You are on page 1of 8

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI WANGSA,

BUKIT SELAMBAU, 08010 SUNGAI PETANI,


KEDAH DARUL AMAN.
E-mel: skseriwangsa.ppdkmy@gmail.com Tel/Fax: 04-4430524

MESYUARAT GURU KALI PERTAMA BIL 1 2022/2023

TARIKH : 15 MAC 2022


HARI : SELASA
MASA : 9.00 PAGI
TEMPAT : MAKMAL KOMPUTER BESTARI

KEHADIRAN:
1. Pn. Norhafiza bt Dolah (Guru Besar)
2. En. Abdul Manaf bin Souib (PK Pentadbiran)
3. En. Rosli bin Saad (PK HEM)
4. Pn. Rohaiza bt Che Khalid (PK Kokurikulum)
5. Pn. Roslailey bt Ismail
6. Pn. Nurin bt Husain
7. En. Azman bin Hashim
8. En. Muhammad Azli bin Nasron
9. Cik Samon a/p Pau Wang
10. Pn. Nasirah binti Medah@Muda
11. Pn. Norhasni bt Mohd. Amin
12. Pn. Nurehan bt Ahmad
13. En. Azizi bin Zahry
14. En. Ibrahim bin Yaakub
15. Pn. Noraini bt Abdul Rahman
16. En. Ku Iskandar bin Ku Saad
17. Pn. Hazwani bt Abd Hamid

Tidak Hadir
18. Pn. Ku Mahiroh bt Ku Mustafa – Cuti Kuarantin
BIL MINIT MESYUARAT TINDAKAN
1 Perutusan Pengerusi

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru kerana Makluman
menghadiri mesyuarat pada hari ini.

1.2 Kita sebagai pegawai kerajaan perlu akur setiap arahan daripada Makluman
kerajaan. Komitmen seharusnya berterusan walaupun semasa bekerja
dari rumah.

1.3 Waktu di sekolah hendaklah digunakan secara optimum untuk Makluman


tugas-tugas hakiki, tidak boleh disalah gunakan untuk benda-benda
lain yang bukan profesion utama.

1.4 Setiap guru perlu faham tugas hakiki, kerja sampingan dan kerja Makluman
secara tiba-tiba (yang melibatkan arahan dari pihak pentadbir secara
tiba-tiba)

2 Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lalu

2.1 En. Azman selaku setiausaha mesyuarat membentangkan minit Makluman


mesyuarat guru yang keempat.

2.2 Pengesahan minit mesyuarat : Pn. Nurehan bt Ahmad Makluman


Menyokong pengesahan minit mesyuarat : Pn. Noraini bt Abd.
Rahman

3. Perkara Berbangkit

3.1 Tiada perkara berbangkit

4. Wacana KPM/JPN/PPD

4.1 Pihak KPM mengingatkan kepada semua guru supaya berurusan Makluman
secara professional dengan klien-klien kita yang terdiri daripada
murid, ibu bapa, masyarakat dan state holder(pengurus felda,
pihak estet dan polis).
4.2 Moto JPN Kedah – Kegembiraan, Kasih Sayang, Hormat
Menghormati perlu diamalkan oleh setiap kakitangan yang
berada di bawah JPN Kedah. Makluman
4.3 Jangan ambil mudah mengenai pandemik Covid-19. Setiap
pesanan dari PPD atau JPN perlu diambil serius oleh setiap guru
walaupun Negara kita akan memasuki fasa endemik tidak lama
lagi.
4.4 Setiap sekolah digalakkan menyediakan Padlet Sekolah untuk
semua unit iaitu Pentadbiran, Kurikulum, Hal Ehwal Murid dan
Ko Kurikulum untuk pekeliling, pengurusan dan pentadbiran.
5 Integriti dan Akauntabiliti Dalam Perkhidmatan Awam

5.1 Permarkahan untuk guru-guru di dalam SKPMg2 tidak boleh Makluman


diberi secara bayangan, tetapi perlulah berintegriti dan telus dari
pelbagai sudut.
5.2 Fail Pengurusan yang telah diedarkan kepada guru-guru boleh Makluman
digunakan untuk meletakkan minit mesyuarat dan apa-apa bahan
edaran dari pihak sekolah.
5.3 Terima kasih diucapkan kepada En. Azizi kerana sudi menerima Makluman
lantikan sebagai guru kelas. Pengerusi percaya guru-guru SKSW
komited dalam menjalankan tugas.
5.4 Seiring dengan tagline sekolah, semua guru bertanggungjawab Tindakan: Semua
untuk menerapkan adab dan budi kepada murid-murid. guru
5.5 Semua guru juga diminta untuk ambil berat kepada pengisian
HRMIS dan e Pangkat untuk kenaikan pangkat masing-masing.
Diharapakn semua guru tidak terlepas tarikh untuk kenaikan
pangkat.
5.6 Indeks kejayaan sekolah yang akan dicapai untuk sesi 2022/2023 Tindakan: Semua
ini adalah guru
i. Peningkatan prestasi akademik
ii. Tahap kecemerlangan disiplin
iii. Perkembangan sahsiah pelajar
iv. Pencapaian kurikulum dan sukan
v. Kebersihan, keceriaan dan keselamatan sekolah.
vi. Pengurusan sumber manusia
vii. Penglibatan komuniti
viii. Tiada/kurang masalah yang wujud.
5.7 Indeks prestasi guru Tindakan: Semua
 Berjaya menyelesaikan semua tugasan mengikut SKT. guru
 Peningkatan prestasi murid yang diajar
 Menjalankan tugas pengurusan kurikulum dengan berkesan
 Pengurusan pengajaran dan pembelajaran
 Pengurusan panitia mata pelajaran
 Menjalankan tugas HEM dengan berkesan
 Pengurusan bilik darjah yang baik
 Pengurusan dan sahsiah disiplin murid
 Pengurusan data dan maklumat murid
 Pengurusan jawatankuasa kecil HEM
 Menjalankan tugas kokurikulum dengan berkesan
 Pencapaian murid dalam kokurikulum dan sukan
 Menjalankan pengurusan sekolah dengan berkesan
 Membawa dan menaikkan imej sekolah
 Membawa dan menaikkan imej sekolah
 Perhubungan yang baik dan berkesan dengan pelanggan
 Bertanggungjawab kepada komuniti setempat
5.8 10 Domain Profesional Keguruan Tindakan: Semua
 Pelihara imej profesion keguruan guru
 Perlihara integrity profesion keguruan
 Menjadi teladan kepada pelajar
 Memupuk semangat bekerja berpasukan
 Bersikap proaktif dalam melaksanakan tugas
 Beramanah
 Berjiwa kreatif dan penuh komited
 Bermotivasi dalam kerjaya
 Berupaya merangsang minat murid
5.9 Pengurusan kelas – dalam tempoh 1 bulan dari sekolah dibuka, Tindakan: Semua
guru-guru kelas diminta untuk menceriakankelas masing- guru kelas
masing dan melengkapkan jadual kelas, jadual bertugas dan
hasil kerja murid.
5.10 Disiplin dan sahsiah guru Makluman
 Sesuai sebagai seorang guru dan penjawat awam. (Rujuk
Peritah Am, Peraturan Penjawat Awam dan tatasusila
Profesion Perguruan Malaysia.
 Elakkan daripada mewujudkan suasana yang tidak
harmonis dengan seluruh warga sekolah dan komuniti
setempat serta ibu bapa.
 Sentiasa berusaha menjaga imej diri, rakan setugas dan
sekolah.
 Jika menghadapi sebarang kekangan dan masalah,
berundinglah dengan Guru Besar, Penolong Kanan atau
rakan-rakan yang dapat membantu.
 Elakkan daripada keberhutangan yang serius (tindakan
tatatertib boleh dikenakan)
 Mengajar dengan penuh dedikasi
 Mencungkil bakat murid yang terpendam supaya dapat
diserlahkan.

6 Wacana Guru Besar


6.1 Fail Rekod Mengajar PdPc Tindakan: Semua
 Tempoh 2 minggu diberikan kepada semua guru untuk guru
menyiapkan fail atau buku PdPc.
 Terima kasih kepada guru-guru yang menhantar fail dan
buku PdPc 2021/2022
6.2 Sekiranya terdapat mana-mana guru yang keluar ke mana-mana
pada waktu persekolahan, sila maklumkan kepada pentadbir
terlebih dahulu.
6.3 Untuk ko-kurikulum, jika perlu membawa murid-murid keluar,
pihak sekolah boleh menyewa van atau bas sekolah.
6.4 Kehadiran murid-murid ke sekolah hendaklah sebelum pukul
7.30 pagi.
6.5 Kaunselor perlu mengenalpasti sekiranya terdapat murid-murid
yang mempunyai masalah kemurungan dan memerlukan
bimbingan dari guru.
6.6 Pengerusi memaklumkan akan mengadakan LDP mengenai
cuti, masa akan disetkan kemudian.
 Sila maklumkan kepada pihak pentadbir terutamanya Guru
Besar melalui telefon dengan serta merta sekiranya MC untuk
memudahkan urusan guru ganti dan lain-lain. Sijil MC
hendaklah diserahkan kepada Guru Besar sebaik sahaja hadir
pada hari berikutnya.
 Sijil Cuti Sakit melebihi 2 hari daripada doctor swasta tidak
digalakkan dan perlu mendapatkan cop pengesahan daripada
doktor kerajaan – Cuti sakit swasta tidak melebihi 15 hari
setahun.
 Permohonan Cuti Rehat Khas, Cuti Tanpa Rekod, Cuti Tanpa
Gaji, Cuti Separuh Gaji dan lain-lain hendaklah dibuat dengan
mengisi borang khas seminggu lebih awal.
 Semua peraturan cuti hendaklah dipatuhi sepenuhnya. Jika
guru-guru menhadapi masalah, berunding dan mintalah
nasihat sebaik-baiknya dengan Guru Besar atau Penolong
Kanan.
6.7 Sekiranya terdapat murid-murid yang mengalami kecemasan,
pihak sekolah perlulah menghubungi waris dengan segera.
 Sekiranya ada apa-apa kejadian berlaku kepada murid, pihak
sekolah perlu menghubungi ambulans. Guru-guru tidak
dibenarkan untuk membawa murid keluar dari kawasan
sekolah sama ada ke hospital, klinik atau dihantar ke rumah.
 Rujuk SOP Pengurusan Kecemasan Pelajar dalam Fail
Pengurusan Dan Takwim Sekolah pada mukasurat 75.
6.8 Guru-guru bertugas untuk sesi 2022/2023 :
 Perlu bahagi-bahagi tugas antara 3 atau 4 orang guru.
 Doa waktu balik perlu dibaca dalam 3 bahasa untuk murid
iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.
 Perhimpunan mingguan perlu ditutup dengan zikir.
 Perhimpunan rasmi bermula 7.45pagi.
7 Kurikulum (Encik Abdul Manaf bin Souib)

7.1 Tugas-tugas guru akian diperincikan dalam Mesyuarat Makluman:


Kurikulum Kali Pertama. Semua guru
7.2 e-Operasi memerlukan empat kali kemaskini dan pengesahan
guru dalam setahun. Untuk data bulan Januari telah dikemaskini, Tindakan: Semua
akan datang akan dimeaskini pada bulan April. Sekiranya guru
terdapat apa-apa perubahan dalam e-Operasi, sila maklumkan
kepada Penolong Kanan Pentadbiran.
7.3 Masih terdapat empat orang guru masih belum membuat
pengisytiharan harta. Untuk guru-guru yang telah membuat
pengisytiharan harta, boleh mencetak surat isytihar harta dalam
HRMIS dan simpan dalam fail peribadi masing-masing.
7.4 Terima kasih dan sekalung penghargaan kepada semua guru atas
kerjasama guru sesi 2021/2022.
7.5 Semua data SKSW yang terdapat di PPD dan JPN adalah terkini.
7.6 Persediaan sesi 2022/2023
 Jadual baru untuk sesi akan datang telah diterima daripada
AJK Jadual Waktu. Jadual akan diagihkan secara ‘soft
copy’dalam Group What’s App Sekolah.
 Keberadaan guru di sekolah, sila maklumkan kepada
Penolong Kanan Pentadbiran secara peribadi sekiranya mana-
mana guru tidak hadir ke sekolah sebab bercuti atau cuti sakit.
7.7 Terdapat sedikit perubahan Ketua Panitia, guru-guru boleh
menyemak dalam fail pengurusan pada mukasurat 84.

8 HEM (En. Rosli bin Saad)

8.1 Banyak aktiviti yang telah dijalankan terutamanya yang Makluman


melibatkan bantuan.
8.2 Untuk makluman para guru, APDM ditutup pada hari ini dan esok Makluman
untuk proses naik kelas. Selepas itu, guru kelas perlu
mengemaskini maklumat yang terdapat dalam APDM.
8.3 RMT- seramai 101 orang murid yang telah layak mendapat RMT Tindakan: Semua
setakat ini. Selepas dilakukan proses semakan semula, terdapat guru
penambahan seramai 8 orang murid lagi.
8.4 Untuk Tahun 1, Pn. Nurin perlu membuat sediakan maklumat Tindakan: Pn.
peribadi, borang PB1 dan PB2 kepada murid-murid yang tidak Nurin
mempunyai slip gaji sebagai eviden untuk Bantuan Awal
Persekolahan (BAP).
8.5 Minggu hadapan, diminta Pn. Roslailey selaku penyelaras BAP Tindakan: Pn.
untuk menyemak semula borang BAP tahun 1. Selain itu, Nurin
sediakan juga senarai murid cicir BAP.
8.6 Kepada guru yang bertugas mingguan, diminta untuk membaca Tindakan: Semua
langkah-langkah pencegahan Covid-19. guru
8.7 RMT untuk tahun 2 hingga tahun 6 akan bermula pada hari Isnin.
Guru-guru diminta untuk mendidik murid RMT supaya Makluman
bersyukur.
8.8 Wang zakat ada sebanyak RM5000 yangvtelah diserahkan kepada Makluman
pihak sekolah. Sebanyak RM50 akan diberi kepada murid-murid
yang layak untuk tujuan pembelian buku di kedai buku sekolah.
9. Kokurikulum (Pn. Rohaiza bt Che Khalid)

9.1 Untuk tugas-tugas guru berkenaan kokurikulum 2022/2023, sila Makluman


rujuk fail Takwim mukasurat 93.
9.2 Kelab Doktor Muda akan digugurkan bermula pada sesi akan
datang, dan akan ditambah Kelab Pencegahan Jenayah.
Perjumpaan akan dijalankan secara atas talian seperti biasa
sehingga arahan baru dikeluarkan.
9.3 Perjumpaan kokurikulum yang pertama akan dijalankan pada
bulan Mei 2022.
9.4 Rujuk pada mukasurat 61. Pertandingan sukan akan dibincangkan
secara dalam talian.
9.5 Terima kasih diucapkan kepada penyelaras sesi 2021/2022 kerana
telah menjalankan tugas dengan baik.
9.6 Untuk setiap pertandingan, guru diminta untuk menghantar murid Tindakan: Semua
sebagai wakil. Tumpuan tidak hanya dilakukan terhadap tahun 6 guru
sahaja, boleh juga diambil dari tahun 4 dan tahun 5.
9.7 Sekolah akan menubuhkan Pasukan Senamrobik untuk murid Tindakan: En.
lelaki. Pasukan ini akan diketuai oleh En. Muhammad Azli. Azli
9.8 Papan kenyataan kokurikulum – diminta penyelaras
menyelesaikan papan kenyataan sebelum bulan Mei 2022.
9.9 Diharapkan semua guru berlapang dada dengan aktiviti
kokurikulum yang akan dijalankan.

10 Hal-hal Lain

10.1 Pn. Hazwani memaklumkan bahawa mesyuarat dengan ibu bapa


akan dijalankan seperti biasa sebelum sesi persekolahan
bermula.
10.2 Gotong-royong bersama ibu bapa murid prasekolah akan
dijalankan pada bulan Mei iaitu selepas hari raya Aidilfitri.
10.3 Pengerusi meminta supaya dibuat Padlet untuk Prasekolah.
Boleh dibuat secara softcopy untuk AJK dan aktiviti yang
dijalankan.
10.4 Pengerusi meminta Pn. Nurin untuk membuat tinjauan jika
masih ada waris yang belum masuk ke dalam kumpulan What’s
App Tahun 1.
10.5 Semua guru kelas diminta untuk memberikan info mengenai
jadual kelas dalam kumpulan What’s App kelas masing-masing.
10.6 Isu beg berat – buku latihan tidak boleh lebih daripada 2 buah.
Ikut keativiti guru subjek masing-masing untuk menggunakan
seoptimum mungkin buku-buku latihan tersebut.
10.7 Buku kerja jilid 2 hanya akan diberikan setelah guru mata
pelajaran maklumkan kepada guru SPBT buku tersebut hendak
digunakan.
10.8 Semua guru boleh menyediakan modul untuk murid-murid
gunakan di sekolah mengikut kreativiti masing-masing.
10.9 Prasekolah perlu menekankan cara untuk murid memegang
pensel dan menulis dengan betul.
10.10 Semua guru diingatkan supaya tidak mendenda murid bersila di
lantai, berada di luar kelas dan tidak boleh membawa rotan
apabila ke kelas.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.50 tengah hari.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

…………………… ……………………
(ROSLAILEY BT ISMAIL)

Disahkan oleh,

…………………..

You might also like