You are on page 1of 3

Minit Mesyuarat Hal Ehwal Murid(HEM) bil 4/2021

Sekolah Kebangsaan Kuala Gula 34350 Kuala Kurau, Perak.


Tarikh : 20 Oktober 2021

Masa : 2:30 pm

Tempat : Kediaman sendiri secara google meet

Link google meet : https://meet.google.com/bmm-iwvt-ovq

Kehadiran :

1. En. Mohd Azmi bin Sadar (Guru Besar)


2. En. Ahamad Fasial bin Abdullah (PK Pentadbiran)
3. Pn. Siti Normala binti Adris (PK HEM)
4. En. Muhamd Fahmi b. Mahamod (PK Ko-kurikulum)
5. En. Ghazali b. Abdul Rahman
6. En. Mohamad Fahruddin b. Mohd Fazain
7. En. Mohamad Amsyar
8. En. Azizul Ziad bin Burhannudin
9. En. Rosfizal bin Che Pi
10. En. Aspiyah Mahyus bin Ahmad
11. En. Burhanuddin b. Hj. Ismail
12. En. Abdullah bin Ya
13. Pn. Fadhilah binti Jamaluddin
14. Pn. Zainilawati binti Kamaruddin
15. En. Mohamad Daim bin Samsudin
16. En. Mohamad Naim bin Zakaria

Tidak hadir :

1. En. Mohd Rosli bin Mohd Saad


1. UCAPAN PENGERUSI MAJLIS
1.1. Pengerusi majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran guru-guru dalam
mesyuarat Hal Ehwal Murid bil. 4 bagi tahun 2021 secara atas talian menggunakan
platform google meet.
1.2. Terdapat beberapa perkara penting yang ingin disampaikan kepada semua guru
sepanjang tempoh PKP dilaksanakan.

2. UCAPAN ALU-ALUAN
2.1. Guru Besar mengucapkan tahniah kerana semua guru membuat pelaporan SPDPR
setiap hari.
2.2. Guru Besar memohon semua guru untuk meneruskan PDPR mengikut kreativiti guru
sendiri.
2.3. Guru besar memaklumkan berkenaan pembukaan kelas Pra Sekolah yang akan
bermula pada 01 November 2021(Isnin).
2.4. Guru besar juga mengucapkan ribuan terima kasih kepad guru Pra sekolah bersama
PPM Pra sekolah yang telah hadir ke sekolah sepanjang minggu untuk membuat
persiapan pembukaan kelas Pra sekolah.
2.5. Makuman kepada semua guru yang masih melaksanakan PDPR, sekolah menunggu
negeri Perak berubah kepada fasa 4 dan baharu akan ada sesi persekolah bagi murid
di aliran perdana.
2.6. Guru besar menerangkan berkenaan cuti sempena perayaan Hari Deepavali yang
bermula pada awal November :
2.6.1. 3 November 2021 – cuti tambahan Deepavali
2.6.2. 4 November 2021 – cuti hari perayaan Deepavali
2.6.3. 5 November 2021 – cuti keputeraan Sultan Perak / cuti tambahan Deepavali

3. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LEPAS


3.1.1. Tiada pembentangan minit mesyuarat HEM bil.3 tahun 2021.

4. PERKARA BERBANGKIT
4.1. Tiada

5. FOKUS MESYUARAT
5.1. PENGURUSAN HEM
5.1.1. Pengurusan bagi pembukaan sekolah untuk kelas Pra sekolah sudah
dilaksanakan oleh guru Pra sekolah dan PPM Pra Sekolah. Alhamdulillah pra
sekolah SK Kuala Gula sudah bersedia untuk menerima murid pra sekolah.
5.1.2. Tiada sistem penggiliran bagi kehadiran murid pra sekolah yang akan bermula
pada 01 November 2021 iaitu minggu hadapan.
5.1.3. Untuk makluman semua, SK Kuala Gula antara sekolah yang tidak perlu buat
sistem penggiliran murid sekiranya sesi persekolahan sekolah bersambung
kerana bilangan murid di sekolah tidak melebihi 150 orang.
5.1.4. PK HEM memohon semua setiausaha jawatankuasa kecil di bawah HEM untuk
mengemaskini fail masing-masing kerana sudah berada di hujung tahun.
5.1.5. Mohon untuk memastikan isi dalam fail dimasukkan dengan maklumat yang
terkini iaitu maklumat tahun 2021.
5.1.6. Seterusnya, PK HEM meminta semua guru untuk hadir ke sekolah pada tarikh
yang akan diberitahu kelak untuk sesi gotong-royong persediaan pembukaan
sekolah.
5.1.7. Pemantauan daripada pegawai PPD berkaitan pembukaan sekolah akan
dilaksanakan terutamanya pembukaan kelas Pra sekolah. Bapa angkat sekolah
akan datang untuk membuat pemantauan.

5.2. KANTIN SEKOLAH


5.2.1. Tender kantin bagi sesi 2021 hingga 2023 telah dibuka kerana pengusaha
kantin sedia ada sudah tidak mahu menyambung kontrak.
5.2.2. Namun masih tiada sebarang penghantaran dokumen tender daripada sesiapa
sehinggan November 2021. Mohon sekiranya rakan-rakan guru boleh menguar-
uarkan berkenaan tender kantin sekolah ini kepada rakan lain.
5.2.3. Ini bagi memastikan pelaksanaan RMT dan juga kebajikan guru pada awal
tahun 2022 dapat dijamin.

5.3. PENGLIBATAN PERTANDINGAN KO-AKADEMIK DI BAWAH HEM


5.3.1. Penglibatan seorang murid iaitu Nor Athilah Damia binti Zairi di dalam
pertandingan/kuiz yang telah dijalankan oleh klinik kesihatan pergigian telah
mendapat hadiah. Tahniah diucapkan kepada adik Nor Athilah Damia atas
penglibatan dalam program yang dijalankan.

6. HAL-HAL LAIN
6.1. Tiada hal-hal lain dibincangkan.

7. PENUTUP
7.1. Pengerusi berharap semua guru dapat menjalankan tugas masing-masing dan lebih
bersemangat untuk mengharungi tahun 2021 dengan jayanya.
7.2. Mesyuarat secara google meet ditangguhkan pada jam 4:30 petang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

......................................... ...................................................

(MOHD FAHRUDDIN BIN MOHD FAZAIN) (PN SITI NORMALA BINTI ADRIS)
Setiausaha HEM. Penolong Kanan HEM.

You might also like