You are on page 1of 1

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)

SEKOLAH KEBANGSAAN MATANG,


JALAN SG.TONG, Tel: 09-6818407
21700 KUALA BERANG, TERENGGANU No.Faks:09-6818407

Ruj Kami:SKM.600.PIBG/01/02/001( )
Tarikh : 27 Ogos 2017

Yang Berhormat
Dato’Jailani bin Johari
Ahli Parlimen Hulu Terengganu
Pejabat Parlimen Hulu Terengganu
D/A Pusat Khid. Masyarakat AP Hulu Terengganu
21700 Kuala Berang.

Tuan,

MOHON SUMBANGAN SET MEJA PING PONG

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman pihak tuan, meja ping pong yang digunakan oleh anak-anak kami
untuk latihan telah uzur dan memerlukan meja yang baru.

3. Sehubungan dengan itu, pihak kami memohon jasa baik pihak tuan untuk
menyumbangkan beberapa set meja ping pong untuk tujuan di atas

4. Segala kerjasama daripada pihak tuan, saya dahului dengan ucapan ribuan terima
kasih.

Sekian.

“Memperkasakan Transformasi Pendidikan”


"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,

………………………
(ROSLAN BIN IBRAHIM)
YDP PIBG,

You might also like