You are on page 1of 2

BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK

LOT 1256, JALAN DATO’ MOHD. MUSA


94300 KOTA SAMARAHAN Telefon: 082-661669
SARAWAK. Faks: 082-672669
Email: btpnsarawak@moe.gov.my

Ruj. Tuan :
Ruj. Kami : BTPN(SWK) 8871/2/5 Jld 5 ( )
Tarikh : Januari 2018

Guru Besar SK / SJK


( sila lihat edaran di lampiran 1 )

Melalui dan salinan,


Pegawai Pendidikan Daerah,
Pejabat Pendidikan Daerah Kuching, Samarahan.

Tuan,

JEMPUTAN KE MAJLIS ANUGERAH NILAM PERINGKAT NEGERI SARAWAK 2017

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacitanya dimaklumkan bahawa Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sarawak dengan


kerjasama Yayasan Sarawak akan mengadakan Majlis Anugerah NILAM Peringkat Negeri
Sarawak 2017 pada 6 Oktober 2017 bertempat di Dewan Suarah Kota Samarahan dan akan
dirasmikan oleh YB Puan Rubiah Binti Haji Wang, Ahli Parlimen P197, Kota Samarahan,
Sarawak.

3. Sehubungan itu, tuan beserta 4 orang murid dan 1 guru pengiring adalah dijemput hadir ke
majlis tersebut yang akan diadakan mengikut ketetapan berikut:

3.1 Tarikh : 6 Oktober 2017 ( Jumaat )


3.2 Tempat : Dewan Suarah, Kota Samarahan
3.3 Masa : 0930 pagi ( Atur cara majlis disertakan )
3.4 Pakaian : Pakaian Kerja

4. Bersama-sama ini dilampirkan Borang Pengesahan Kehadiran untuk tindakan pihak tuan.
Borang yang telah lengkap diisi perlu dikembalikan pada atau sebelum 21 September 2017
( Khamis ).

4. Sebarang maklumat lanjut berhubung perkara ini, boleh menghubungi urus setia program di
Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan BTPNS, Puan Annie Ng di talian 082-661669 atau melalui
e-mel annieng.btpnsar@moe.gov.my. Segala kerjasama dan sokongan pihak tuan berhubung
perkara tersebut amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

" BERKHIDMAT UNTUK NEGARA "

Saya yang menurut perintah,

( HJH SHIRINI MASTURA BINTI MOHAMED ZULKIFLI )


Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri
Sarawak.
LPJ/ann

“Teknologi Untuk Pendidikan Bestari”


Lampiran 1

Senarai edaran

1. Guru Besar
SK Dato’ Mohd Musa, Kota Samarahan

2. Guru Besar
SK Dato Traoh, Muara Tuang, Kota Samarahan

3. Guru Besar
SK Jalan Muara Tuang, Kota Samarahan

4. Guru Besar
SK ( A ) Ibnu Khaldun, Kota Samarahan

5. Guru Besar
SK St. Martin Merdang ( M ), Kota Samarahan

6. Guru Besar
SK Meranek, Kota Samarahan

7. Guru Besar
SJK ( C ) Chung Hua Sg. Jernang, Kota Samarahan

8. Guru Besar
SK Kampung Baru, Kota Samarahan

9. Guru Besar
SK Kampung Rembus, Kota Samarahan

10. Guru Besar


SK Pendidikan Khas ( Pendengaran), Kota Samarahan

11. Guru Besar


SK Plaie, Kota Samarahan

12. Guru Besar


SK St. John Sebayor ( M ), Kota Samarahan

13. Guru Besar


SK St. Michael Entingan ( M ), Kota Samarahan

“Teknologi Untuk Pendidikan Bestari”

You might also like