You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT KOKURIKULUM BIL.

3/ 2019
SK RANTAU PANJANG,SIBU

Tarikh : 13 November 2019 (Rabu)


Masa : 12.30 Tangah Hari - 1.50 petang
Tempat : Bilik Akses, SK Rantau Panjang , Sibu

Kehadiran :
1. Eileen anak Ujan (Pengerusi Mesyuarat)
2. Aphong anak Entri (Guru Besar)
3. Usin anak Jarmit
4. Kaya anak Sagieng
5. Connie Lenya anak Stephen Naga
6. Enggan anak Bandong
7. Evelyn Kong Siew Li
8. Lim Fung Khoon
9. Ling Sien Hua
10. Maslisah binti Abdul Masid
11. Maureen anak Mang
12. Mohammad Ferdauz bin Jumain
13. Sabrina binti Reduan
14. Norzie Nani binti Fadzil
15. Nur Fayyadhah binti Samsudin
16. Nur Syafiqah binti Johari
17. Saharah binti Osman
18. Shukur Hayani binti Mansor
19. Jina anak Nyawai
20. Wong Sie Lung
21. Darmadi bin Ibrahim
22. Liau Mee Tiong
23. Wainie bin Mahdan
24. Chew Yi Ung
25. Stanley Bohari
26. Amir Nabil bin Mahhiyuddin
27. Sheera anak Abol
28. Norhayati binti Asri
29. Zarina binti Mohamed Zain
TIDAK HADIR BERSEBAB :
Bil Agenda
1. Perutusan Pengerusi Mesyuarat
1.1 Cikgu Eileen selaku Penolong Kanan Kokurikulum merangkap pengerusi
mesyuarat mengucapkan selamat tengah hari dan selamat datang di atas
kesudian semua guru dan staf hadir ke mesyuarat Jawatankuasa Kokurikulum
kali pertama tahun ini.
1.2 Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan staf kerana
memberi kerjasama yang baik walaupun beliau baru bertugas di sekolah ini
bermula pertengahan tahun.

2. Ucapan Alu-Aluan Guru Besar


2.1 Guru Besar Encik Aphong anak Entri mengucapkan terima kasih atas kehadiran
staf dalam Mesyuarat Kokurikulum Bil 3/2019. Beliau juga
mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama guru-guru yang dapat hadir
dalam mesyuarat kali ini.
2.2 Guru Besar juga berharap semua pegawai yang dilantik dapat menjalankan
tugas diamanahkan secara proaktif.
2.3 Memastikan semua pelaporan KK dilengkapkan terutamanya untuk murid
tahun 6.

3. Pengesahan Minit Mesyuarat KoKurikulum Bil 2/2019


Dicadangkan oleh : Puan Maslisah binti Abdul Masid
Di sokong oleh : Puan Shukor Hayani binti Mansor

4. Perkara Berbangkit
4.1 PKKK memaklumkan pada tahun ini seramai 2 orang murid mewakili Zon Luar
Bandar Sibu dalam kejohanan peringkat bahagian. Murid tersebut ialah Ferron
Ngipa (lontar peluru) dan Rifdifarid (lompat tinggi)
Tindakan: Semua guru

4.2 PKKK juga memaklumkan sebanyak 19 aktiviti KK disertai sekolah sepanjang


tahun 2019. Kelab Doktor Muda yang paling banyak terlibat dalam aktiviti KK di
beberapa buah sekolah.
Tindakan : Semua guru

4.3 PKKK mengucapkan terima kasih kepada guru-guru kerana berjaya mencapai 12
perjumpaan KK.
Tindakan: Semua guru
4.4 PKKK memaklumkan kehadiran tertinggi KK tahun 2019 ialah Sukan &
Permainan, kedua ialah Unit Beruniform dan kehadiran paling rendah ialah
Kelab & Persatuan.
Tindakan: Semua guru

5. Perkara-Perkara Lain

5.1 PKKK memaklumkan pada tahun hadapan 2020 akan ditubuhkan kelab baru
iaitu Kelab Sains & Matematik. Manakala Kelab Bahasa Arab akan digugurkan.
Tindakan: Semua guru.

5.2 PKKK juga memberitahu pada tahun hadapan juga Unit Beruniform Pengakap A
dan B akan digabungkan.
Tindakan: Guru penyelaras/penasihat Unit Beruniform Pengakap

5.3 Pada tahun hadapan juga PKKK menjelaskan aktiviti Kokurikulum hanya akan
disertai oleh murid tahun 4, 5 dan 6 sahaja.
Tindakan: Guru penyelaras/penasihat KK

5.4 Tahun hadapan juga murid tahun 6 akan dikecualikan untuk mengikuti aktiviti
KK pada semester 2, tetapi kehadiran mereka dianggap sebagai hadir. Pastikan
buku rekod PAJSK mereka di isi hadir.
Tindakan: Guru penyelaras/penasihat KK

5.5 Cikgu Fayadhah ingin mendapat penjelasan kenapa Bahasa Arab digugurkan.
PKKK menjelaskan pihak sekolah mengutamakan keperluan akademik dahulu
iaitu Matematik dan Sains.
Tindakan: Guru penyelaras Kelab Bahasa Arab

5.6 Cikgu Sabrina memaklumkan kehadiran Kelab Doktor Muda antara yang
terendah tahun 2019, beliau akan melakukan plan intervensi untuk mengatasi
masalah ini.
Tindakan: Guru penyelaras Kelab Doktor Muda.

5.7 Guru Besar menekankan agenda 4.11 dimana pegawai yang ditugaskan
mengikut jadual memastikan peralatan sukan dalam keadaan kemas, tersusun
dan direkodkan keluar masuk.
Tindakan: Semua guru
5.8 Guru Besar memaklumkan kepada guru penyelaras/ penasihat untuk
menyediakan laporan tahunan aktiviti kokurikulum masing-masing dan
diserahkan kepada PKKK sebelum bercuti.
Tindakan: Semua guru

5.9 Guru Besar mahukan guru-guru yang ingin membawa murid keluar untuk
mewakili sekolah dalam apa-apa aktiviti KK untuk mengambil kira kedudukan
kewangan pihak sekolah.
Tindakan: Semua guru

6. Mesyuarat ditangguhkan pada 1.30 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

.................................. ...........................................
(MOHD FERDAUZ BIN JUMAIN) (EILEEN ANAK UJAN)
Pencatat Minit Mesyuarat, Penolong Kanan Kokurikulum
KoKurikulum Bil 3 / 2019 SK Rantau Panjang

Penangguhan Minit Mesyuarat KoKurikulum Bil 3 /2019


Dicadang oleh : En. Darmadi bin Ibrahim
Disokong oleh : En. Stanley Bohari
Tarikh:

You might also like