You are on page 1of 2

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Sekolah Kebangsaan Taman Selasih


09000 Kulim Tel : 04-4952868
Kedah Darul Aman Emel : KBA5025@moe.edu.my

MINIT MESYUARAT PEMILIHAN MURID PRASEKOLAH SESI 2024

Tarikh : 20 Julai 2023


Masa : 1.30 Petang
Tempat : Bilik Mesyuarat SKTS 1

Kehadiran :

Haji Nordin bin Ab Hamid Guru Besar


Puan Umirah binti Hussin GPK Pentadbiran
Encik Rosmainie bin Mat Isa GPK Kokurikulum
Puan Nurshahira binti Rosli Guru Prasekolah
Puan Katilah binti Tamrin Guru Tahun 1
Puan Salmiah binti Nasir Pembantu Pengurusan Murid

Agenda :
1. Ucapan Pengerusi
2. Laporan Permohonan Prasekolah 2024
3. Kriteria Pemilihan Murid Prasekolah
4. Pemilihan Permohonan Prasekolah 2024
5. Hal-hal lain
6. Penutup

1. UCAPAN PENGERUSI

1.1 Tuan Guru Besar selaku pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran
Jawatankuasa Pemilihan Murid Prasekolah sesi 2024.

1.2 Beliau berharap pemilihan ini dapat dijalankan dengan adil dan telus mengikut
kriteria dan pecahan wajaran yang ditetapkan oleh KPM.

Tindakan : Makluman

2. LAPORAN PERMOHONAN PRASEKOLAH 2023

2.1 Guru Prasekolah memaklumkan jumlah permohonan untuk prasekolah sesi 2024
ialah seramai 71 orang. Seramai 71 orang memohon melalui online dan tiada
permohonan manual. Permohonan tersebut terdiri daripada 46 orang kanak-kanak
lahir pada 2018 dan 18 orang kanak-kanak lahir pada tahun 2018.

TAHUN LAHIR UMUR LELAKI PEREMPUAN JUMLAH


2018 5+ 19 28 47
2019 4+ 17 7 24
JUMLAH PERMOHONAN 3635 71

Tindakan : Makluman
3. KRITERIA PEMILIHAN MURID PRASEKOLAH

3.1 Pemilihan perlu dijalankan mengikut kriteria yang ditetapkan. Antaranya ialah :

I. Kohort umur (40%)


II. Pendapatan per kapita (30%)
III. Kewarganegaraan ibu bapa / penjaga (20%)
IV. Jarak dengan sekolah (10%)

Tindakan : Makluman

4. PEMILIHAN PERMOHONAN PRASEKOLAH 2024

4.1 Pemilihan murid dilaksanakan di peringkat sekolah oleh Jawatakuasa Pemilihan


Murid berdasarkan kriteria dan sistem merit yang telah ditetapkan.

4.2 Setelah menyemak, meneliti dan mengambil kira kriteria yang telah ditetapkan,
pihak Jawatankuasa Pemilihan Murid sebulat suara bersetuju meluluskan 25
permohonan murid yang lahir pada tahun 2018 berdasarkan wajaran markah yang
paling tinggi.

4.3 Terdapat 22 murid yang lahir ditolak permohonan kerana lahir pada tahun 2018 dan
jumlah pengambilan telah memenuhi kuota. Namun begitu sekiranya ada penolakan
daripada murid yang terpilih pihak Jawatankuasa Pemilihan Murid bersetuju mengisi
kekosongan tersebut kepada murid yang layak atau membuat rayuan.

Tindakan : Makluman

5. HAL-HAL LAIN

5.1 Guru Prasekolah memaklumkan baki kewangan 2023 iaitu Bantuan Makanan
Prasekolah dan Bantuan Geran Per Kapita Prasekolah (PCG Pra) yang terkini.

5.2 Pengerusi juga memaklumkan pada guru prasekolah supaya merancang pertandingan
atau lawatan dengan menyediakan kertas kerja.

6. PENUTUP

6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh
Jawatankuasa Pemilihan Murid sepanjang mesyuarat pemilihan ini.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.15 petang.

Disediakan oleh, Disemak Oleh,

…………………………………. …………………………………
(NURSHAHIRA BINTI ROSLI) (HJ NORDIN BIN AB HAMID)
GURU PRASEKOLAH GURU BESAR
SK TAMAN SELASIH SK TAMAN SELASIH

You might also like