You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG PADANG

JALAN SUNGAI LEMBING


25200 KUANTAN

MINIT CURAI

A. Butiran Laporan
1. Kepada Guru Besar SK Kampong Padang

2. Daripada Ezdiani binti Ag Mohd Arifin Azmi

3. Salinan Kepada GPK Pentadbiran, GPK Hal Ehwal Murid, Guru Prasekolah dan PPM

4. Rujukan PPDK.UPSR.700-15/1 JLD.10(49)

5. Perkara/Aktiviti Taklimat Pengurusan Prasekolah Daerah Kuantan THUN 2023

6. Tarikh dan masa 26 Mei 2023 / 8.30 – 5.00 petang

7. Tempat Dewan Nilam Puri PPD Kuantan

8. Anjuran PPD Kuantan

9. Pengerusi / Urus setia En. Mohd Nawawi bin Abdul Ghani, Penolong Pegawai Pendidikan
(Prasekolah dan Rendah) Sektor Pengurusan

10. Turut Hadir Puan Wahida Ariani binti Mat Wahi, Penolong Pengarah, Unit
Prasekolah dan Rendah, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang.

B. Perkara yang dibincangkan


Bil. Perkara

1. Ucapan aluan En. Mohd Nawawi bin Abdul Ghani, Penolong Pegawai Pendidikan (Prasekolah
dan Rendah) Sektor Pengurusan
1.1
Terima kasih dengan kehadiran guru-guru ke Taklimat Pengurusan Prasekolah.

Data SMPK PPD Kuantan berakhir 24 Mei 2023, jumlah enrolmen murid prasekolah KPM mengikut
1.2
kohot umur dan jantina di PPD Kuantan. Umur 3+, 3 orang, 4+, 809 orang dan 5+, 2857 orang. Dengan
jumlah keseluruhan seramai 3669 orang.

1.3 Pelaporan Data Prasekolah perlu dibuat pada 19 April 2023, 30 Jun 2023, 31 Oktober 2023 dan 16
Januari 2024

1.4 Perlu patuh kepada Proses Kerja Pendaftaran ke Prasekolah KPM bagi sesi 2024/2025, proses kerja
yang terdekat key in maklumat permohonan manual ke dalam sistem.

1.5 Wajib patuh kepada arahan kewangan iaitu pematuhan garis panduan pengurusan prasekolah KPM
(cetakan 2018).
Pihak sekolah tidak dibenarkan membuat sebarang kutipan wang daripada ibu bapa / penjaga murid
1.6 prasekolah selain daripada sumbangan PIBG seperti yang telah diputuskan dalam mesyuarat Agung
PIBG dan mendapat kelulusan pendaftar (HALAMAN 3).

1.7 Penggunaan buku kerja tidak dibenarkan di kelas Prasekolah. (HALAMAN 29)

1.8 Guru Prasekolah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Kewangan Sekolah dan Jawatankuasa Kurikulum
Sekolah. (HALAMAN 9)

2. Taklimat Puan Wahida Ariani binti Mat Wahi, Penolong Pengarah, Unit Prasekolah dan
Rendah, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang.
2.1 Guru Prasekolah perlu tahu dan faham setiap dimensi SKPK 2.0
2.2 Guru Prasekolah perlu laksanakan proses pengisian SKPK 2.0 dan kemaskini fail dari masa ke semasa

2.3 Eviden bagi SKPK 2.0 adalah Draf instrumen dan Instrumen yang telah ditandatangani oleh Guru
Besar.

Merujuk kepada surat siaran / pekeliling Kenaikan Kadar Bantuan Makanan Prasekolah (BMP) tahun
2.4 2023 adalah RM 3.00 bagi Semenanjung Malaysia bemula 1 Mei 2023 berdasarkan bilangan baki hari
persekolahan selama 145 hari).
2.5 Peruntukan ini akan disalurkan ke akaun Kumpulan Wang Kerajaan mulai Ogos 2023.
2.6 Penyediaan makanan perlu dibuat pada setiap hari persekolahan.
2.7 Menu Standard Prasekolah KPM berdasarkan isu pembantutan kanak-kanak.
2.8 Guru Prasekolah perlu mematuhi jadual menu yang disediakan oleh KPM berkuakuasa 2 Mei 2023.
2.9 Guru Prasekolah perlu memahami peraturan yang ditetapkan (contoh: peraturan pertukaran menu)

2.10 Pertukaran menu hanya boleh dibuat sekiranya terdapat kekangan mendapat bekalan makanan mentah
atau berlaku masalah penimpanan seperti gangguan bekalan air dan elektrik.

2.11 Pertukaran menu perlu mendapat kelulusan secara bertulis daripada ketua jabatan (GB) sekurang-
kurangnya dalam tempoh 48 jam sebelum menu disediakan.

2.12 Menu perlu mematuhi saiz sukatan yang telah ditetapkan dalam dokumen menu Penyediaan Makanan
Prasekolah.
2.13 KPI Peningkatan enrolmen murid prasekolah 0.2% setiap tahun

2.14 Peranan Guru Prasekolah untuk peluasan prasekolah dengan menyimpan dan unjuran bilangan
permohonan prasekolah untuk 3 tahun berturut-turut.

2.15 Peranan Guru Prasekolah dengan melaksanakan program prasekolah di sekolah dengan melakukan
jaringan dan jalinan bersama ibu bapa dan agensi.
2.16 Integriti Guru Prasekolah perlu dijaga.

C. Tindakan yang perlu diambil

1 Melakukan Proses Kerja Pendaftaran ke Prasekolah KPM bagi sesi 2024/2025

2 Patuh kepada arahan kewangan

3 Patuh kepada arahan penyediaan menu

4 Pelihara integriti

D. Tarikh kursus akan datang

1 Tidak berkenaan

E. Tandatangan pelapor

F. Tarikh laporan disediakan

6 Jun 2023 (Selasa)

D:EZD/minitcurai/2023

You might also like