You are on page 1of 5

MESYUARAT

PEMILIHAN MURID PRASEKOLAH BESTARI 2019

Tarikh : 5 Julai 2018 (Khamis)


Masa : 12.00 Tengahari
Tempat : BILIK GERAKAN

AGENDA MESYUARAT

1. Ucapan Pengerusi
2. Pengurusan Pemilihan Murid Sesi 2019
3. Hal-hal lain.
MINIT MESYUARAT PEMILIHAN MURID PRASEKOLAH SK LUBOK KELUBI

TARIKH : 5 JULAI 2018


HARI : 12.00 TENGAHARI (KHAMIS)
TEMPAT : BILIK GERAKAN

KEHADIRAN :
1. Pn Rohaya binti Md Said Guru Besar
2. Pn. Ropitah binti Ismail GPK Pentadbiran
3. Cik Hariati binti Idris GPK HEM
4. En Jan Raafi bin Jan Mohamed GPK KOKU
5. Pn. Ku Nur Shakirah binti Ku Azmi Setiausaha
6. Pn Zainon binti Wahab Guru Pendidikan Islam
7. Pn. Norsima binti Mohamad PPM
1.0 UCAPAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada Pn. Ropitah GPK Pentadbiran, En
Jan Raafi GPK KOKU, Cik Hariati GPK HEM, Pn. Ku Nur Shakirah Setiausaha,
Pn Zainon sebagai Ahli Jawatankuasa Prasekolah dan PPM Pn. Norsima kerana
dapat menghadirkan diri ke mesyuarat pemilihan murid Prasekolah sesi 2019.

1.2 Pengerusi juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah bersama-
sama meningkatkan keseronokkan murid ke sekolah untuk mendapatkan
pendidikan awal kanak-kanak di Sekolah Kebangsaan Lubok Kelubi.

1.3 Pengerusi menjelaskan kemasukan sesi tahun 2019, semua permohonan


pendaftaran murid prasekolah telah dijalankan secara online di laman web
https://eprasekolah.moe.gov.my/ bermula 1 Mac 2018 sehingga 30 Mac 2018.
KPM juga melaksanakan permohonan prasekolah secara atas talian dan juga
manual.

1.4 Pengerusi berharap pengurusan pentadbiran dan pemilihan murid bagi sesi 2019
dapat berjalan dengan lancar.
Tindakan : Makluman Semua

2.0 PENGURUSAN PEMILIHAN MURID SESI 2019


2.1 Guru prasekolah menyatakan bermula 1 Mac 2018 banner tentang permohonan
secara online dan manual telah dipamerkan dipintu pagar sekolah.

2.2 Guru prasekolah memberitahu seramai 29 orang murid yang mendaftar


permohonan secara online sehingga tarikh tutup 30 Mac 2018. Manakala seramai
10 orang murid yang menghantar borang secara manual kepada pihak sekolah
dan telah diambil tindakan bagi pengisian secara manual yang dilakukan oleh
guru pada 1 Jun 2018.
2.3 Jumlah keseluruhan permohonan yang memohon ialah seramai 39 orang murid.
Jadual dibawah menunjukkan jumlah murid yang memohon mengikut umur dan
jantina;-

JANTINA
UMUR JUMLAH
LELAKI PEREMPUAN

6 Tahun 22 Murid 12 Murid 34 Murid

5 Tahun 2 Murid 3 Murid 5 Murid

JUMLAH 24 Murid 15 Murid 39 Murid

2.4 Guru Prasekolah memaklumkan pemilihan murid dibuat menggunakan sistem


merit berdasarkan kriteria dan pecahan wajaran yang telah ditetapkan oleh
KPM dalam sistem SMPK Prasekolah Kebangsaan secara automatik.
berdasarkan kapasiti kelas seramai 25 orang.

2.5 Guru prasekolah memaklumkan semua ibu bapa telah menghantar borang
permohonan beserta dokumen lengkap yang dikehendaki pada pihak sekolah
sebelum 31 Mei 2018 untuk disemak bagi proses pemilihan berjaya dan tidak
berjaya dijalankan.

2.6 Atas persetujuan ahli mesyuarat, pengerusi memutuskan menerima semua


permohonan pendaftaran prasekolah seramai 25 orang murid berumur 6 tahun
yang BERJAYA bagi kemasukan sesi 2019. Persetujuan mesyuarat juga
bersetuju menolak permohonan murid seramai 14 orang yang berumur 6 dan 5
tahun. Namun begitu jika ada ibu bapa yang menolak tawaran ke prasekolah,
murid-murid tadi boleh dipilih semula.
2.7 Ibu bapa boleh menyemak keputusan permohonan yang telah berjaya bermula
5 Ogos 2018. Guru juga perlu mencetak surat tawaran berjaya bagi setiap
murid untuk simpanan sekolah.

2.8 Pengerusi dan ahli mesyuarat bersetuju menjalankan pendaftaran bagi sesi
2019 pada tarikh 24 November 2018.

Tindakan : Makluman Semua

3.0 HAL-HAL LAIN

3.1 Guru prasekolah memaklumkan bagi sesi 2019, semua murid dikehendaki
memakai kemeja T putih berkolar, tudung putih, track bottom biru gelap, kasut
dan stoking putih. Penetapan pakaian murid prasekolah ini telah ditetapkan oleh
KPM melalui surat siaran yang dikeluarkan pada 13 Julai 2017.

Tindakan : Makluman Semua

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.30 petang.

Disediakan oleh,

KU NUR SHAKIRAH BINTI KU AZMI


(GURU PRASEKOLAH)

You might also like