You are on page 1of 1

SK(L) BUKIT BINTANG 2

JALAN SUNGAI JERNIH 8/1,


45060 PETALING JAYA,
SELANGOR

Tel/Faks: 0379552482 E-mel: bbb8304@btpnsel.edu.my Kod Sekolah: BBB8304

Rujukan Kami :
Tarikh : 14 Feb 2019
Kepada,

Ibu bapa / Penjaga


Murid-murid Tahun 6
SK(L) Bukit Bintang 2.

Tuan,
JEMPUTAN KE PROGRAM TEMU MURNI GURU-GURU DAN IBU BAPA /
PENJAGA TAHUN 6

Adalah dengan hormatnya dimaklumkan bahawa SK(L) Bukit Bintang 2 akan mengadakan
perjumpaan ibu bapa/penjaga untuk semua murid Tahun 6. Berikut adalah butiran mengenai
“Program Temu Murni”.

Tarikh : 15 Februari 2019 (Jumaat)


Masa : 10.30 pagi – 11.30 pagi
Tempat : Dewan Anjung Nilam, SK(L) Bukit Bintang 2

2. Objektif program ini adalah untuk membincangkan program yang akan dilaksanakan
kepada murid Tahun 6 serta memberi maklumat mengenai prestasi akademik mereka.

3. Keprihatinan pihak sekolah terhadap kejayaan anak-anak tuan/puan amatlah besar.


Dengan itu, pihak sekolah amat berbesar hati mengharapkan tuan/puan dapat menyokong dan
menghadirkan diri ke sekolah demi kejayaan anak-anak tuan/puan pada masa hadapan.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang menjalankan tugas,

……………………………………..
(AZLINA BT. AHMAD)
Guru Besar SK(L) Bukit Bintang 2

You might also like