You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN ASSUMPTION

JALAN BAGAN DALAM, BUTTERWORTH

MINIT MESYUARAT UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING


BIL 3/ 2019

Tarikh : 29 Ogos 2019


Masa : 1.35 tengahari
Tempat : Makmal Komputer

KEHADIRAN :
1. Annukman bin Mohamed Illias (Pengerusi)
2. Puan Asrulwati Binti Che Ani
3. Encik Anuar Bin Edon
4. Encik Sharom Nizam bin Azali
5. Puan Yusheila Hana binti Yushaak
6. Puan Haslinah binti Ambo

TURUT HADIR
1. Pn Siti Fadzilah binti Md Salleh (Penolong Kanan HEM)

AGENDA:
1. Ucapan Aluan Pengerusi
2. Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lalu
3. Perkara Berbangkit
4. Pelaksanaan Aktiviti 2019
5. Peruntukan Kewangan
6. Hal-hal Lain
7. Ucapan Penangguhan

1.0 Ucapan Aluan pengerusi


1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang hadir ke
mesyuarat.
1.2 Pengerusi menjelaskan tujuan mesyuarat adalah untuk menyampaikan
maklumat berkaitan Unit Bimbingan dan Kaunseling serta pelaksanaan
aktiviti 2019.
Tindakan : Makluman

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lalu


2.1 Encik Anuar Bin Edon mencadangkan agar minit mesyuarat yang lalu
diterima dan disahkan dan dipersetujui sebulat suara.
Tindakan : Makluman
3.0 Perkara Berbangkit
3.1 Merujuk kepada perkara 5.1.6, Intervensi Program Kehadiran Penuh telah
dijalankan . Program Sifar Ponteng Murid Pintar memberikan insentif KFC dan
mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada murid.
Tindakan : Makluman

4.0 Agenda Profesional

4.1 Pelaksanaan Aktiviti 2019


4.1.1Perlaksanaan Kaunseling Individu dan Kelompok masih diteruskan dan
telah dikemaskini di dalam SSDM.
4.1.2 Program Minggu Baik Hati yang telah dijalankan pada 2 hingga 6 April
2019.
4.1.3 Program Kehadiran Penuh yang telah bermula pada bulan Januari dan
telah ditukar nama kepada program sifar ponteng murid pintar pada bulan
Ogos dan diberi insentif dari guru besar.
4.1.4 Teknik Menjawab UPSR ( Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan
Matematik) pada bulan April dan Julai 2019.
4.1.5 Program Cerdas Minda di mana murid-murid Tahun 6 diberikan vitamin
pada setiap pagi bermula pada bulan Februari yang lalu.
4.1.6 Program Ziarah Cakna telah bermula pada April 2019.
4.1.7 Program Lawatan ke Kidland, Prangin Mall, Pulau Pinang yang dirancang
pada 1 November 2019 melibatkan murid Tahun 4, 5 dan 6.
4.1.8 Program Dasar Warga Emas Negara (DWEN) yang dirancang pada bulan
Oktober.

Tindakan : Makluman

4.2 Peruntukan Kewangan


4.2.1 Pengerusi memaklumkan anggaran peruntukan PCG bagi tahun 2019 untuk
Unit Bimbingan dan Kaunseling adalah sebanyak RM 500 dan berbaki
RM 284
4.2..2 Penyelaras diminta mengemukakan senarai keperluan atau aktiviti 2019
untuk diambil tindakan oleh pengerusi.
Tindakan : Guru-guru Berkenaan

4.3 Pengurusan Intervensi Murid


4.3.1 Guru-guru diberi taklimat pendek berkenaan pelan intervensi murid cicir.
(rujuk lampiran)
4.3.2 Pembentangan Intervensi Murid Berisiko Cicir (Rujuk Lampiran)
5.0 Hal-hal Lain

5.1 Taklimat Sekolah Menengah telah dirancang untuk dijalankan pada 11 Oktober
2019 bersama En. Yunus bin Datuk Zakkariya GBK SMK Mak Mandin.

Tindakan : Makluman

6.0 Ucapan Penangguhan

6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kerjasama semua guru yang
hadir. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.35 tengahari

You might also like