You are on page 1of 16

SEKOLAH KEBANGSAAN DESA PAHLAWAN

16500 KEM DESA PAHLAWAN


KOTA BHARU, KELANTAN
TEL : 09-7877101 FAX: 097879570

MINIT MESYUARAT GURU


SEKOLAH KEBANGSAAN DESA PAHLAWAN
BIL 1/2018
TARIKH / HARI : 23 DISEMBER.2017 / SABTU
MASA : 9.00 PAG1
TEMPAT : BILIK GERAKAN, SKDP

KEHADIRAN
Semua guru kecuali;

Nama: Sebab:
1. En Mohd Rafaiin b. Che Kasim Umrah
2. Hjh Che Esah bt Abdullah Urusan Keluarga
3. Hjh Nik Musaroya bt Nik Mustapha Urusan Keluarga
4. Hjh Noor Azian bt Rastam Urusan Keluarga
5. Hjh Nor Asheila bt Baginda Zubir Urusan Keluarga
6. Pn Raja Roslina bt Raja Hasan Umrah
7. Pn Samsiah bt Mohd Yusoff Urusan Keluarga
8. En Wan Razali b. Wan Daud Urusan Keluarga

AGENDA

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI

• Pengerusi memulakan ucapan dengan lafaz Bismillah dan bacaan Ummul-


Kitab Al-fatihah. Beliau turut melafazkan kesyukuran kehadrat Ilahi diatas
kehadiran guru dengan cemerlang. Pengerusi menegaskan beliau adalah
pelengkap kepada organisasi SKDP, guru guru perlu berperanan dengan
berkesan serta dibantu oleh 3 orang Pentadbir. Guru perlu menyahut
cabaran untuk memastikan Visi dan Misi Pendidikan Negara tercapai.

MMZ PSU
1
2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

Cadangan : Pn Rusla bt Mohamed


Sokongan : En Nik Ahmad Farihan b. Nik Lah
3.0 PERKARA BERBANGKIT

Tiada

4.0 PENGURUSAN PENTADBIRAN

Pengerusi menegaskan mengenai perkara yang berikut;

4.1 EMPAT ELEMEN YANG PERLU DIMAINKAN OLEH GURU DI SEKOLAH

● Berperanan sebagai Penjawat Awam

● Bidang Kurikulum

● Hal Ehwal Murid

● Ko-kurikulum

4.2 PERANAN SEBAGAI PENJAWAT AWAM

● Kehadiran bertugas : Ketidakhadiran bertugas tanpa sebab @ tanpa kebenaran ketua


jabatan satu kesalahan besar.

● Ketepatan masa bertugas : masa sampai, masa pulang, masuk ke kelas, masa hadir
mesyuarat : semua guru dan staff sokongan mesti menepati masa.

4.3 ETIKA PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA (7 TERAS)

● Sentiasa berazam meningkatkan mutu kerja


● Bekerja dengan penuh tanggungjawab
● Mengikis sikap mementingkan diri
● Berkhidmat dengan penuh muhibbah, sikap sabar, timbang rasa, mesra, simpati dan
memahami perasaan orang lain.
● Sentiasa peka dan memahami dasar-dasar kerajaan
● Bekerjasama membanteras kelemahan dan musuh negara
● Berpegang teguh pada ajaran agama
● Memahami dan mematuhi Peraturan -
(Tindakan: Makluman Semua Guru)
MMZ PSU
2
4.4 PERATURAN PEGAWAI AWAM ( KELAKUAN DAN TATATERTIB ) 1993 &
PINDAAN 2002.

Pengerusi menegaskan mengenai larangan dan pematuhan dilampirkan sebagaimana berikut :


Mematuhi tatasusila profesion perguruan

● Tanggungjawab terhadap pelajar

● Tanggungjawab terhadap ibu bapa

● Tanggungjawab terhadap masyarakat dan keluarga

● Tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion perguruan

4.5 PERATURAN AM DAN BUDAYA SEKOLAH 2018

4.5.1.MENERIMA PEMBAHARUAN DAN PERUBAHAN.

● Semua pendidik sanggup menghadapi atau menerima pembaharuan dan perubahan.

● Ada VISI, MISI dan PIAGAM PELANGGAN masing-masing.

● Gunakanlah pendekatan terkini dalam PdPc.

● Biasakanlah diri dan galakkan pelajar menggunakan teknologi komputer untuk


pembelajaran.

● Tegur dan ambil tindakan terhadap pelajar-pelajar yang bermasalah.

“ ALL TEACHER ARE DISCIPLINARY TEACHER AND ALL TEACHER ARE COUNSELOR ”

4.5.2.URUSAN PERJAWATAN DAN KENAIKAN PANGKAT

● Ambil perhatian serius seperti pelantikan / pengesahan jawatan, emolument, tangga


gaji, kenaikan pangkat, KWSP, pencen, prestasi kerja.

● Jangan abaikan / serahkan sepenuhnya kepada pihak lain semata-mata (pejabat).

● Bertindak dengan cepat dan tidak menyusahkan pihak lain.

4.5.3.PENGISYTIHARAN PEMILIKAN HARTA.

● Semua kakitangan awam wajib isytihar harta selama 5 tahun sekali ( jika tiada
perubahan ). Bertindak segera jika berlaku perubahan pemilikan harta (lupus/ tambah).
(Tindakan: Makluman Semua Guru)

MMZ PSU
3
4.5 4. MASA PJK
● Semua guru dan pelajar berada di padang dan berpakaian lengkap. ( sesuai untuk
aktiviti PJK )
● Mesti ajar ikut kemahiran dalam DSKP

4.5 6. KAKITANGAN KERAJAAN JANGAN MENENTANG KERAJAAN.


● Taat setia yang tidak berbelah bagi kepada DYMM Yang Dipetuan Agong dan
kerajaan yang memerintah.

4.5 7. PROGRAM SEKOLAH SELAMAT


● Hindari kecurian, pecah sekolah dan kerosakan harta benda sekolah.
● Latihan kebakaran di sekolah sekurang-kurangnya sekali setahun melibatkan semua
warga sekolah.
● Kemalangan @ kecederaan akibat kecuaian haruslah dielak

4.5 8. PENGGUNAAN BAHASA


● Bahasa Inggeris : Tingkatkan penguasaan dan perluaskan ke masa PJK, Kokurikulum,
perhimpunan-perhimpunan mingguan, pengumuman. Menghayati hari Bahasa Inggeris
“School's English Speaking Day”.
● Bahasa Melayu : Tingkatkan kelulusan dalam semua jenis peperiksaan.
● Bahasa Arab : Tingkatkan penggunaan dalam perhimpunan.
● Langgan surat khabar Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu dan tulisan jawi.
4.5 9. KERJA BERPASUKAN
● Wujudkan pasukan yang baik antara pentadbir, guru dan staff sekolah.
● Memahami dan menghormati tugas masing-masing.
● Kerjasama dan ikrar ; adik beradik serta keluarga
● Harus sentiasa berlapang dada Bersedia menerima kelebihan & kekurangan orang lain
4.5 10. PERHIMPUNAN MINGGUAN
● Pakaian rasmi, datang awal, ikut 'time frame' kecuali ada majlis khas dan penuhi
barisan hadapan dan jangan biarkan ada kerusi kosong.
● Bermula pada 7.40 pagi dan selesai sebelum 8.15 pagi.
● Bincang dengan Guru Besar/ PK sehari sebelumnya.
● Role model kepada murid : Cara duduk , Cara mendengar dan Cara bercakap.
(Tindakan: Makluman Semua Guru)
MMZ PSU
4
4.5 11. PENGURUSAN KEWANGAN.
● Sediakan @ isi nota minta dan wajib diluluskan oleh Guru Besar.
● Serahkan invois / bilangan secepat mungkin kepada KPT / PT kewangan untuk
pembayaran.
● Perbelanjaan berhemah
● Peruntukan adalah hak murid

4.5. 12. PEKERJAAN LUAR


● Semua guru dan staf tidak dibenarkan sama sekali :
- melakukannya semasa bertugas
- menggunakan kawasan dan kemudahan sekolah untuk berurusan seperti alamat
sekolah untuk no. telefon, faks, bilik guru dan sebagainya.

4.5. 13. JANGAN TIMBULKAN MASALAH PENTADBIRAN


● Masa persekolahan : Datang lewat, tidak masuk mengajar dan sebagainya.
● Masa cuti sukar dihubungi : Tiada alamat dan no telefon terkini.
● Tidak menyerahkan kunci semasa cuti sekolah sepertimana yang diarahkan.
● Serahan sebarang dokumen melewati masa yang ditetapkan.
● Menggunakan pelajar-pelajar lain semasa PdPc untuk membantu tugas-tugas lain
kecuali dengan kebenaran.
4.5. 14. SURAT-SURAT RASMI
● Mengikut format : No. Fail / Bil rujukan, tarikh (masehi dan Hijrah) dan ejaan yang
betul dan tandatangan yang ringkas orang yang bertanggungjawab dan penaip sebelum
diserahkan kepada Guru Besar untuk ditandatangan.
● Jenis Huruf : Times New Roman / Ariel, fond 10/ 12. T.T ringkas no. 8
● Surat yang menggunakan 'letterhead' sekolah hanya untuk kegunaan rasmi dan
hendaklah ditandatangani Guru Besar, PK1, PK HEM, PK KO dan fail timbul.
4.5. 15. GURU-GURU MESTI BERADA BERSAMA-SAMA PELAJAR
● Bagi setiap program seperti acara di dewan, perpustakaan, bilik komputer, bengkel,
padang, surau dan sebagainya.
● Setiap perubahan program atau waktu mesti mendapat kelulusan Guru Besar terlebih
dahulu.
● Tidak dibenarkan remote control
(Tindakan: Makluman Semua Guru)
MMZ PSU
5
4.5. 16. KEHADIRAN / PULANG
● Datang Sebelum jam 7.30 pagi. Sahkan kedatangan dan pulang dengan “punch card”
yang disediakan.
● Tidak dibenarkan sama sekali meninggalkan kawasan sekolah tanpa kebenaran Guru
Besar terlebih dahulu. (sila rujuk Peraturan 23, 1993).

4.5. 17. GURU BERTUGAS MINGGUAN


● Sila berada di sekolah jam 7.10 pagi dan pulang 15 minit lewat. Awasi rmts, disiplin
pelajar dan keceriaan persekitaran sepanjang waktu bertugas dan membuat laporan
bertulis.
● Menyelia perhimpunan pagi & lepas rehat setiap hari.
● program guru penyayang . Sambut kedatangan murid

4.5. 18. BUKU KEDATANGAN PELAJAR


● Sila isikan semua bahagian yang perlu seperti No. pendaftaran.
● Nama yang betul, alamat yang lengkap serta no. telefon, (jika ada). Nama dan
pekerjaan bapa / penjaga selengkapnya.
● Tandakan kedatangan harian pelajar setiap hari.
● Jangan benarkan pelajar menanda dan elakkan penggunaan pemadam cecair.
● Semua buku ini mesti berada di pejabat selewat-lewatnya jam 8.30 pagi setiap hari.
● Dokumen Audit

4.5. 19. BUKU PERSEDIAAN MENGAJAR


● Sebagai dokumen utama merekod aktiviti dan PdPc guru. Perlu sentiasa dikemaskini.
● Hanya rancangan mengajar tahunan dan harian perlu direkodkan.
● Hantar pada setiap minggu Hari Khamis / akhir persekolahan minggu berkenaan di
pejabat untuk ditandatangani oleh Guru Besar / PK Pentadbiran.

(Tindakan: Makluman Semua Guru)

4.5. 20. CUTI KAKITANGAN


MMZ PSU
6
 Sila rujuk pekeliling perkhidmatan 3/2005
 Pohon lebih awal atau maklumkan segera jika tidak dapat hadir.
 Cuti sakit/bersalin/rawatan pakar-ada dokumen sokongan yang sah ditandatangani oleh
Ketua Jabatan.
 Cuti rehat khas (guru-guru) – kebenaran Ketua Jabatan.
 Cuti rehat (kakitangan) – kebenaran Ketua Jabatan
 Cuti tanpa gaji/tanpa rekod/belajar/keluar negara – sokongan Ketua Jabatan dan
diluluskan oleh Pengarah Pendidikan Negeri.
 Cuti rehat khas yang tidak dihabiskan boleh dikumpul untuk pemberian Wang Tunai
Gantian Cuti Rehat maksimum 150 hari.
4.5. 21. TUNTUTAN ELAUN PERJALANAN
● Sila isi semua borang yang berkenaan, ditandatangani dan hantar ke pejabat sebelum 5
hb bulan berkenaan.
● Sertakan dokumen berkaitan ( surat arahan JPN / PPD, salinan buku akaun )
● Tanggungjawab masing-masing.
4.5. 22. LAWATAN PELAJAR
● Guru bertanggungjawab sila pastikan
- lengkapkan borang PS 57 hantar ke JPN 3 @ 5 minggu sebelum lawatan.
- ada kebenaran bertulis ibu bapa / penjaga pelajar berkenaan.
- ada kebenaran bertulis Pengarah JPN Kelantan.
- taklimat keselamatan harus diberi (bertulis)
4.5. 23. KEWANGAN
● Pengurusan wang yang berhemat untuk kepentingan murid
● Dirancang dengan mengambil kira out-come yang akan diperolehi.
● Perbelanjaan yang betul :
- mempunyai peruntukan
- ada kertas cadangan (kertas kerja), mengisi nota minta
- perolehan barangan dan perkhidmatan yang berkualiti.
● setiap barangan dan perkhidmatan memenuhi kuantiti atau bilangan yang mencukupi /
disemak. setiap pembelian mesti dengan mengisi nota minta - pesanan kerajaan dan
invois diserahkan ke pejabat dengan segera (PT Kewangan)
● pembelian dibuat dengan kebenaran / kelulusan Guru Besar.
(Tindakan: Makluman Semua Guru)
4.5. 24. ISU ISU SEMASA YANG GURU PERLU TAHU
MMZ PSU
7
1. Exit policy
2. Kehadiran pelajar yang belum mencapai target
3. Program guru penyayang dan Peranan Guru Bimbingan .
4. Gred kantin masih belum mencapai tahap dari segi kebersihan, kualiti makanan & layanan
terhadap pelanggan
5. Pencapaian sukan diperingkat PPD, masih belum mencapai target yang dikehendaki.
6. Guru tidak boleh mengeluarkan tuturkata yang kurang sopan, menghina dan lain lain
7. Guru perlu mengemaskini data peribadi dalam HRMIS
8. Touch point KPM pada hari pertama persekolahan ialah satu set kerusi meja dan satu set
buku teks.
9. Guru perlu merancang cuti dengan bijaksana untuk merebut Golden Handshake
10. Guru membawa imej sekolah dan imej KPM. Guru perlu menonjolkan keterampilan,
berkomunikasi dengan baik, gaya berpakaian, beretika dan menangani isu isu semasa dengan
bijaksana serta menjaga nama baik sekolah.
Pengerusi memperingatkan mengenai perkara perkara berikut.

i. Persiapan Akhir Tahun :


mesyuarat akhir , semakan bangunan , peralatan , serahan rekod-rekod

ii. Persiapan Awal Tahun :


a) mesyuarat perancang l) agihan buku teks
b) mesyuarat kokurikulum m) peralatan tulis
c) mesyuarat kurikulum
d) mesyuarat hem
e) mesyuarat guru
f) mesyuarat unit
g) taklimat pendaftaran prasekolah
h) taklimat pendaftaran tahun 1
i) taklimat kantin dan RMTS
j) taklimat guru KAFA
k) mesyuarat ajk PIBG,
(Tindakan: Makluman Semua Guru)

MMZ PSU
8
iii) Pengurusan Hari Pertama
a) perhimpunan pertama (7.45-8.15)
b) pdpc bermula waktu kedua
c) hari pertama dipantau oleh pegawai
d) pemantauan meliputi pemerhatian suasana , pencerapan , temubual dan semakan
e) cuti dibekukan

iv) Keberadaan Guru


1. dibuat oleh pentadbir daftar (pt) 5. guru tidak hadir dan tidak berada di sekolah
2. bermula pada hari pertama 1.1.2018 6. pelepasan – 4 jam
3. guru hadir dan berada di sekolah
4. guru hadir tapi tidak berada di sekolah

(Tindakan: Makluman Semua Guru)


5.0 PENGURUSAN KURIKULUM

Pengerusi memperingatkan Pengurusan yang berkesan dan cemerlang akan memastikan


SKDP menjadi sebuah sekolah yang cemerlang dan berkualiti.
Perancangan akademik yang teratur dan berfokus akan memberi impak yang tinggi kepada
PdPc yang berkesan dan berkualiti.

5.1 PdPc BERKESAN & BERKUALITI

● Ada rancangan pelajaran tahunan.


● Ada rancangan pelajaran harian.
● Ada Set Induksi
● Penyampaian dan perkembangan pelajaran.
● Penglibatan murid.
● Pengukuhan.
● Latihan dan tugasan.
● Penutup.
● Hasil karya pelajar.
● Pengurusan dan kawalan kelas berkesan.
● Perwatakan guru.
(Tindakan: Makluman Semua Guru)

MMZ PSU
9
5.2 FALSAFAH PdPc

● Guru mengajar, murid belajar.


● Carta alir pdpc
● Student centered
● Iklim bilik darjah yang kondusif.
● Pemantauan dan pencerapan.
● Buku rekod mengajar : semua guru mematuhi Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 3/1999.

5.3 Penyeliaan Dan Pencerapan ( Pekeliling Ikhtisas Bil 3/1987 ) merangkumi :

● Penyeliaan dan Pencerapan P&P dalam bilik darjah


● Penyeliaan Buku Ringkasan Mengajar
● Penyeliaan Buku Latihan dan nota pelajar
● Penyeliaan mesyuarat Panitia
● Penyeliaan Fail Panitia
● Penyeliaan ABM
● Penyeliaan Pengurusan Ujian dan Peperiksaan
● Penyeliaan Aktiviti / Program kurikulum
● Pengurusan Head Count & Post Mortem :
● -penetapan TOV/OTI/ETR
● -perlaksanaan program pemulihan, pengayaan & pengukuhan.

(Tindakan: Makluman Semua Guru)

PKP memaklumkan perkara berikut;

MMZ PSU
10
i) Pembahagian blok untuk pemantauan PdPc oleh pihak pentadbir

Blok A – PK KO, Blok B – PK HEM, Blok C – PKP

ii) Murid yang bermasalah hendaklah dirujuk kepada Guru Kelas, Kaunselor, Guru Disiplin

dan akhir sekali ialah Pentadbir.

iii) Jika terdapat masalah, snap photo dan hantar kepada group whatsapp official sahaja

iv) Buku rekod mengajar perlu lah dituliskan impak

v) RPT perlu ada 36 minggu termasuk latihan kecemerlangan

vi) Buku buku lama dibilik guru, perlu dikumpul setempat dan disimpan di pusat sumber.

vii) Guru kelas perlu memastikan semua buku teks murid ditulis nama dan tahun semasa.

Buku teks murid perlu disimpan didalam laci murid, Jika ada kerja sekolah baru dibawa balik.

viii) Jadual kelas wajib ditampal didalam kelas bersama dengan senarai nama murid

dan nombor telefon ibu bapa.


(Tindakan: Makluman Semua Guru)

6.0 PENGURUSAN HAL EHWAL MURID

i. PK Hem memperingatkan agar para guru mengamalkan budaya tenang dan murid tidak berlari.

ii. Guru kelas perlu mengemaskini data APDM minggu pertama bulan Januari.

iii. Senarai nama murid yang layak untuk bantuan e-Kasih dan RMTS perlu diserahkan 2 salinan
kepada PK KO.

iv. Guru perlu memaklumkan kepada PK Hem jika terdapat ibubapa yang memberi kewangan,
tenaga, harta modal untuk di isi dalam system online e-Sarana

v. Guru kelas perlu memastikan fail peribadi murid lengkap, dan ditulis nama guru dan kelas
untuk tahun 2018 dihadapan fail.

vi. Pada 31 Disember 2017 murid tahun 2- tahun 6 perlu hadir kesekolah, guru kelas perlu
melantik ketua, penolong dan AJK kelas, jadual bertugas, carta organisasi dan mengagihkan jadual
waktu belajar kepada semua murid.

(Tindakan: Makluman Semua Guru)


Pengerusi menegaskan mengenai perkara yang berikut perlu dititik beratkan ;
MMZ PSU
11
i. Pembangunan sahsiah & ketrampilan diri murid : selari dengan falsafah Pendidikan Negara.
ii. Pelaksanaan program emosi dan rohani murid (Budaya Tenang).
iii. Pemupukan nilai-nilai murni, kasih sayang dan mesra pelajar semasa dan selepas P&Pc.
(budaya bersalam dan memberi salam )
iv) Penerapan pengetahuan berkaitan HEM di sekolah.
v) Perlaksanaan aspek hukuman salah laku pelajar dengan betul.
“ SETIAP ORANG GURU ADALAH GURU DISIPLIN ”

6.1 TANGGUNGJAWAB GURU TERHADAP MURID

● Setiap guru bertanggungjawab melindungi pelajar (duty of care) & inloco parentis.
● Setiap guru tidak dibenarkan melakukan sesuatu yang boleh dilihat sebagai mendatangkan
kecederaan kepada murid.
● Setiap guru perlu mengambil langkah proaktif bagi menjamin keselamatan murid
sepanjang masa di sekolah.
● Setiap hukuman dikenakan haruslah :
● Adil & Mendidik
● Diberi hak untuk bela diri
● Hak untuk didengar (peluang)
● Mempunyai saksi-saksi
● Membuat pernyataan / pengakuan bertulis yang bertandatangan.

6.2 Hukuman bagi salah laku pelajar :

● Amaran
● Denda
● Penahanan (detention)
● Dera (corporal punishment)
● Penggantungan
● Pembuangan
● Kuasa merotan bagi salah laku boleh diperturunkan dengan kuasa merotan kepada
PK(HEM) dan SU Disiplin oleh Guru Besar (surat kuasa)
(Tindakan: Makluman Semua Guru)

MMZ PSU
12
● Pengurusan perlaksanaan hukuman pelajar mesti merujuk kepada Buku Panduan Am
Disiplin Sekolah 1988, Panduan Am Disiplin 1981 dan surat-surat pekeliling ikhtisas
Kementerian Pelajaran Malaysia.
(Tindakan : Makluman Semua Guru)
7.0 PENGURUSAN KO KURIKULUM

PK KO memaklumkan perkara berikut;

i. Kehadiran Perjumpaan Kelab dan Persatuan pada setiap hari Rabu bermula jam 1.20 – 3.20

semua murid dan guru berkumpul didewan untuk mengambil kedatangan.

ii. Kawad kaki perlu dilaksanakan sebanyak 15 minit setiap kali perjumpaan, yang akan
dikendalikan oleh En Ab Halim b. Ab Razak dan En Mat Pauzai b. Daud untuk Unit Uniform.

iii. Kawad kaki perlu dilaksanakan sebanyak 15 minit setiap kali perjumpaan, yang akan
dikendalikan oleh En Mohamed Zaidi b. Mohamed Ghazi untuk Kelab dan Persatuan.

iv. Aktiviti Sukan dan Permainan bermula jam 4 hingga 5 petang, murid berkumpul di dewan

v. Setiap unit perlu menyediakan plan strategic untuk 3 tahun serta menetapkan KPI untuk
strategi, sediakan rancangan tahunan yang tetap.

vi. Setiap penyelaras perlu wujud kan pertandingan setiap kali perjumpaan diadakan.

vii. ETOS SKDP bagi tahun 2018 ialah Bola Baling, Robotik, Catur dan Dikir Barat.

viii. Semua penyelaras bertanggungjawab untuk mengumpulkan buku laporan yang akan disemak
oleh PK Ko sebanyak 3 kali setahun (Mac, Jun, Nov)

ix). Perjumpaan mesyuarat penaja diadakan pada minggu ke 2 bulan januari (12.15 – 1.15).

x) Unit Uniform Pengakap 2018 dibuka kepada murid perempuan.

(Tindakan: Makluman Semua Guru)

MMZ PSU
13
8.0 HAL HAL LAIN

8.1. Pengerusi memaklumkan perkara yang berikut;

i. Memastikan kegiatan kokurikulum adalah sebahagian proses integrasi kurikulum sekolah.


ii. Memastikan kegiatan kokurikulum dapat membentuk disiplin dan sahsiah yang baik dalam
kalangan murid.
iii. Kegiatan kokurikulum mesti mewujudkan peluang dan galakan kepada murid bagi mencapai
kecemerlangan & memupuk kepimpinan & ketrampilan diri murid
iv. Peruntukan masa kegiatan kokurikulum di sekolah 2 jam seminggu
v. Aktiviti kokurikulum mesti merangkumi 5 fasa : iaitu perancangan, pelaksanaan, pemantauan,
penilaian (laporan) dan penambahbaikan.
vi. Perancangan dan pelaksanaan sebarang kegiatan kokurikulum mestilah mengambil kira semua
aspek meliputi bajet, undang-undang dan Peraturan Pelaksanaan Kegiatan Kokurikulum di
sekolah iaitu merangkumi Akta Pendidikan, Surat Pekeliling Ikhtisas dan Surat Siaran
Kementerian Pelajaran Malaysia.
vii. Semua perancangan dan pelaksanaan aktiviti kurikulum, hal ehwal murid dan kokurikulum di
sekolah adalah menjurus kepada merealisasikan falsafah dan dasar pendidikan negara.
viii. RMTS sudah bermula pada hari pertama untuk pelajar tahun 2 hingga tahun 6

ix. Kelas KAFA bermula pada hari Isnin ( 1 Jan 2018).

x. FROG VLE perlu dimantapkan

xi. Bagi murid yang tidak menyiapkan kerja sekolah diberi amaran lisan 3 kali, amaran bertulis
kepada ibubapa 3 kali, rujuk kepada guru disiplin, guru kaunselor, PK Hem dan guru besar.

xii. Guru kelas perlu membuat grup whatsapp kelas supaya mudah memaklumkan segala info
sekolah.

8.2 PKP memaklumkan bahawa Tn Sri Anuar Musa menyumbangkan beg sekolah kepada murid
SKDP yang layak.

8.3 PK Hem memaklumkan ;

i. Penggunaan tangga disebelah kanan ialah laluan pejabat, manakala sebelah kiri ialah laluan
murid.

ii. 1 Kad Keluar Masuk hanya boleh digunakan untuk 2 orang sahaja.

(Tindakan: Makluman Semua Guru)


MMZ PSU
14
8.4. PK Ko memaklumkan;

i. Pengisian PJASK mestilah mengikut pencapaian murid yang sebenar, hanya guru kelas dan
penyelaras boleh mengisi pencapaian murid secara offline.

ii. Data segak diisi 2 kali setahun iaitu penggal 1 dan penggal 2, untuk makluman Penyelaras
segak ialah En Nik Ahmad Farihan b. Nik Lah

8.5 En Mohd Fadhli memaklumkan i. Pemadam api telah expired , ii. Air cond telah rosak

8.6 En Mohd Noor mencadangkan semasa perhimpunan guru lelaki memakai baju putih dan
bertali leher.

8.8 Ust Abdullah mencadangkan hari Ahad, guru guru memakai kot.

8.9 Pn Hartina memaklumkan program I’m Free akan bermula pada tahun 1

8.10 Pn Zalina mencadangkan agar Program Nilam Tambah Baik dimasukkan kedalam slot LDP

8.11 Pn Noraini mencadangkan kelas Abad 21 perlu dimasukkan kedalam slot LDP.

8.12 Pn Rosnita memaklumkan buku khusus tulisan jawi untuk murid tahun 1 hingga tahun 6
disediakan.

8.12 Pn Mazliza mencadangkan agar 1 lawatan penanda aras ke SK Raja Bahar untuk frog VLE
dan meminta garis panduan dari PKG untuk perlaksanaan frog VLE

8.13 ASPIRASI MURID


● Pengetahuan , Kemahiran Berfikir , Kemahiran Memimpin ,Kemahiran Dwibahasa
● Etika & Kerohanian Identiti Nasional

8.14 PdPc ABAD KE 21

● Student Centere , Teacher as a fasilitator , Bilik darjah abad ke 21, Pedagogi abad ke 21.
● Material abad ke 21 , Internet akses

(Tindakan: Makluman Semua Guru)

MMZ PSU
15
8.15 Akhir sekali pengerusi merumuskan hal-hal yang berikut,
Bersama Kita Bermuhasabah, Bersama Kita Memasang Impian, Bersama Kita Bermuafakat,
Bersama Bekerja Sebagai Satu Pasukan, Berkorban Demi Kemerlangan Anak Bangsa Di Hari Muka

(Tindakan: Makluman Semua Guru)

Mesyuarat ditangguhkan dengan surah Al Asr dan Tasbih Kafarah tepat jam 1.00 tengahari .

Disediakan oleh; Disemak oleh ; Disahkan oleh :

………………………… ...…………………………. ..………………………….


(MAZIAH BT MOHD ZAIN) (CHE RAGMAH BT. MUTAPAHA) ( )
Penolong Setiausaha Guru Besar
J/kuasa Perancang Sekolah SK Desa Pahlawan
SK Desa Pahlawan
Bertarikh : 31 DISEMBER 2017

MMZ PSU
16

You might also like