You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT

SEKOLAH RENDAH AGAMA BERSEPADU MERSING

MINIT MESYUARAT MAJLIS GURU DAN PENGURUSAN BIL 1/(2019)

Tarikh : 26 Disember 2018

Masa : 9.00 pagi

Tempat : Biilik Mesyuarat

Pengerusi : Puan Hjh Nasibah Binti Abdul Kadir

Kehadiran(Bilangan) : 25/30 orang

1 PERUTUSAN PENGERUS
1.1 Ucapan alu – aluan daripada pengerusi majlis.
1.2 Ucapan tahniah atas kehadiran semua guru pada mesyuarat kali ini.
1.3 Isu kekurangan guru masih kritikal.
1.4 25 orang guru hadir pada mesyuarat kali ini.
1.4 Pembentang penyata kewangan 2018 oleh bendahari Majlis Guru,
 Baki ditangan Rm388.00.
 Pengesahan penyata kewangan dicadangkan disahkan oleh Cik Ainul Mardiah
Binti Musa.
 Disokong untuk pengesahan oleh Puan Ros linda Binti Baharom,

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


2.1. Dicadang untuk disahkan oleh Encik Mohd Ali Bin Supandi.
2.2. Disokong untuk pengesahan oleh Cik Roziyati Binti Omar.

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

3.1. Encik Ros Bin Hashim ( GPK 1)


 Penjawat awam mestilah mematuhi etika kerja dan dasar kerajaan.
 Surat pekeliling iptisas.
 Surat pekeliling kerajaan negeri Johor. Kakitangan kerajaan negeri johor
perlu memakai baju koperat pada setiap hari ahad.
 Masih ada guru yang tidak mengetik perakam waktu ketika hadir dan balik
sekolah.
 Guru perlu menulis secara manual kehadiran ke sekolah setiap hari.
 Fizikal kawasan sekolah
 Peruntukkan dari kerajaan negeri johor sebanyak Rm 20 000
digunakan untuk mengantikan pintu, tingkap dan pemasangan
lampu dilaluan susur gajah dan pondok.
 Perabut bilik guru.
 Pemasangan penghawa dingin.
 Pendawaian di kedua bilik guru.
 Pemasangan atap.
 Pembesar suara dibilik guru besar.
 Pembelian papan putih dalam kelas.
 Pembelian meja dan kerusi plastik.
 Buku persediaan dan portfolio
 Guru-guru perlu membuat salinan untuk semua muka surat.
 Senarai semak rekod persediaan mengajar tahun 2019.
 Agihan penghantaran rekod persediaan mengajar guru.
 Meminta kerjasama semua guru menghantar buku persediaan
mengajar dan hantar pada setiap minggu pada awal pagi.
 Menulis peratus pencapaian murid mengikut matapelajaran.
 Menulis perbincangan profesionalmengikut bulan dan aktiviti.
 Catatan cuti CRK dan MC.
 Takwim unit kurikulum 2019.
Tindakan: semua guru

3.2. Puan Lizawati Bintgi Khamis ( GPK HEM )


 Agihan tugas guru dan anggota kakitangan.
 Pelancaran tabung kebajikan SRAB 3 Januari 2019
 Fail peribadi murid untuk semua kelas perlu dikemaskini.
 Bila murid pindah keluar ke sekolah lain perlu ada 2 fail iaitu KPM dan JAJ.
 Buku penyata perlu disertakan dalam fail.
 Buku laporan bertugas mingguan.
 Murid tahun 2 bertambah seramai 78 orang.

Tindakan: semua guru

3.3. Puan Royani Binti Denid ( GPK KOKO)


 Takwim unit koko tahun 2019.
 Tahun 2019 SRAB Mersing akan jadi tuan rumah iftifal sukan.

Tindakan: semua guru

3.4. Puan Fauziyah Binti Yatim. ( PT kewangan dan pentadbiran)


 Kutipan yuran tahun 2019.
 Resit B+C ( aktiviti dan kitab )
 Resit A rasmi ( yuran ).
 Buku coklat ( yuran makan )
 Borang putih perlu diserahkan pada Puan Ropiah.
 Borang biru perlu diisi dan diserahkan pada kerani.
 Pelajar baru perlu ambil yuran pendaftaran.
 Lokasi kutipan yuran 2019
 Tahun 1 di kelas masing-masing.
 Tahun 2 di kelas 2 Jayyid
 Tahun 3 di kelas 3 Azka
 Tahun 4 di kelas 6 Hambali
 Tahun 5 di kelas 3 Aflah
 Tahun 6 di kelas 6 Maliki

Tindakan: semua guru


3.5. Puan Salbiah Binti Mastor.
 Sekolah perlu simpan semua pekeliling yang diberikan oleh PPID untuk
penaziran.
 Setiap buku persediaan perlu ditulis tarikh dan masa ketika buku dihantar.

Tindakan: semua warga sekolah

3.6. Cik Ainul Mardiah Binti Musa.


 PBD, guru dah boleh cetak pentafsiran.
 PAJSK, guru perlu kemaskini buku PAJSK pelajar.
 PAK21, guru perlu pergiatkan aktiviti PAK21.
 Perlantikkan AJK majlis guru.
 Pengerusi - En Mohd Rifana Bin Bahari
 Setiausaha - En Ramlan Bin Ahmad
 Bendahari - Pn Umi Fairus Binti Jamil.

Tindakan: semua guru

3.7. Puan Fatin Aliyya Binti Azizan


 English day setiap hari selasa dan akan diadakan anugerah untuk murid dan
guru.

Tindakan: semua guru


3.8. Puan Umi Fairus Binti Mohd Jamil.
 Murid RMT 2019.
 Bagi saiz dan nama baju koperat untuk tempahan.
 Mohon bilik sebelah bilik mesyuarat sebagai bilik RBT dan sains.

Tindakan: semua guru


3.9. Cik Noor Hafizah Binti Abu Hassan .
 MUS tahun 1dan transisi.
 Ajk pelaksanaan program MUS.
 Pendaftaran bermula 7.30 pagi’
 Transisi tahun 1 akan berjalan 3 minggu guru perlu isi jadual dan tajuk transisi.
 i-Thing perlu diserahkan kepada Cik Hafizah.

Tindakan : semua guru

3.10. Encik Asrul Anwar Bin Ali ( SPBT )


 Bekalan buku teks dah ada dalam bilik BOSS.
 Sekolah masih kekurangan buku teks.
 Buku BLA guru perlu ambil di bilik BOSS.

Tindakan : semua guru

3.11. Encik Norizam Bin Malik


 Perlantikan pengawas sekolah seramai 37 orang pada tahun 2019.
 Minta guru beri kebenaran pengawas keluar awak untuk bertugas,
 Cadangan ketua dan penolong pengawas.
 Permohonan baik pulih padang.
 Alatan sukan perlu dijaga dengan baik.
 Buku log pengakap telah disiapkan dan buku log pengakap darjah 6 telah
diserahkan.

Tindakan : semua guru

3.12. Encik Mohd Rifana Bin Bahari.


 Ucapan terima kasih atas kerjasama semua untuk program kebakaran.
 Cikgu perlu beli pelekat kenderaan.
 Cadangan untuk menyediakan tempat menunggu ibu bapa.
 Pengawal keselamatan tidak berunifrom dan tidak berintergriti.
 Guru mengaji membawa kendaraan masuk ke dalam kawasan sekolah dan tidak
menghormati guru.
 Mohon GPK 1 beli sistem bunyi yang baru.
 Waktu bertugas pekerja kebersihan.

Tindakan : semua guru

3.13. Encik Muhammad Amirrul Hakim Bin Mansur.


 Selaraskan penggunaan portfolio.
 Semua pelajar wajib beli buku nilam.
 Adakan watikah perlantikkan pengawas pusat sumber dan pengawas sekolah
sekali.
 Ucapan terima kasih atas kepercayaan perlantikan sebagai penyelaras UPSR.
 Tahun 2019 buku nilan baru.
Tindakan : semua guru

3.14. Puan Fazilah Binti Buang.


 Pencapaian UPKK dapat tempat ke 4 dalam daerah.
 Terdapat peningkatan peratus kelulusan UPKK 100%.
 Ucapan tahniah untuk guru – guru UPKK 2018.
 Guru – guru perlu bekerja lebih kuat untuk UPKK 2019 kerana ramai murid yang
lemah.
 Pengunaan surau agak padat untuk murid tahun 2019.
 Bacaan yasin minta kerjasama untuk guru lelaki untuk datang awal.

Tindakan : semua guru

3.15. Dr Aida Qamariah Binti Ishak.


 Perancangan strategi perlu disediakan sebelum sekolah bermula.
 Perlu ada takwim utama sekolah.
 Perancangan strategi TS25 boleh buat awal.

Tindakan : semua guru


3.16. Encik Ross Bin Hashim (GPK 1).
 Guru yang terlibat kerja diluar dan cuti perlu tinggalkan kerja untuk murid.
 Murid tahap 1 tidak dibenarkan mengunakan buku BLA lain selain yang
dibekalkan oleh KPM.
 Untuk 2019 murid tahun 6 terlibat dengan perhimpunan mingguan sekolah.
 Mohon 2019 guru masa akhir menutup pintu dan tingkap.
 Minta kerjasama guru-guru bersihkan buku-buku dibilik mesyuarat kerana
terkena debu semasa pemasangan pendingin udara.

Tindakan : semua guru

4 PENUTUP
4.1 Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat.
 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.15 petang.

Disediakan oleh,

......................
( Nurul Shuadah Binti Ibrahim)
Tarikh : 1.5.2019

You might also like