You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT GREEN LANE

JALAN HAMILTON, 11600 PULAU PINANG

MINIT MESYUARAT KALI KEEMPAT UNIT HAL EHWAL MURID


SESI 2021
BIL. 4/2021

Tarikh : 21 Ogos 2021

Masa : 3.00 Petang

Tempat : Kediaman masing-masing. (Google Meet)

Pengerusi : Puan Surina binti Abdul Majid

Kehadiran : Semua guru Sekolah Kebangsaan Convent Green Lane sesi pagi dan petang

Pencatat : Murshidah binti Zahari

1.0 UCAPAN PENGERUSI


1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang terlibat kerana sudi
menghadiri mesyuarat walaupun secara dalam talian.

2.0 VAKSINASI

2.1 Guru Tahun Enam perlu mengisi bahagian maklumat vaksinasi dalam APDM bagi
murid Tahun Enam yang telah mencapai umur 12 tahun.

2.2 Murid yang berumur tujuh hingga 11 tahun tahun tidak perlu mengisi maklumat
vaksinasi. Guru kelas Tahun Enam digalakkan membuat google form utk
mendapatkan data daripada ibu bapa.

2.3 Maklumat yang perlu diisi oleh guru ialah :


i. Id Mysejahtera
ii. Setuju/ tidak untuk vaksinasi
iii. Tarikh dos pertama
iv. Tarikh dos kedua

3.0 PERMOHONAN KE TINGKATAN SATU

3.1 Semua kelas Tahun Enam telah selesai membuat pengisian borang permohonan
kecuali kelas 6 Seri Embun hanya permohonan seorang murid yang belum diisi
iaitu Farah Nur Qistina. Guru kelas yang diminta menghubungi murid berkenaan

1
supaya mengisi permohonan tersebut. Penolong kanan HEM mengucapkan terima
kasih kepada guru kelas yang telah selesai mendapatkan maklumat untuk
permohonan tersebut. Penolong Kanan HEM juga akan membuat semakan dan
seterusnya Guru Besar akan membuat pengesahan sebelum 30/8/2021.

3.2 Untuk membolehkan murid naik ke Tingkatan Satu, keputusan ujian pengesanan
diperlukan. Keputusan tersebut perlu diserahkan kepada sekolah menengah agar
saringan kedudukan di dalam kelas dapat dilakukan. Jika tiada, pihak sekolah boleh
menyediakan keputusan peperiksaan akhir tahun 2020.

4.0 SARINGAN MINDA SIHAT

4.1 Masih terdapat murid yang belum selesai menjawab Ujian Saringan Minda Sihat.
Terdapat 14 orang murid Tahun Lima belum selesai menjawab ujian tersebut.

4.2 Guru Kaunseling memaklumkan murid-murid tersebut akan terus dihubungi untuk
menyelesaikan ujian tersebut.

5.0 UJIAN PSIKOMETRIK

5.1 Terdapat tiga orang murid masih belum menjawab solan psikometrik. Hal ini akan
dibincangkan dengan Guru Besar untuk meminta izin sekiranya boleh
membenarkan murid ke sekolah untuk menduduki ujian tersebut.

6.0 SKPMG2

6.1 Ketua Unit bahagian masing-masing akan diberi borang kosong SKPMG2 untuk
diisi evidens sepanjang tahun. Ketua unit perlu mengisi setiap program yang telah
dijalankan pada tahun ini. Borang tersebut perlu diserahkan semula kepada
Penolong Kanan HEM untuk dilengkapkan,

7.0 PBPPP

7.1 Keberhasilan guru PYD 1 perlu di hantar selepas cuti sekolah pada bulan
September. Guru boleh membuat perubahan sekiranya ada item yang ingin
digugurkan atau ditambah.
7.2 Penolong kanan pentadbiran memaklumkan, borang keberhasilan perlu diserahkan
selewat-lewatnya pada awal bulan oktober.

8.0 BUKU DAFTAR MASUK MURID

2
8.1 Guru yang masih belum selesai mengisi buku tersebut diminta hadir ke sekolah dan
selesaikan pengisian. Guru perlu maklumkan kepada pihak pentadbir sekiranya
hendak hadir ke sekolah. Surat akan dikeluarkan. Tidak digalakkan datang secara
beramai-ramai ke sekolah.

9.0 KEHADIRAN PDPR

9.1 Murid yang menjalani kuarantin atau mendapat cuti sakit boleh ditanda hadir
dalam kehadiran GD sekiranya mereka menyiapkan dan menghantar tugasan
tersebut kepada guru.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5.00 petang.

You might also like