You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT CHORAS

06800 KOTA SARANG SEMUT

ALOR SETAR KEDAH

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN PRASEKOLAH BIL 1/2022

PERKARA : Mesyuarat Pengurusan Prasekolah Bilangan 1 bagi Tahun 2022

TEMPAT : Makmal Komputer Sk Bukit Choras

TARIKH : 13 Jun 2022

HARI : Isnin

MASA : 1.15 Petang

KEHADIRAN :

HADIR

1. En.Ja’afar Bin Khalid (Guru Besar)


2. En. Shahrizal Bin Mat Isa (PK Pentadbiran)
3. En. Mohamad Hafiz Bin Hamad (PK Kokurikulum)
4. Pn. Intansakindah Binti Ishak (Guru Prasekolah)
5. Pn.Anis Farhah Binti Mohd Sobri (Guru Prasekolah)
6. Pn.Rosnani Binti Razak (PPM Prasekolah)
7. Cik. Marhamah Binti Mokhtar (PPM Prasekolah)
8. Pn. Faizah binti Ayub (Guru Pendidikan Islam Pra Pintar)
9. Pn. Salma binti Ahmad (Guru Tahun 1)
10. Pn. Low Yin Chian (Guru Tahun 1)
11. Pn. Nurulasma binti Zahran (Guru Pemulihan)
TIDAK HADIR:

1. Encik Amir bin Ab Latib (PK HEM)


2. Pn. Mahizan binti Azit (Guru Pendidikan Islam Pra Cerdik – kelas Pdpc)

CATATAN MESYUARAT

1.0 ALUAN PENGERUSI MESYUARAT

1.1 Ucapan aluan dari Pengerusi mesyuarat.

1.1 Tuan Guru Besar, Tuan Hj Ja’afar bin Khalid memulakan majlis dengan bacaan Al-
Fatihah dan mengucapkan terima Kasih kepada semua guru kerana dapat meluangkan
masa bagi menjalankan mesyuarat pada petang ini.

2.0 PENDAFTARAN PRASEKOLAH SESI 2022/ 2023

2.1 Puan Anis Farhah mengedarkan senarai nama murid yang telah membuat
permohonan secara online dan manual yang didaftarkan dalam Sistem Maklumat
Prasekolah Kebangsaan (SMPK).

2.2 Puan Anis Farhah memaklumkan seramai 36 permohonan telah diterima setakat
tarikh hari ini dan bilangan murid yang telah berdaftar di dalam sistem adalah seramai
35 orang. Seorang murid tidak dapat didaftarkan di dalam sistem kerana faktor
teknikal. Seramai 23 orang murid 6 tahun dan 13 orang murid 5 tahun yang telah
mendaftar dengan kelas prasekolah SK Bukit Choras. Puan Anis Farhah memaklumkan
bahawa tarikh tutup permohonan adalah pada 30 Jun 2022 dan mesyuarat pemilihan
perlu dilaksanakan selepas tarikh tersebut.

2.3 Tuan Guru Besar meminta jawatankuasa prasekolah untuk menguar-uarkan


kekosongan tempat yang masih terdapat di kelas prasekolah. Guru Besar juga meminta
maklumat awal murid-murid yang telah membuat permohonan sama ada memenuhi
kriteria dan menghantar boring dengan lengkap atau tidak. Beliau juga memaklumkan
supaya menetapkan tarikh untuk mengadakan mesyuarat pemilihan murid prasekolah
kelak.
2.4 Status Permohonan sehingga tamat tarikh permohonan Prasekolah Sesi 2023 iaitu
pada 31 Mei 2022 adalah seperti berikut:

Bil Status Permohonan Jumlah Permohonan

1. Permohonan keseluruhan atas talian (online). 18

2. Permohonan manual ( borang). 17

3. Permohonan 6 tahun yang memohon atas talian 9

(online) dan hantar borang lengkap ke sekolah.

4. Permohonan 5 tahun yang memohon atas talian 9


(online) dan hantar borang lengkap .

5. Permohonan yang tidak hantar borang bercetak Tiada


semula ke sekolah.

JUMLAH PERMOHONAN 35

Tindakan : Makluman Kepada Semua Jawatankuasa

3.0 PERANCANGAN AKTIVITI TAHUNAN PRASEKOLAH SESI 2022/ 2023

3.1 Tuan Guru Besar meminta guru prasekolah untuk membentangkan takwim
perancangan aktiviti tahunan prasekolah yang telah diedarkan. Puan Anis Farhah
menerangkan aktiviti yang dirancang mengikut bulan yang telah ditetapkan sepanjang
tahun. Bagaimanapun, semua aktiviti juga tertakluk kepada perubahan semasa.

3.2 Tuan Guru Besar berpuas hati dengan aktiviti yang dinyatakan namun beliau
menegur terdapat sedikit perubahan yang perlu diubah iaitu Sukaneka Prasekolah yang
mengikut Sukan Tahunan Sekolah iaitu pada bulan Jun tetapi telah ditanda pada bulan
Julai. Puan Anis Farhah mengambil maklum dan akan membuat perubahan tersebut.

3.3 Puan Anis Farhah bertanya kepada Tuan Guru Besar tentang Program Lawatan
Prasekolah sama ada boleh diadakan atau tidak. Tuan Guru Besar memaklumkan
bahawa guru prasekolah perlu mendapatkan maklumat tersebut daripada Penolong
Kanan HEM iaitu Encik Amir.

Tindakan : Guru Prasekolah

4.0 HAL-HAL LAIN


4.1 Guru Prasekolah menyatakan cadangan untuk memasang mesin penapis air di
dapur prasekolah. Guru Besar mencadangkan untuk menyatakan usul berkenaan dalam
mesyuarat agung PIBG sekolah yang bakal berlangsung tidak lama lagi untuk
persetujuan waris bagi mengumpul sumbangan atau kutipan.
4.2 Puan Anis Farhah tentang keadaan tandas di kelas prasekolah yang tidak
mencukupi untuk bilangan murid dan guru berdasarkan instrumen dalam Sistem Kualiti
Prasekolah Kebangsaan (SKPK). Guru Prasekolah juga memaklumkan kepada Guru
Besar bahawa selain tandas, kawasan taman permainan juga perlu diambil perhatian
kerana keadaan permainan yang sudah lama tidak digunakan kerana rumput yang
sangat panjang mengundang kehadiran ular dan membahayakan murid-murid. Guru
Besar memberitahu bahawa untuk menaik taraf bangunan di kawasan prasekolah perlu
merujuk Unit Pembangunan Daerah di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pendang bagi
mendapatkan peruntukan yang diperlukan.
4.3 Guru Besar meminta guru tahun 1 untuk menyatakan sebarang masalah berkaitan
murid tahun 1 yang bersekolah di Prasekolah tahun lepas. Puan Low selaku guru kelas
Tahun 1 Cerdik memaklumkan Amirul Afiq dari kelas berkenaan menghadapi masalah
dan perlu tindakan susulan. Guru Besar meminta guru-guru untuk mengenal pasti
murid yang menghadapi masalah dalam pembelajaran dan membuat perjumpaan
dengan waris berkenaan. Beliau juga ingin melaksanakan sesi dialog bersama pakar
iaitu doktor dari klinik kesihatan sebelum dihantar untuk tindakan susulan sama ada
ke kelas pemulihan atau ke kelas Pendidikan khas.

Tindakan : Semua Jawatankuasa

5.0 PENUTUP
5.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran jawatankuasa dan
bantuan maklumat dalam mesyuarat pengurusan prasekolah kali ini.

5.2 Mesyuarat ditangguh pada jam 2.20 petang.

DISEDIAKAN OLEH : SETIAUSAHA JAWATANKUASA MESYUARAT PENGURUSAN PRASEKOLAH

TARIKH : 16 JUN 2022

You might also like