You are on page 1of 3

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Taman Bukit Kempas Jalan Bukit Kempas 4/2 Taman Bukit

Kempas 81200 Johor Bahru.

Tel : Faks:

07-2357678 07-2359678

______________________________________________________________________________ Ruj Kami : PIBG/SKTBK/008/05( 15 ) Tarikh : 24 April 2013 Kepada: AJK PIBG/Tuan/Puan/ Semua Ibu Bapa/Penjaga Murid Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Kempas, Johor Bahru

Tuan/ Puan, KUTIPAN BAYARAN SUMBANGAN PIBG TAHUN 2013 SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN BUKIT KEMPAS, JOHOR BAHRU Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa mesyuarat Agung PIBG kali ke-12 pada 9 Mac 2013 telah bersetuju dan meluluskan bayaran sumbangan PIBG untuk tahun 2013. 2. Berikut adalah senarai bayaran sumbangan PIBG yang telah dipersetujui. BIL PERKARA 1 Sumbangan PIBG (setiap murid) JUMLAH. RM 25.00

3. Sehubungan dengan itu, pihak PIBG sekolah berharap agar Tuan / Puan dapat membuat pembayaran sumbangan PIBG anak tuan puan kepada guru kelas masing-masing. Bayaran sumbangan ini amat diperlukan bagi pihak PIBG bagi melaksanakan program pembelajaran dan aktiviti kokurikulum demi mengekalkan kecemerlangan pelajar sekolah ini dalam sebuah bidang. 4. Semoga perkara dalam perhatian Tuan / Puan demi kemajuan dan kepentingan anak-anak kita. Kerjasama dan keprihatinan Tuan / Puan diucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih. Sekian, terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Yang benar,

.................................................................. ( En. Khairil Azli bin Dato Haji Kusaini ) Yang di Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Taman Bukit Kempas.

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Taman Bukit Kempas Jalan Bukit Kempas 4/2 Taman Bukit Kempas 81200 Johor Bahru.

Tel : Faks:

07-2357678 07-2359678

______________________________________________________________________________ Ruj Kami : PIBG/SKTBK/008/05 ( 12 ) Tarikh : 18 JUN 2013 Kepada: Datuk Bandar Majlis Perbandaran Johor Bahru Bahagian Lanskap

Tuan MOHON MENEBANG POKOK DI KAWASAN SEKOLAH Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara diatas. 2. Memaklumkan bahawa keputusan mesyuarat PIBG pada 14 Jun 2013 telah bersetuju untuk meminta jasa baik pihak Majlis Perbandaran Johor Bahru untuk menebang tiga batang pokok yang terdapat di sekitar kawasan sekolah. 3. Pokok-pokok itu perlu ditebang atas faktor keselamatan. Ini kerana pokok tersebut telah berusia puluhan tahun dan kedudukanya kurang 10 meter dari bangunan sekolah. Bersama-sama ini disertakan gambar yang berkaitan pada lampiran 1. Untuk makluman pihak tuan kejadian pokok tumbang pada bulan Mei 2012 telah merosakkan pagar sekolah. 4. Besarlah harapan kami agar permohonan kami mendapat pertimbangan yang sewajarnya dari pihak tuan demi keselamatan murid-murid SK. Taman Bukit Kempas. Kerjasama pihak tuan kami dahului dengan ucapan terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Yang benar,

.................................................................. ( En. Khairil Azli bin Dato Haji Kusaini ) Yang di Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Taman Bukit Kempas

You might also like