
6.8 Panitia Pendidikan Islam RM426.18
6.9 Panitia TMK RM426.15
6.10 Panitia RBT RM1200.06
6.11 Panitia Sejarah RM800.00
6.12 Panitia PJPK RM1204.00
6.13 Bimbingan Kaunseling RM2000.00
6.14 Pusat Sumber RM3444.00
Tindakan : Semua Ketua Panitia

7. Transisi (Puan Rohaya binti Mohd Noor)


7.1 Pendaftaran murid pada 30/12/2019 jam 09.00 pagi.
7.2 Suaikenal akan dijalankan pada 01/01/2020.
7.3 Modul Transisi ada disediakan.
7.4 Pendaftaran dalam rekod setakat hari ini 10 Lelaki 13 Perempuan. Jumlah 23 orang.
7.5 Tempoh Transisi 3 minggu. Bermula 01/01/2020 (Rabu) hingga 16/01/2020 (Khamis).
Makluman dan tidakan : Semua Guru
8. Hal-hal Lain
8.1 Permohonan ke luar negara hendaklah dihantar sebulan sebelum tarikh perjalanan.
8.2 Semua guru dikehendaki menggunakan template Erph 4.0.
8.3 RPH hari pertama wajib siap.
8.4 Fail untuk butiran peribadi perlulah lengkap.
8.5 Rekod guru ganti (relief) perlu ditandatangani.
8.6 Eviden merupakan keutamaan dalam penilaian PBPPP.
Makluman : semua guru

9. Penutup
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.45 tengahari dan diakhiri dengan bacaan surah Al-Asr.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

.................................................................. ........................................................................
(PUAN ROSLIDA Bt MAT TAHIR) (PUAN HJH FADILATON BT MD TOP)
Setiausaha Mesyuarat JKS, Guru Besar,
SK Sungai Tong SK Sungai Tong

You might also like