You are on page 1of 13

PK07 Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3 SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN BUKIT KEMPAS MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE- 11 BAGI SESI 2011/2012 Tarikh Masa Tempat Pengerusi : 12hb. Februari 2012 : 10.00 pagi : Dewan Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Kempas : En. Khairil Azli bin Dato Haji Kusaini

Kehadiran(Bilangan) : 84 orang Turut Hadir (Jika ada) : Yang Berhormat Dato Osman bin Haji Sapian Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Bahagian Kempas 1 2 KATA ALU-ALUAN WAKIL PENGERUSI MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LEPAS. 2.1. Dibentang oleh En. Rashid bin Muhammad wakil YDP PIBG. Dicadang untuk disahkan oleh Pn. Rapidah binti Md. Dalis. Disokong untuk pengesahan oleh En. Suhairi bin Torimin. Tindakan: Makluman PERKARA BERBANGKIT: 3.1. Pembentangan dan pengesahan penyata kewangan PIBG Sesi 2011/2012 yang bermula 1hb. Januari berakhir pada 31hb. Disember 2011. Dicadang untuk disahkan oleh Pn.Radziyah binti Hashim Disokong untuk pengesahan oleh Pn. Maznah binti Zainuddin Tindakan: Makluman 3.2 Pembubaran AJK PIBG sesi 2011/2012 telah diisytiharkan oleh En. Rashid bin Muhammad. Perlantikan En. Norman Azeli bin Rahman sebagai pengerusi majlis sementara. Dicadang oleh Pn. Elmisuria binti Harith Disokong oleh Pn. Suraya Hanita binti Ab Mutalib Tindakan: Makluman 3.3 Pelantikan Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2012/2013. Pelantikan AJK dari kalangan guru-guru dibuat di bawah kuasa oleh guru besar. Manakala pelantikan AJK dari kalangan ibu bapa dibuat secara lantikan terbuka menerusi undian dari kalangan ahli yang hadir. Tindakan: Makluman 3.3.1 Perlantikan jawatan Yang Dipertua ( YDP) PIBG dikekalkan kepada En. Khairil Azli bin Dato Haji Kusaini. Dicadang oleh Pn. Radziyah binti Hashim Disokong oleh Pn. Zaridah binti Abd Razak

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor | 1 Mac 2011 - Keluaran 02 | Pindaan 00

PK07 Pengurusan Mesyuarat

3.3.2 Perlantikan En. Suhairi bin Torimin memegang ( NYDP) PIBG . Dicadang oleh Pn. Zaridah binti Abd Razak Disokong oleh Pn. Radziyah binti Hashim 3.3.3 Perlantikan AJK dikalangan ibu bapa. Perlantikan Pn. Rozina binti Abd Razak Dicadang oleh Pn. Zaridah binti Abd Razak Disokong oleh Pn. Radziyah binti Hashim 3.3.4 Perlantikan Pn. Radziyah binti Hashim Dicadang oleh Pn. Zaridah binti Abd Razak Disokong oleh Pn. Radziyah binti Hashim 3.3.5 Perlantikan En. Rashid bin Muhamad Dicadang oleh Pn. Rozina binti Abd Razak Disokong oleh Pn. Radziyah binti Hashim 3.3.6 Perlantikan En. Harsad bin Sahran Dicadang oleh En. Zulkifli bin Yusof Disokong oleh Pn. Rozina binti Abd Razak 3.3.7 Perlantikan En. Nazeer Ahamed bin N.A Rahim Dicadang oleh En. Zulkifli bin Yusof Disokong oleh Pn. Rapidah bt. Md Dalis

jawatan Naib Yang Dipertua

3.3.8 Perlantikan Pn. Zaridah binti Abd Razak, bagi jawatan Pemeriksa kira-kira Dicadang oleh Pn. Elmisuria binti Harith Disokong oleh Pn. Radziyah binti Hashim 3.3.9 Perlantikan Pn. Zabedah, bagi jawatan Pemegang amanah ditolak dengan alasan akan berpindah. Cadangan oleh Pn. Radziyah binti Hashim di batalkan 3.3.10 Perlantikan Pn. Zalela binti Marlan, bagi jawatan Pemegang Amanah Dicadang oleh Pn. Maznah binti Zainuddin Disokong oleh Pn. Norlela Wangsa binti Ramlee Tindakan: Makluman. PERBINCANGAN ISU SEMASA : 4.1.Lima usul telah diterima tetapi hanya satu usul sahaja yang akan bahasakan.Ini berdasarkan syarat perbahasan usul memerlukan kehadiran individu hadir ke mesyuarat agung yang telah ditetapkan sepertimana pada notis pemberitahuan. 4.1.1 Usul di bawa oleh Pn. Zalela binti Marlan yang mencadangkan agar murid lelaki dan perempuan berbaju Melayu dan berbaju Kurung pada hari Jumaat. Keputusan :Guru besar bersetuju pemakaian baju Melayu dan baju Kurung pada hari Jumaat tetapi mestilah menggunakan lencana Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Kempas. Tindakan:Makluman

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor | 1 Mac 2011 - Keluaran 02 | Pindaan 00

PK07 Pengurusan Mesyuarat

PERBINCANGAN ISU SEMASA : 5.1 Pn. Radziyah binti Hashim bertanyakan tentang program sepanjang tahun bagi murid Tahun Enam. Jawapan : Guru Besar akan mengedarkan maklumat program-program motivasi dan akademik seperti Perkampungan Ilmu yang dirancangkan untuk murid Tahun Enam dari semasa ke semasa. Tindakan: GPK Kurikulum. 5.2 Pn. Radziyah binti Hashim juga bertanyakan tentang program Jaya Waris untuk murid tahu enam Jawapan: Guru Besar akan mengadakan program perjumpaan bersama ibu bapa murid Tahun Enam dalam tempoh yang terdekat, jangkaan pada 25hb. Februari 2012. Tindakan: GPK Kurikulum 5.3 Pn. Zuraini binti Epit bertanyakan kelas tambahan anjuran pihak sekolah bagi murid Tahun Enam sebagai persediaan UPSR Jawapan : Guru Besar memaklumkan kelas tambahan harian untuk murid Tahun Enam akan diadakan selepas tamat waktu persekolahan dan manakala kelas tambahan mingguan diadakan pada setiap hari Sabtu. Program ini dirancang dilaksanakan bermula pada bulan Mac 2012. Tindakan: GPK Kurikulum. 5.4 Pn. Rozina binti Abd Razak mencadangakan kutipan yuran PIBG sebanyak RM 20.00 bagi setiap murid. Ini berdasarkan keputusan hasil mesyuarat AJK PIBG pada 14hb. Januari 2012 dibentangkan untuk persetujuan ibu bapa. Jawapan : Hasil undian menetapkan kadar kutipan yuran PIBG sebanyak RM 20.00 untuk setiap orang murid mendapat persetujuan sebulat suara ahli PIBG yang hadir. Tindakan: GPK Kurikulum, Guru Tahun 6 dan S/U PIBG 5.5 Guru besar mencadangkan untuk membuat kutipan bagi Dana UPSR untuk murid Tahun Enam sebanyak RM 150.00 seorang bagi membiayai program-program akademik. Ibu bapa boleh membuat pembayaran secara ansuran. Jawapan : Hasil undian dari kalangan ibu bapa untuk menetapkan kadar bayaran RM 150.00 setiap orang murid Tahun Enam mendapat persetujuan sebulat suara. Tindakan: GPK Kurikulum ,Guru Tahun 6 dan S/U PIBG

PENUTUP a) Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat. b) Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.00 petang. Disediakan oleh, .......................................... (NORMAN AZELI BIN RAHMAN ) Setiausaha PIBG SK. Taman Bukit Kempas Disemak oleh, ................................................. ( EN. KHAIRIL AZLI BIN DATO HAJI KUSAINI) Yang Dipertua PIBG SK. Taman Bukit Kempas

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor | 1 Mac 2011 - Keluaran 02 | Pindaan 00

PK07 Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3 SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN BUKIT KEMPAS MINIT MESYUARAT PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) BIL 1 SESI 2011/2012 Tarikh Masa Tempat Pengerusi : 24 Jun 2012 ( Ahad ) : 9.00 pagi : Restoran Osman, Jalan Kempas : En. Khairil Azli bin Dato Haji Kusaini

Kehadiran(Bilangan) : 13/18 Turut Hadir (Jika ada) : Pn.Hjh Latiffah binti Sulaiman ( Guru Besar SKTBK ) En. Borahan bin Kassim ( GPK 1 SKTBK ) 1 KATA ALU-ALUAN PENGERUSI Bacaan surah Al-Fatihah. Ucapan alu-aluan di atas kehadiran ahli jawatankuasa PIBG MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LEPAS. Tiada pembentangan minit mesyuarat kerana ini adalah mesyuarat kali pertama pada tahun 2012 PERKARA BERBANGKIT: 3.0. Pengerusi menyerahkan majlis kepada Pn. Hjh. Latiffah binti Sulaiman ( Guru Besar SKTBK ) untuk membentangkan laporan tentang aktiviti dan pencapaian semasa sekolah. 3.1 Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun 3.1.1 Pencapaian peperiksaan pertengahan tahun pada bulan Jun 2012 lalu mencatatkan pencapaian sederhana pada kadar 48.6% mencapai sasaran semasa. Pencapaian murid cemerlang seperti berikut. 4A 3A 1B 2B Seorang Tiga orang Tindakan: Makluman 3.2 Program Kecemerlangan Kali Ketiga 3.2.1 Mengikut perancangan akan diadakan pada 13 hingga 15 Jun 2012 dengan perubahan dimana murid tidak lagi menginap atau bermalam tetapi pulang kerumahmasing-masing apabila program tamat pada sekitar jam 10.15 malam. Tindakan: Makluman. 3.3 Peruntukan mengecat bangunan dan membaiki bumbung 3.3.1 Pihak sekolah telah menerima peruntukan dari Pejabat Pendidikan Daerah bagi menjalankan kerja-kerja mengecat bangunan dan membaiki bumbung tetapi masih belum terima dalam bentuk kewangan. Tindakan: Makluman 3.4 Pengawal Keselamatan 3.4.1 Pihak sekolah juga telah menerima tiga orang pengawal keselamatan baru dari syarikat swasta. Seorang pengawal bertugas pada waktu siang dan dua orang lagi bertugas pada waktu malam. Tindakan: Makluman
Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor | 1 Mac 2011 - Keluaran 02 | Pindaan 00

PK07 Pengurusan Mesyuarat

3.5 Disiplin murid 3.5.1 Secara keseluruhannya disiplin murid bertambah baik dan terkawal. Tindakan: Makluman 4 PERBINCANGAN ISU SEMASA : 4.1 Menjalankan kerja-kerja membaiki bumbung bangunan sekolah. 4.1.1 Pengerusi, En. Khairil Azli bin Dato Haji Kusaini meminta agar kerja-kerja membaiki bumbung disegerakan dengan fokus isu keselamatan sebagai keutamaan. Sekiranya tiada tindakan yang positif. Wakil PIBG menyarankan agar aduan kerosakan bumbung sekolah dapat disalurkan melalui laman web atau facebook Perdana Menteri atau Kementerian Pelajaran Malaysia secara langsung. Tindakan: Pentadbir SKTBK 4.1.2 Mohon masa untuk membuat tindakan susulan. Bagi pihak sekolah En. Borahan bin Kassim meminta tempoh supaya isu ini dapat dibawakan kepada En. Rahmat bin Baba, Pegawai Pembangunan di PPD untuk tindakan lanjut sebelum aduan tersebut di salurkan menggunakan laman web atau facebook Perdana Menteri atau Kementerian Pelajaran Malaysia Tindakan: Pentadbir SKTBK 4.2 Displin dan bidang tugas pengawal keselamatan 4.2.1 Pn. Rozina binti Abd Razak meminta pihak sekolah mengambil perhatian terhadap isu disiplin pengawal keselamatan dengan mengambil penekanan soal; a) Memakai pakaian seragam, b) Tidak menghisap rokok di kawasan sekolah c) Menjaga keselamatan murid-murid terutama semasa waktu puncak datang dan balik dari sekolah, d) Mengawal kenderaan keluar masuk e) Tutup pintu pagar pada waktu persekolahan. f) Lain-lain tugas mengikut bidang tugas yang diberikan Tindakan : Pentadbir SKTBK 4.3 Pokok tumbang 4.3.1 Pihak sekolah akan mengambil langkah proaktif untuk menebang pokok-pokok tua yang berisiko untuk tumbang berdekatan dengan bangunan sekolah Blok B. Pihak sekolah akan mohon kerjasama dari pihak Majlis Perbandaran Johor Bahru. Tindakan : Pentadbir SKTBK 4.4 Mohon sumbangan khemah bagi Acara Sukan Tahunan SKTBK 4.4.1 Acara sukan tahunan akan diadakan pada 5 Julai 2012. Guru besar menjemput semua wakil PIBG untuk hadir. Pengerusi PIBG dijemput untuk merasmikan Acara Sukan Tahunan SKTBK. Guru Besar mohon peruntukan Khemah untuk memeriahkan lagi acara tersebut. Tindakan : Makluman 4.5 Pentaksiran KSSR 4.5.1 En. Rashid bin Muhammad menyuarakan hasrat di kalangan ibu bapa yang masih tidak faham konsep pentaksiran dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah ( KSSR) bagi tahun 1 dan tahun 2. Tindakan : Pentadbir SKTBK

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor | 1 Mac 2011 - Keluaran 02 | Pindaan 00

PK07 Pengurusan Mesyuarat

4.5.2 Risalah KSSR Pengerusi meminta supaya pihak sekolah dapat membuat risalah ( handout ) yang mudah dan ringkas untuk pemahaman ibu bapa penjaga. Tindakan : Pentadbir SKTBK 4.5.3 Pentaksiran dalam bentuk peperiksaan Pn. Rozina binti Abd Razak mencadangkan pihak sekolah membuat pentaksiran secara peperiksaan untuk peringkat dalaman sekolah sahaja. Sistem peperiksaan dua kali setahun dapat dijadikan petunjuk untuk mengukur pencapaian murid dengan lebih jelas. Tindakan : Pentadbir SKTBK 4.6. Pamplet Aktiviti PIBG 2012/2013 4.6.1 Pengerusi mencadangkan agar aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh PIBG dapat dimuatkan ke dalam pamplet untuk tatapan dan makluman ibu bapa. Usaha ini secara langsung dapat menarik minat penglibatan lebih aktif dikalangan ibu bapa terhadap aktiviti yang dijalankan oleh pihak PIBG dan sekolah. Tindakan : AJK PIBG dikalangan guru-guru 4.6.2 Kos percetakan akan ditanggung oleh En. Khairil Azli bin Dato Haji Kusaini dan Pn. Rozina binti Abd Razak. Tindakan : Pengerusi PIBG 4.7 Penyata kewangan 4.7.1 Pembentangan penyata kewangan yang bermula pada 1 Januari sehingga 31 Mei 2012 . Baki akhir di tangan berjumlah RM 962.40 seperti lampiran. Tindakan : makluman 4.7.2 Pertukaran nombor akaun bank PIBG Pn. Elmisuria Bt. Harith ( Bendahari PIBG) menjelaskan pertukaran akaun PIBG dari EON Bank kepada Hong Leong Bank. Jumlah sumbangan YB. Dato Osman bin Haji Sapian bagi tahun 2011 berjumlah RM 4800.00. Pihak pembekal telah menjelaskan bayaran secara berperingkat. Baki yang masih belum di terima sebanyak RM 4300.00 Tindakan : makluman 4.8 Perancangan dan penetapan tarikh untuk program yang berikutnya. 4.8.1 Ahli mesyuarat bersetuju supaya penetapan tarikh untuk program Khatam Quran dan Solat Hajat, Jamuan Hari Raya Aidilfitri akan dibincangkan kemudian. Tindakan : makluman PENUTUP a) Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat/ahli mesyuarat dan penetapan tarikh mesyuarat yang berikutnya. b) Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.00 pagi. Disediakan oleh, Disahkan oleh,

.......................................... (NORMAN AZELI BIN RAHMAN ) Setiausaha PIBG SKTBK

................................................... ( EN. KHAIRIL AZLI BIN DATO HAJI KUSAINI) Pengerusi PIBG SKTBK

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor | 1 Mac 2011 - Keluaran 02 | Pindaan 00

PK07 Pengurusan Mesyuarat

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN BUKIT KEMPAS MINIT MESYUARAT PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) BIL. 2 SESI 2011/2012 TAHUN 2013 Tarikh Masa Tempat Pengerusi : 18 Januari 2013 ( Jumaat ) : 8.00 malam : Kantin SKTBK : En. Khairil Azli bin Dato Haji Kusaini

Kehadiran (Bilangan) : 10/22 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. En. Khairil Azli bin Dato Haji Kusaini En. Norman Azeli bin Rahman Pn. Elmi Suria binti Harith En.Nazeer Ahamed bin N.A Rahim Pn. Zalela binti Marlan En. Zulkifli bin Yusoff Pn. Suraya Hanita binti Ab. Mutalib Pn. Siti Surianie binti Abdul Latif ( YDP ) ( Setiausaha ) ( Bendahari )

Tidak hadir: 1. En. Suhairi bin Torimin 2. En Harsad bin Sahran 3. Pn. Maznah binti Zainuddin 4. Pn. Radziyah binti Hashim 5. En. Rashid bin Muhammad 6. Pn. Rozina binti Abd Razak 7. Pn Zaridah binti Abd Razak 8. Pn Siti Surianie binti Abd Latif 10. Pn Rapidah binti Md Dalis 11. En. Mohd Zaini bin Suaaib 12. Pn. Nor Eziana binti Tutan Khamin Turut Hadir (Jika ada) : 1. En. Azhari bin Samsuri 2. Pn. Rosziah binti Johar 1

( Guru Besar ) ( GPK Kurikulum)

KATA ALU-ALUAN PENGERUSI Bacaan surah Al-Fatihah. Ucapan terima kasih atas kehadiran pada mesyuarat kali ini. Dijangkakan adalah mesyuarat terakhir sebelum Mesyuarat Agung Tahunan ke-12. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LEPAS. 2.1. Dibentang oleh Pengerusi. Dicadang untuk disahkan oleh Pn. Suraya Hanita binti Ab. Mutalib Disokong untuk pengesahan oleh En. Zulkifli bin Yusoff PERKARA BERBANGKIT: 3.1. Keadaan bumbung bangunan sekolah yang telah dibaiki akibat kerosakan ribut pada bulan Jun 2012.
Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor | 1 Mac 2011 - Keluaran 02 | Pindaan 00

PK07 Pengurusan Mesyuarat

3.2. Isu pengawal keselamatan yang bertugas dan tindakan guru-guru bertugas berada di pagar sekolah pada waktu pagi dan petang. Tindakan: Makluman. 3.3 Peruntukan sumbangan dari YB. Dato Haji Osman bin Haji Sapian bermula dari bulan Jun 2012 telah dibekukan. 3.4 Pentaksiran KSSR masih belum difahami sepenuhnya oleh ibu bapa walaupun telah mengadakan Hari Terbuka pada bulan Jun 2012. PIBG mohon pihak sekolah mengadakan pentaksiran peringkat dalaman. Tindakan : Pentadbir 4 PERBINCANGAN ISU SEMASA : 4.1.Guru Besar 4.1.1 Penglibatan guru-guru dari Pendidikan Khas dan Pra Sekolah dipuji kerana menggambarkan penglibatan guru secara keseluruhannya dalam program sekolah. Penglibatan AJK PIBG dari kalangan guru-guru akan dipilih dari pelbagai latar belakang supaya penyampaian maklumat lebih berkesan. Tindakan: Makluman. 4.1.2 UPSR - Ujian pengesanan awal tahun murid-murid Tahun 6 penting sebagai pengukur pencapaian murid dan membantu guru-guru merangka aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai serta program-program akademik sepanjang tahun 2013. - Takwim peperiksaan dan perancangan Aktiviti Kecemerlangan UPSR 2013 disertakan sebagai lampiran . Sasaran UPSR 3 orang murid mendapat 5A dan kelulusan keseluruhannya 100%. Tindakan: Makluman 4.1.3 Guru pemulihan Khas Dijangka akan menerima guru pemulihan khas bagi membimbing murid-murid Linus. Bagi menggantikan Pn. Hajah Zaleha yang telah bersara. Tindakan: Makluman 4.1.4 Program Sekolah Merancang Sambutan Maulidur Rasul 1434H, Majlis Anugerah Cemerlang dan Mesyuarat Agung ke -12 pada 23 Februari 2013. -Aktiviti Maulidur Rasul dibuat secara gotong royong dengan penglibatan bersama ibu bapa dan penduduk setempat. Tindakan: Pentadbir, S/U PIBG,Panitia Agama 4.1.5 Dana PIBG Baki di tangan Kutipan Sumbangan PIBG sehingga 18 Januari 2013 berjumlah RM 2751.45 seperti pada lampiran yang disertakan. Berdasarkan rekod tahun lepas menunjukkan ramai murid tidak membuat bayaran sumbangan PIBG. Kutipan dana UPSR pula akan memberi fokus untuk memenuhi program-program kecemerlangan murid-murid Tahun 6 bagi menghadapai peperiksaan UPSR. -Cadangan kutipan sumbangan PIBG sebanyak RM 20.00 setiap orang murid. -Cadangan untuk menambahkankan dana PIBG dengan menganjurkan aktiviti seperti Karnival Jualan dan Walkaton dan sebagainya. Tindakan: Makluman
Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor | 1 Mac 2011 - Keluaran 02 | Pindaan 00

PK07 Pengurusan Mesyuarat

4.1.6 Kemudahan infrastuktur PIBG mohon supaya pihak sekolah dapat menyediakan ruang makan untuk murid pra sekolah, menambahkan rak buku untuk guru-guru dan mendapatkan gantian komputer baru untuk makmal komputer. Tindakan: Pentadbir

PENUTUP a) Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat/ahli mesyuarat dan penetapan tarikh mesyuarat yang berikutnya. b) Mesyuarat ditangguhkan pada jam 9.30 malam

Disediakan oleh, .......................................... (NORMAN AZELI BIN RAHMAN ) Setiausaha PIBG SK. Taman Bukit kempas

Disemak oleh , ................................ ( EN. KHAIRIL AZLI BIN DATO HAJI KUSAINI ) Pengerusi PIBG SK. Taman Bukit kempas

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor | 1 Mac 2011 - Keluaran 02 | Pindaan 00

PK07 Pengurusan Mesyuarat

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN BUKIT KEMPAS MINIT MESYUARAT PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) BIL. 3 SESI 2011/2012 TAHUN 2013 Tarikh Masa Tempat Pengerusi : 2 Mac 2013 ( Sabtu ) : 11.00 pagi : Bilik Mesyuarat SKTBK : En. Khairil Azli bin Dato Haji Kusaini

Kehadiran (Bilangan) : 11/22 1. En. Khairil Azli bin Dato Haji Kusaini 2. En. Suhairi bin Torimin 3. En. Norman Azeli bin Rahman 4. Pn. Elmi Suria binti Harith 5. Pn. Radziyah binti Hashim 6. En. Zulkifli bin Yusoff 7. Pn. Suraya Hanita binti Ab. Mutalib 8. Pn. Siti Surianie binti Abdul Latif 9. Pn Rapidah binti Md Dalis 10. Pn. Rozina binti Abd Razak Tidak hadir: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. En. Suhairi bin Torimin En Harsad bin Sahran Pn. Maznah binti Zainuddin En.Nazeer Ahamed bin N.A Rahim Pn. Zalela binti Marlan En. Rashid bin Muhammad Pn Zaridah binti Abd Razak En. Mohd Zaini bin Suaaib Pn. Nor Eziana binti Tutan Khamin ( GPK Kurikulum) ( YDP ) ( NYDP ) ( Setiausaha ) ( Bendahari )

Turut Hadir (Jika ada) : 1. Pn. Rosziah binti Johar

1 KATA ALU-ALUAN PENGERUSI Bacaan surah Al-Fatihah. Ucapan terima kasih atas kehadiran ahli AJK PIBG pada mesyuarat kali ini. Tujuan diadakan mesyuarat terakhir sebelum Mesyuarat Agung Tahunan ke-12 khas untuk membincangkan perjalanan mesyuarat Agung PIBG dan perkara perkara yang berkaitan. 2 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LEPAS. 2.1. Dibentang oleh Pengerusi. Dicadang untuk disahkan oleh Pn. Elmi Suria binti Harith Disokong untuk pengesahan oleh Pn. Suraya Hanita binti Ab. Mutalib

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor | 1 Mac 2011 - Keluaran 02 | Pindaan 00

PK07 Pengurusan Mesyuarat

3 PERKARA BERBANGKIT: Penyelarasan Bendahari PIBG 3.1 Wang dalam simpanan bendahari PIBG terhad berjumlah RM 200.00 sahaja 3.2 Bendahari mempunyai senarai semak perbelanjaan dan resit perbelanjaan 3.3 Antara transformasi dalam pentadbiran PIBGdan sekolah ialah membuat dan mengedarkan buletin secara bulanan untuk ,makluman ibu bapa program yang dijalankan oleh sekolah sepanjag tahun. Aturcara Program Mesyuarat Agung PIBG 3.4 Membuat perubahan atur cara program mesyuarat PIBG kali ke-12 seperti berikut: a. Mesyuarat Agung PIBG ( Pembentangan usul, soal jawab dan pemilihan AJK PIBG ) b. Perasmian oleh Y.B Dato Osman bin Hj Sapian c. Majlis Anugerah Cemerlang d. Acara Cabutan Bertuah e. Jamuan dan bersurai Mesyuarat Agung PIBG 3.5 Cadangan awal kadar kutipan yuran PIBG sebanyak RM 20.00 setiap orang dan sumbangan dana UPSR sebanyak RM 100.00 setiap orang. Tahun 2012 mencatatkan bilangan mereka yang tidak menjelaskan bayaran Sumbangan PIBG seperti berikut: Pra A 5 Pra B 7 Tahun 1 6 Tahun 2 3 Tahun 4 11 3.6 Kenalpasti ibu bapa yang berwibawa untuk dilantik sebagai AJK PIBG yang baru bagi sesi 2013/2014 3.7 Menyediakan analisa kehadiran AJK PIBG pada mesyuarat yang diadakan . 3.8 YDP PIBG akan menyampaikan maklumat Program Sarana ibu bapa dan Sarana Sekolah hasil dari taklimat yang dihadiri beliau anjuran PPD Johor Bahru pada 29 Disember 2012 di Maktab Sultan Abu Bakar. 3.9 Jamuan ringan disediakan dalam bentuk bungkusan untuk 100 orang jemputan. Menunya seperti berikut a. Nasi lemak b. telur rebus c. Kuih dua biji d. air mineral Menu untuk VIP : a. Nasi ayam b. pencuci mulut Majlis Anugerah Kecemerlangan UPSR 3.10 Sumbangan RM 50.00 kepada guru-guru Tahun 6 bagi subjek teras dimansuhkan dan jumlah tersebut dimasukkan dalam membiayai keperluan murid-murid. Tindakan : makluman

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor | 1 Mac 2011 - Keluaran 02 | Pindaan 00

PK07 Pengurusan Mesyuarat

3.11 Hadiah Anugerah kecemerlangan UPSR kepada murid yang berjaya mendapat 5A dan 4A sahaja. Tindakan: Pn. Rosziah dan Pn . Elmisuria 3.12 Anggran perbelanjaan berjumlah RM 1380.00 sepertimana pada lampiran . AJK PIBG dari kalangan ibu bapa memberi sumbangan hadiah cabutan bertuah, manakala hadiah kepada murid cemerlang menggunakan peruntukan PIBG. Tindakan : makluman 4 PERBINCANGAN ISU SEMASA : 4.1.Guru Penolong Kanan Kurikulum 4.1.1 Membentangkan program yang telah dan akan dilaksanakan seperti berikut: Bil. Program Sasaran Perlaksanaan 1. Program Waris Jaya Murid Tahun 6 Sudah 2. Program Tindak Jaya Murid Tahun 6 Sudah 3. Ujian Pengesanan Murid Tahun 6 Sudah 4. Acara Merentas Desa Murid Tahun 3 -6 Sudah 5. Pelancaran Minggu Keceriaan Semua murid Sudah 6. Minggu Bahasa Melayu Semua murid Sudah 7. Minggu Bahasa Inggeris Semua murid Sudah 8. Minggu Anti Dadah Semua murid Sudah 9. Gotong Royong bilik khas Murid terpilih sahaja Sudah 10. Persekitaran bermaklumat Semua guru Sudah 11. Gotong Royong Perdana Semua murid Belum ada tarikh 12. Kelas Tambahan Murid Tahun 6 Bermula pada 18 Feb 2013 13. Latihan Kebakaran Semua murid Belum ada tarikh 14. Minggu Matematik Semua murid Belum ada tarikh 15. Kursus Motivasi dan Kepimpinan Murid tahun 6, Pengawas Belum ada tarikh Sekolah dan Pengawas Perpustakaan 4.1.2 Menggalakan murid menyertai program dan pertandingan anjuran pihak sekolah, pihak berkuasa tempatan dan sebagainya untuk meningkatkan keyakinan diri dan memberi pendedahan. Tindakan: Makluman. Isu Keselamatan Murid 4.1.3 Keselamatan murid pada waktu pagi ( datang ) dan petang ( balik ) sekolah. a. Meletakkan kon pada tempat yang lebih strategik. Perlu tambah kon keselamatan. Tindakan : Pentadbir b. Pengawal keselamtan diminta memainkan tugas mengawal lalu lintas murid sekolah pada waktu puncak. c. Pengawal keselamatan perlu memakai pakaian seragam bertugas. Vest pakaian trafik akan dibekalkan oleh PIBG. d. Memberikan peruntukan bulanan RM 30.00 kepada pengawal keselamatan kerana menjaga lalu lintas murid. Kerana tugasan itu bukan tugas hakiki sebenar pengawal keselamatan. e. Ibu bapa menjadi pemantau untuk menyalurkan maklumat kepada pentadbir sekolah. Pihak pentadbir sekolah pula perlu mengambil tanggungjawab memastikan isu keselamatan murid diutamakan setiap masa. Tindakan: Pentadbir

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor | 1 Mac 2011 - Keluaran 02 | Pindaan 00

PK07 Pengurusan Mesyuarat

5. LAIN-LAIN PERKARA : 5.1 Tiada PENUTUP c) Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat/ahli mesyuarat dan penetapan tarikh mesyuarat yang berikutnya. d) Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.13 petang

Disediakan oleh,

Disemak oleh ,

.......................................... (NORMAN AZELI BIN RAHMAN ) Setiausaha PIBG SK. Taman Bukit Kempas

................................ ( EN. KHAIRIL AZLI BIN DATO HAJI KUSAINI ) Pengerusi PIBG SK. Taman Bukit Kempas

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor | 1 Mac 2011 - Keluaran 02 | Pindaan 00

You might also like