You are on page 1of 4

Minit Mesyuarat Hal Ehwal Murid(HEM) bil 3/2021

Sekolah Kebangsaan Kuala Gula 34350 Kuala Kurau, Perak.


Tarikh : 13 Ogos 2021

Masa : 2:30 pm

Tempat : Kediaman sendiri secara google meet

Kehadiran :

1. En. Mohd Azmi bin Sadar (Guru Besar)


2. En. Ahamad Fasial bin Abdullah (PK Pentadbiran)
3. Pn. Siti Normala binti Adris (PK HEM)
4. En. Muhamd Fahmi b. Mahamod (PK Ko-kurikulum)
5. En. Ghazali b. Abdul Rahman
6. En. Mohamad Fahruddin b. Mohd Fazain
7. En. Mohamad Amsyar
8. En. Azizul Ziad bin Burhannudin
9. En. Rosfizal bin Che Pi
10. En. Aspiyah Mahyus bin Ahmad
11. En. Burhanuddin b. Hj. Ismail
12. En. Abdullah bin Ya
13. Pn. Fadhilah binti Jamaluddin
14. Pn. Zainilawati binti Kamaruddin
15. En. Mohamad Daim bin Samsudin
16. En. Mohamad Naim bin Zakaria

Tidak hadir :

1. En. Mohd Rosli bin Mohd Saad


1. UCAPAN PENGERUSI MAJLIS
1.1. Pengerusi majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran guru-guru dalam
mesyuarat Hal Ehwal Murid bil. 3 bagi tahun 2021 secara atas talian menggunakan
platform google meet.
1.2. Terdapat beberapa perkara penting yang ingin disampaikan kepada semua guru
sepanajng tempoh PKP dilaksanakan.

2. UCAPAN ALU-ALUAN
2.1. Guru besar memperkenalkan dan mengucapkan selamat datang kepada Penolong
Kanan Ko-kurikulum yang baharu iaitu En. Muhamad Fahmi bin Mahamod.
2.2. Seterusnya guru besar memperkenalkan guru Bahasa Melayu yang baharu iaitu Pn.
Norizan yang menggantikan cikgu Suhaimi yang telah berpindah.
2.3. Guru Besar mengucapkan tahniah kerana semua guru membuat pelaporan SPDPR
setiap hari.
2.4. Guru Besar memohon semua guru untuk meneruskan PDPR mengikut kreativiti guru
sendiri.

3. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LEPAS


3.1. Minit mesyuarat bil.2/2021 telah dibentangkan dan :
3.1.1. Cadangan disahkan oleh : En. Burhannudin bin Ismail
3.1.2. Cadangan disokong oleh : En. Ghazali bin Abdul Rahman

4. PERKARA BERBANGKIT
4.1. Tiada

5. FOKUS MESYUARAT
5.1. PENGURUSAN HEM
5.1.1. Mohon semua guru yang merupakan jawatankuasa bagi dan juga Setiausaha
bagi setiap unit dalam HEM untuk mengemaskini fail masing-masing.
5.1.2. Pastikan maklumat terkini dimasukkan di dalam fail jawatankuasa masing-
masing.
5.1.3. Mohon juga untuk menghantar semula fail yang telah dikemaskini pada hujung
bulan SEPTEMBER kepada Penolong Kanan HEM untuk disimpan dan juga
disemak.

5.2. PENGURUSAN DISIPLIN


5.2.1. Perlantikan pengawas sekolah perlu di sediakan pelaporan.
5.2.2. Mohon untuk semua guru mengisi SSDM murid jika ada murid melakukan
amalan terbaik di sekolah.
5.2.3. Program gempur ponteng tidak dapat dijalankan bagi tahun ini kena Covid.
Program ini akan diteruskan apabila sesi persekolahan bersemuka dilaksanakan.
5.2.4. Sepanjang tempoh PDPR dijalankan, aktiviti ziarah dari rumah ke rumah dan
berjumpa ibu bapa murid tidak dapat dilaksanakan lagi kerana masih dalam
tempoh PKP.
5.2.5. Seterusnya berkenaan pengurusan keselamatan murid. PK HEM sering
memaklumkan kepada murid tentang penjagaan SOP di rumah dan sekitar rumah
melalui group whatsapp.
5.3. PENGUMUMAN LANGKAH KESELAMATAN
5.3.1. Pengumuman ini dilaksanakan setiap minggu dengan menghantar dalam setiap
group whatsapp kelas berkenaan dengan peringatan supaya murid mematuhi SOP
ketika berada di kawasan perumahan.

5.4. KERJASAMA KKM


5.4.1. Pihak HEM sekolah sentiasa bekerjasama dengan pihak KKM kerana pihak
KKM tidak dapat hadir ke sekolah untuk membuat rawatan kepada murid.
5.4.2. Antara perkara yang telah diambil perhatian dan penglibatan murid sekolah
dalam program yang pihak KKM jalankan ialah ;
5.4.2.1. Program kuiz cabaran minda sihat murid – seramai 13 org murid telah
mengambil bahagian dalam kuiz ini.
5.4.2.2. Progam laporan aedes, kesedaran penjagaan gigi dan juga kempen
pemakanan sihat.
5.4.2.3. Program kesihatan pergigian akan dilaksanakan secara dalam talian
tidak lama lagi.
5.4.2.4. Bagi program di bawah 3K, terdapat seramai 4 orang murid yang telah
mengambil bahagian dalam pertandingan masterchef. Murid tersebut ialah
NurQaseh, Nur Qaisarah, Nur Muhammad Daiyan dan Muhammad Afiq.

5.5. PENGURUSAN BANTUAN


5.5.1. Bantuan awal persekolahan telah selesai diagihkan dengan jayanya iaitu
seramai 77 orang murid. Bantuan ini telah dijalankan pada 25 Febuari 2021.
5.5.2. Bantuan KWAPM dan e-Kasih juga telah selesai diagihkan kepada 61 orang
murid yang layak. Program ini telah dilaksanakan pada 15 Julai 2021.
5.5.3. Program RMT akan dilaksanakan semula apabila sesi persekolahan diteruskan
iaitu seramai 54 orang murid yang layak menerima RMT.
5.5.4. Program Susu pula telah selesai diagihkan pada tarikh 3 Mei 2021.

5.6. PENGURUSAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING


5.6.1. Pelaksanaan program guru penyayang. Program ini telah dirasmikan oleh
pegawai perhubungan sekolah.
5.6.2. Program Ziarah Cakna – program ini adalah untuk mengenalpasti murid yang
tidak hadir ke sekolah. Seterusnya motivasi dan bimbingan telah diberikan
kepada murid terbabit.
5.6.3. Program Kehadiran Penuh PDPR – Di bawah unit HEM telah menyediakan
hadiah kepada murdi yang sentiasa hadir dalam sesi PDPR dan memberi respon
yang sangat baik sepanjang tempoh PDPR.
5.7.
6. HAL-HAL LAIN
6.1. Tiada hal-hal lain dibincangkan.

7. PENUTUP
7.1. Pengerusi berharap semua guru dapat menjalankan tugas masing-masing dan lebih
bersemangat untuk mengharungi tahun 2021 dengan jayanya.
7.2. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.00 tengah hari.
Disediakan oleh, Disahkan oleh,

......................................... ...................................................

(MOHD FAHRUDDIN BIN MOHD FAZAIN) (PN SITI NORMALA BINTI ADRIS)
Setiausaha HEM. Penolong Kanan HEM.

You might also like