You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI LAYAR

08000 SUNGAI PETANI


KEDAH DARUL AMAN
Tel/Faks : 04-4236466
sksglayar.ppdkmy@gmail.com
___________________________________________________________________________________

MINIT MESYUARAT GURU DAN PENGURUSAN SEKOLAH BIL 2 2022/2023

Tarikh : 12 Julai 2022

Hari : Selasa

Masa : 1.45 petang

Tempat : Bilik Wawasan SK Sungai Layar

Kehadiran : 48/56

Turut Hadir :

1. En. Baharuddin bin Mohamed Ibrahim ( Pengerusi/Guru Besar )

2. Pn Hjh Azizah Bt Ahmad (PK Kurikulum)

3. Pn. Noor Kamalia binti Amauddin ( PK HEM )

4. En Muhammad Fadzli Bin Sudin (PK Kokurikulum)

Tidak Hadir Bersebab :

1. Pn. Norfisah binti Sharif (Cuti sakit)


2. Pn. Mazalina binti Piee (Cuti tanpa rekod)
3. Encik Mohd Rodzi bin Hj Musa (Cuti rehat khas)
4. Pn Nazrah binti Hj Saadat (Cuti sakit)
5. Pn Nina Fariza binti Ismail@Othman (Cuti sakit)
6. Pn Rohana binti Ibrahim (Cuti sakit)
7. Pn Nurul Husna binti Azmi (Cuti sakit)
8. Pn Zaini binti Shaari (Cuti sakit)

Agenda mesyuarat :
1. Ucapan Pengerusi
2. Pengesahan minit mesyuarat lalu
3. Perkara-perkara berbangkit
4. Pengurusan Am
5. Pengurusan Kurikulum
6. Pengurusan Hal Ehwal Murid
7. Pengurusan Ko-Kurikulum
8. Hal hal Lain
9. Ucapan Penangguhan
1. Ucapan pengerusi

Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua guru dan mengucapkan terima kasih di atas kehadiran
dan komitmen yang ditunjukkan.

2. Pengesahan Minit Mesyuarat yang lalu

Cadangan Minit Mesyuarat disahkan : En Marzukhi bin Osman

Disokong : En Mohd Ridzuan bin Abdul Rahman

3. Perkara-perkara berbangkit

Tiada perkara berbangkit

4. Pengurusan Am

4.1 Kehadiran guru ke sekolah adalah sebelum 7.30 pagi

4.2 Kehadiran Guru yang bertugas perlu lebih awal

4.3 Buat masa sekarang penggunaan ‘punch card’ adalah lebih berkesan berbanding sistem lain.

4.4 Semua guru dan kakitangan awam perlulah bersikap matang dan mengikut peraturan kerana kita
semua terikat dengan pekeliling dan peraturan-peraturan pegawai yang sedia ada.

4.5 Guru Besar menyatakan keterampilan guru dari segi pakaian imej adalah tertakluk kepada
peraturan dan pekeliling sedia ada.

Makluman semua
guru

5. Pengurusan Kurikulum

5.1 PSS (Pentaksiran Setara Standard)

5.1.1 Melibatkan murid Tahap 2 sahaja Mata Pelajaran teras termasuk subjek Pendidikan Islam
dan Bahasa Arab. Ia bermula 18-21 Julai 2022. Pn. Azizah selaku PK Pentadbiran menyatakan
guru-guru subjek elektif juga perlu ada penilaian dan pentaksiran contohnya pengisian dalam
RPM.

5.1.2 Jadual telah diedarkan kepada murid, guru dan juga telah dimaklumkan melalui ‘group
What’sApp’ kelas ‘Info Selayar’ di ‘Telegram’.

5.1.3 Murid yang tidak hadir tanpa sebab dan tiada surat cuti sakit tidak dibenarkan menduduki
kertas yang telah dijalankan.

5.1.4 Tarikh akhir untuk guru-guru menanda kertas ialah pada 4 Ogos 2022. Tarikh akhir
pengisian markah ialah 11 Ogos 2022.
Makluman dan tindakan semua
guru
5.1.5 Setiausaha Peperiksaan perlu memastikan kertas soalan yang memerlukan OMR tersedia
dan mencukupi.
Makluman dan tindakan Setiausaha
Peperiksaan

5.2 PBD/ PBS

5.2.1 Pengisian data dan Tahap Penguasaan murid perlu kepada perbincangan bersama secara
profesional antara guru-guru mata pelajaran supaya PBD setiap murid dapat dinilai secara
menyeluruh, seimbang dan selayaknya.

5.2.2 Intervensi dan justifikasi diperlukan jika murid dinilai dibawah TP 3.

5.2.3 Tarikh akhir pengisian data PBD 13 September 2022. Dicetak dan ditandatangan oleh
pentadbir mengikut ketetapan yang telah dimaklumkan.

5.2.4 Pelaporan PBD / PBS akan diadakan pada Ahad 25 September 2022 jam 10.00 pagi hingga
12.00 tengah hari. Murid boleh pulang Bersama ibu bapa/waris.

Makluman dan tindakan semua guru

5.3 PBPPP

5.3.1 Pencerapan adalah bahagian penilaian yang paling banyak menentukan pencapaian dalam
PBPPP guru.
5.3.2 Pencerapan adalah mengikut ketentuan jadual yang telah ditetapkan.
5.4 PLC
Guru-guru akan mengikuti PLC yang diluluskan PPD bertajuk ‘Penjaminan Kualiti PBD’ disampaikan
oleh SISC+ pada Selasa 9 Ogos 2022 jam 2- 4 petang.

5.5 RPH
Fail RPH perlu lengkap dan dibawa setiap kali Pdp. Jadual penghantaran RPH diisi dan
ditandatangan. Penghantaran RPH hanya bulan semasa sahaja.

5.6 Kelas Literasi


Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang melaksanakan program berkenaan.
Makluman semua guru

6. Pengurusan Hal Ehwal Murid

6.1 Guru-guru kelas diminta menyemak, membuat pengesahan dan mencetak data kehadiran murid
bermula Jun. Pn. Kamalia memaklumkan tahun 1 telah selesai.

6.2 Test kit diserahkan pada guru kelas dan boleh digunakan apabila ada murid yang bergejala.

6.3 Pn Kamalia meminta guru yang bertugas memastikan murid yang hadir lewat tidak dibenarkan
ambil kerusi di dalam kelas untuk mengikuti perhimpunan tetapi mereka perlulah diasingkan dengan
duduk menggunakan kerusi tambahan yang ada. Jika boleh perhimpunan diselesaikan sebelum waktu
pertama Pdp bermula.

6.4 Disiplin murid dalam menjaga kebersihan setiap hari terutama sewaktu rehat pagi dan tengah hari
Rabu sebelum aktiviti Ko-kurikulum bermula perlu kepada pemantauan guru bertugas dan semua
guru.
6.5 Semua guru adalah guru disiplin yang wajib menegur disiplin,tingkah laku dan penampilan murid.
Namun perkongsian maklumat Pn Kamalia melalui Taklimat Literasi Kawalan Murid ialah setiap
tindakan terhadap salah laku murid tetap tidak berpihak kepada guru sekiranya terlibat dengan
perbicaraan mahkamah.

6.6 Guru-guru dinasihatkan lebih banyak bersabar, mengawal emosi terhadap sikap dan disiplin
murid berbanding mengenakan tindakan disiplin. Setiap tindakan tertakluk kepada Buku Kuning
(Panduan dan Tatacara Disiplin Sekolah), Surat pekeliling, Surat Siaran dan Buku Peraturan Sekolah.
Makluman dan tindakan semua
guru

7. Pengurusan Ko-Kurikulum

7.1 Sukan Tahunan


7.1.1 En Muhamad Fadzli memaklumkan Temasya Sukan Tahunan akan berjalan mengikut
takwim persekolahan. Takwim telah dikongsikan melalui ‘What’s App’ ‘Official Selayar’.
7.1.2 Pembahagian murid untuk Rumah Sukan akan dilaksanakan pada Selasa 20 Julai 2022
sewaktu aktiviti Selayar Sihat.
7.1.3 Latihan Sukantara akan dijalankan pada setiap Rabu dan Khamis. Latihan 1 bermula pada
Rabu 27 Julai 2022
7.1.4 Ada 5 kali latihan sebelum Sukantara. Guru juga boleh menyediakan murid untuk
perbarisan
7.1.5 Sukantara bermula pada 21, 22, 23 Ogos melibatkan tahun 3, 4 , 5 dan 6 . Diikuti raptai
dan raptai penuh.
Makluman dan tindakan semua guru

7.2 SK Sungai Layar menjadi pengelola Perlawanan Bola Sepak peringkat daerah jadi sepanjang ia
berlangsung, aktiviti Ko-Kurikulum ditangguhkan. Beberapa orang guru terlibat dalam
pengelolaan perlawanan berkenaan termasuklah En Muhamad Fadzli, En Wan Zakariya, En
Syahrul Nizar, En Mohamad Zamri, Pn Faridah (pengacara majlis) dan Pn Sadina (pengelola
hadiah).

7.3 Perlawanan yang akan berjalan selepas itu ialah perlawanan Bola Baling peringkat daerah dan ia
melibatkan murid tahap 2.

7.4 SK Sungai Layar juga menjadi tuan rumah Perlawanan Kriket Peringkat Negeri.

7.5 Perhimpunan Bulanan berjalan mengikut takwim yang ditetapkan.

7.6 Karnival Bahasa Inggeris iaitu pertandingan ‘Srable’, ‘Story Telling’ dan ‘Public Speaking’ telah
selesai mengikut ketetapan jadual.
Makluman semua
guru

7.7 Sistem PAJSK telah dibuka. Guru-guru terlibat boleh membuat pengisian data PAJSK dan SEGAK
dengan menggunakan ID dan kata laluan yang diberikan.
7.8 Maklumat PAJSK murid perlu lengkap diisi dalam buku PAJSK yang ada pada setiap murid Tahap
2 untuk kegunaan pengisian Sistem PAJSK secara atas talian.
Makluman dan tindakan semua guru yang terlibat

7.9 Surat untuk Karnival Bahasa Melayu telah diterima dan Panitia Bahasa Melayu diminta bersedia.
Makluman dan tindakan guru Panitia Bahasa Melayu

8. Hal-hal Lain
8.1 e-Operasi perlu disemak dan dikemaskini. Maklumkan kepada PK Pentadbiran jika ada
perubahan. Pn. Azizah meminta supaya guru-guru dapatkan konfirmasi perubahan telah
dilakukan beliau terlebih dahulu sebelum mengesahkan maklumat e-Operasi tersebut.

8.2 Guru Besar meminta semua guru menyemak secara terperinci maklumat seperti tarikh-tarikh
perkhidmatan, mata pelajaran yang diajar, terutamanya amaun gaji yang direkod. Jangan
abaikan setiap amaun dan sen yang ada pada gaji kerana ia melibatkan Anggaran Belanja
Mengurus yang diperuntukkan oleh kerajaan.

8.3 Guru Besar memberi pesanan kepada guru-guru bertugas agar dapat memantau kebersihan
kawasan sekolah. Jika tahap kebersihan sesuatu kawasan itu tidak memuaskan, guru bertugas
boleh meminta murid membersihkan kawasan berkenaan terlebih dahulu sebelum waktu Pdp
pertama bermula.

8.4 Cikgu Syahrul Nizar memohon agar guru bertugas dapat membantu menguruskan sendiri
penggunaan lagu-lagu yang akan dimainkan sewaktu perhimpunan. Ini supaya setiap guru
tidak bergantung dengan keberadaan guru- guru tertentu sahaja untuk perkara ini.

8.5 Program My Kasih boleh digunakan untuk membantu murid-murid My Kasih yang berminat
untuk melanggan i- Learn Ace juga. Ia sebuah program yang boleh dilanggan untuk
membantu pembelajaran murid dalam subjek teras.

8.6 Sebuah Majlis Perpisahan akan diadakan pada 21 Julai 2022 untuk Pegawai Teknologi
Maklumat Norrohaya binti Zakeriya yang bertukar.

8.7 Guru-guru yang tidak sihat diminta mendapatkan cuti sakit bukan memohon CRK.

8.8 Guru-guru dinasihatkan agar mendaftar sebagai ahli mana-mana persatuan guru.
Makluman semua guru

9. Ucapan Penangguhan
9.1 Guru Besar berterima kasih kepada semua yang hadir. Beliau berharap agar semua
perancangan dan perbincangan dapat dilaksanakan dengan baik.

Mesyuarat di tangguhkan pada jam 3.15 petang.


Disediakan oleh : Disahkan oleh :
Siti Nur Aini Binti Sabudin Baharuddin bin Mohamed Ibrahim
Setiausaha Mesyuarat Guru Guru Besar SK Sungai Layar
SK Sungai Layar 2022/2023

LAMPIRAN SENARAI KEHADIRAN


MESYUARAT MESYUARAT GURU DAN PENGURUSAN SEKOLAH BIL 1 2022/2023

Tarikh/Hari : 12 Julai 2022 / Selasa


Masa : 1.45 – 3.15 petang
Tempat : Bilik Wawasan SK Sungai Layar
Pengerusi : En. Baharuddin bin Mohamed Ibrahim (Guru Besar SK Sungai Layar)

You might also like