You are on page 1of 3

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Sekolah Kebangsaan Permai


Peti Surat 60651 Tel:-
91113 Lahad Datu Faks:-
Sabah E-Mel : xba3148@moe.edu.my

Ruj. Kami : XBA3148.700/06/02 (02)


Tarikh : 18 November 2019
Kepada;

Ibu Bapa/ Penjaga

Tuan / Puan
PELANTIKAN KETUA KELAS / PENOLONG KETUA KELAS SESI 2020

Sukacitanya dimaklumkan Jawatankuasa Unit Disiplin dan Pengawas telah bersetuju melantik anak tuan / puan bernama
Avennie Gakin Henry kelas 4 Progressive sebagai ketua kelas / penolong ketua kelas bagi sesi 2020..

2. Sepanjang pemerhatian kami, anak tuan / puan telah menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam aspek
kepimpinan dan juga akademik. Semoga bakat kepimpinan anak tuan / puan dapat dipupuk untuk kecemerlangan diri dan
sekolah.

3. Pakaian seragam pengawas sekolah adalah seperti berikut:


Lelaki Perempuan
i) Baju kemeja berwarna biru sama ada lengan panjang i) Baju kurung berwarna biru.
atau pendek. ii) Kain kurung berwarna biru gelap.
ii) Wajib memakai tali pinggang sekolah berwarna hitam iii) Tudung berwarna biru bagi yang beragama
atau biru gelap. muslim. Tudung hendaklah melepasi paras dada.
iii) Tali leher berwana merah. (Beli daripada sekolah) iv) Kasut dan stoking berwarna hitam. (wajib)
iv) Kasut dan stoking berwarna hitam. (wajib)

4. Sekiranya pihak sekolah mendapati anak tuan / puan tidak mampu menjalankan tugas dengan sempurna,
melanggar disiplin dan prestasi akademik merosot,,beliau akan diberi teguran/peringatan.Sekiranya beliau masih
mengulangi kesalahan dan tidak berupaya meningkatkan prestasi diri. Pihak Jawatankuasa Unit Disiplin dan Pengawas
berhak menggantung dan melucutkan jawatan beliau.

5. Bersama-sama ini dilampirkan borang jawapan dan kembalikan sebelum atau pada 20 November 2019.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menjalankan amanah,

_________________________
Rashidah Binti Rahman
Penolong Kanan Pentadbiran
B/p Guru Besar

sk: 1.Fail Unit Disiplin


BORANG JAWAPAN
PERLANTIKAN KETUA KELAS / PENOLONG KETUA KELAS SESI 2020

Nama dan alamat ibubapa / penjaga


.............................................................................
.............................................................................
.............................................................................
.............................................................................
Tel:.......................................................................

Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Permai,
Peti Surat 60651,
91113 Lahad Datu, Sabah.

Tuan/Puan,

PERLANTIKAN KETUA KELAS / PENOLONG KETUA KELAS SESI 2020

Saya ibubapa/penjaga kepada.............................................................................................


Kelas ............................................BERSETUJU / TIDAK BERSETUJU di atas
perlantikan tersebut.

2. Saya juga faham bahawa anak saya tertakluk kepada syarat-syarat dan
peraturan Jawatankuasa Unit Disiplin Sekolah. Sekiranya anak saya tidak menunjukkan
disiplin dan komitmen yang tinggi maka anak saya boleh dilucutkan jawatannya sebagai
pengawas sekolah.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

..........................................................
( )

You might also like