You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN SRI DHANDAYUTHAPANI

BATU 2 ½, JALAN SULTAN AZLAN SHAH, 51200 KUALA LUMPUR


TEL: 03 - 40415434 FAX: 03 - 40425434
Emel: sksridhandayuthapanikl@gmail.com
Rujukan kami : WBB0088.600-2/2 ( )
Tarikh : 05 Ogos 2020
Ibu/Bapa/Penjaga,
SK Sri Dhandayuthapani,
Kuala Lumpur

Tuan/Puan,

PEMBERITAHUAN: PEMAKAIAN RASMI SEKOLAH / AKTIVITI SUKAN / KOKURIKULUM

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pengurusan dan Pentadbiran


Sekolah Bil 1/2020 bertarikh 27 Disember 2019 telah bersetuju memutuskan dan membuat
penetapan selari dengan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/2007 (KP(BS-DSR)8787/008/2/Jld.2 (16))
pada hari persekolahan dan perhimpunan bulanan kokurikulum.

3. Butirannya adalah seperti berikut :

Hari Pakaian
Mata pelajaran PJK T-shirt putih, track bottom (biru / hitam)
Rabu Uniform Pengakap (Lengkap)
Isnin minggu ketiga (setiap bulan) Uniform Pengakap (Lengkap)

4. Untuk makluman tuan, pemakaian t-shirt rumah sukan (berwarna) untuk aktiviti latihan
rumah sukan atau mewakili sekolah bagi pertandingan luar serta perjumpaan Kelab / Persatuan
(Rabu) bergilir dengan unit beruniform. Sehubungan dengan itu, mohon jasa baik pihak ibu bapa agar
akur dengan garis panduan pemakaian pakaian seragam sekolah.

5. Atas kerjasama dan sokongan daripada pihak tuan, pihak sekolah mengucapkan ribuan terima
kasih, semoga kita sama-sama dapat membentuk sahsiah dan disiplin murid ke arah kemenjadian
murid agar dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Sekian, untuk makluman.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(HJH ROHANI BT JAAFAR)


Guru Besar,
SK Sri Dhandayuthapani,
Jalan Sultan Azlan Shah,
Kuala Lumpur.

You might also like