You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA BANTUAN

PERINGKAT SEKOLAH (JBPS) BIL 2/2019

1. TARIKH : 07/03/2019
2. MASA: 10.00PAGI - 10.30 PAGI
3. TEMPAT : BIILIK GURU

4. KEHADIRAN :

4.1 HADIR

1) EN.AMIL HASLI AMILASAN Pengerusi


2) EN.MOHAMMAD HUSLY HUSSIN
3) EN.HARUN ANDRES
4) PN. HASNI AMID
5) PN.MIMI TANTIANA GANING
6) PN.HARLINA ABD RAHMAN
7) PN. SHIFAHATUL HIDAYAH SHAFEI
8) PN.ROSNAH BUNTARANG
9) PN. HALIMAH BANGAWAN
10) PN. NORIZAM UBANG
11) PN.CHALIFAH MOHD JAFAR

4.2 TIDAK HADIR BERSEBAB

1) EN.HJ ABDUL USING


2) EN. LAABDUL NAMIN LASAIDI
3) EN.FIRDAUS RAHANI

5. AGENDA MESYUARAT :

5.1 Perutusan Pengerusi Mesyuarat


5.1.1 Pengerusi mengalu- alukan kedatangan semua yang telah hadir dan merakamkan
ucapan ribuan terima kasih atas komitmen menghadirkan diri ke mesyuarat kali kedua bagi
tahun 2019.

5.2 Pengesahan Minit Mesyuarat JBPS Bil 1/2019.


5.2.1 Pengesahan minit mesyuarat bil.1/2019 telah dicadangkan oleh Pn.Mimi Tantiana dan
disokong oleh En.Husly Hussin.

5.2 BAP (Bantuan Awal Persekolahan 2019).


5.2.1 Bantuan Awal Persekolahan untuk fasa 1 seramai 106 orang yang layak (17/01/2019)
dan bilangan murid yang menerima di fasa 2 telah ditambah seramai 18 orang.Namun
seramai 5 orang murid layak bantuan tetapi tidak berjaya mengemukakan permohonan dan
permohonan tersebut telah ditolak.
Tindakan : Makluman Semua.
5.3 KOSAN 2019
5.3.1 Ucapan tahniah kepada semua guru SK Terusan telah berjaya mengagihkan bantuan
kosan (kasut dan pakaian) 2019 kepada semua murid pada 05 Mac 2019 dan permohonan
kosan bagi tahun 2020 telah diserahkan ke Pejabat Pendidikan Daerah pada 6 Mac 2019.

5.4 Rancangan Makanan Tambahan 2019.


5.4.1Rancangan Makanan Tambahan murid fasa 1 (Tahun 2 hingga tahun 6) seramai 54
orang muridyang layak dan telah mula menerima bantuan tersebut bermula 2 Januari 2019.
RMT bagi fasa ke-2 seramai 12 orang sahaja yang layak termasuk yang cicir dan juga telah
mula menerima bantuan bermula 01 Feb 2019.

5.5 Pendaftaran Pra Sekolah 2020


5.5.1 Pendaftaran kemasukan murid ke pra sekolah bagi tahun 2020 secara atas talian telah
dibuka bermula 01 mac- 30 april 2019 dan mesyuarat pemilihan murid ysng berkelayakan
akan dibuat.
Tindakan : Makluman Semua.

5.6 KWAPM 2019


5.6.1 Kelayakan bagi permohonan kwapm murid adalah berdasarkan maklumat yang telah
dikemakini dalam aplikasi APDM pada 31 Januari 2019 berikutan dengan edaran surat
pekeliling (RUJ: KPM 100-11)2/2/JLD 5(62) bertarikh 22 Januari 2019 telah dirujuk.

5.6.2 Surat Siaran KPM.800-4/3/10 JLD 29(20) bertarikh 13 Februari 2019 adalah dirujuk
bagi perlaksanaan permohonan bantuan kwapm secara atas talian bagi murid darjah 1
hingga tingkatan 1 tahun 2019 melalui aplikasi pengurusan bantuan (APB) – Modul
KWAPKM.

5.6.3 Pengerusi menegaskan kelayakan permohonan ini berdasarkan jumlah pendapatan


sebanyak RM1180 dan perkapita tidak melebihi RM259 bagi setiap keluarga berdasarkan
Surat Pekekeliling Kewangan (SPK) Bil.1 Tahun 2018 bertarikh 19 Januari 2019 dirujuk
bagi pengurusan kewangan bantuan kewangan kwapm peringkat sekolah 2019.

Tindakan : Makluman Semua.

5.6.4 Bermula tahun 2019 peringkat sekolah tidak akan beri bantuan kwapm secara tunai.
Hanya bantuan yang disalurkan ke dalam akaun murid sahaja yang diberikan. Murid yang
layak tetaapi tidak berjaya membuka dan mengemaskini buku akaun bank maka secara
langsung pihak sekolah akan menolak permohonan murid tersebut.

5.6.5 Jawatankuasa bantuan peringkat sekolah sebulat suara memutuskan pemilihan bantuan
kwamp murid yang layak iaitu seramai 87 orang sahaja daripada 92 permohonan yang layak
dan 5 daripada permohonan tersebut telah ditolak atas sebab kegagalan membuka dan
mengemaskini buku akaun bank. Berikut senarai bilangan murid yang layak dan lulus
permohonan :

Tahun 1 : Seramai 16 Orang Murid


Tahun 2 : Seramai 16 Orang Murid
Tahun 3 : Seramai 12 orang Murid
Tahun 4 : Seramai 14 Orang Murid
Tahun 5 : Seramai 12 Orang Murid
Tahun6 : Seramai 17 Orang Murid

6.0 Penutup
6.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul10.30 pagi.
6.2 Mesyuarat akan datang akan dilaksanakan pada satu tarikh yang akan ditetapkan.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

_______________________ _______________

(CHALIFAH MOHD JAFAR) (EN.AMIL HASLI AMILASAN)


Setiausaha Unit Hal Ehwal Murid GPK Hal Ehwal Murid
SK Terusan. SK Terusan.

You might also like