You are on page 1of 1

SEKOLAH JENIS KEB.

(CINA) JOHOR JAYA


JALAN ROSMERAH 5/1,
TAMAN JOHOR JAYA TEL : 07-3579552
81100, JOHOR BAHRU, FAX : 07-3579550
JOHOR DARUL TAKZIM EMAIL : sjkcjj@hotmail.com

09 OKTOBER 2018

Muhammad Azim bin Mustapa


(Guest Relations Centre)
McDonald’s Malaysia Gerbang Alaf Restaurants,
Level 6, Bangunan TH, Damansara Uptown 3,
Jalan SS21/39,
47400 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

Tuan,

MEMOHON TAJAAN MAKANAN McDONALD’S UNTUK MURID PENDIDIKAN KHAS SJK (C) JOHOR
JAYA SEMASA LAWATAN KE FARM IN THE CITY DAN KILANG BERYLS, SERI KEMBANGAN.

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran


(PPKIBP) sekolah ini akan mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke Farm In The City and Kilang
Chocolate & Confectionery Beryls. Salah satu tempat persinggahan kami adalah McDonald’s
(Cawangan Taman Sri Serdang, Seri Kembangan). Butiran lanjut adalah seperti berikut:

Tarikh : 01 November 2018 (Khamis)


Tempat : McDonald’s (Cawangan Taman Sri Serdang, Seri
Kembangan)
Masa : 05.00 Petang
Bilangan : 36 orang murid

3. Sehubungan dengan itu, pihak PPKIBP SJK (C) Johor Jaya ingin memohon tajaan makanan
McDonald’s untuk murid-murid pendidikan khas ketika lawatan tersebut.

4. Untuk pengetahuan pihak tuan, pelajar-pelajar PPKIBP di sini terdiri daripada pelajar
istimewa yang mempunyai pelbagai masalah seperti Lembam, Kerencatan Akal Ringan, Down
Sindrom, Hyperaktif, Autisme dan sebagainya. Berikut turut disertakan senarai nama murid
pendidikan khas kami.

Kerjasama dan tindakan daripada pihak tuan selanjutnya amatlah dihargai dan didahului dengan
ucapan terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

Norhariadeka bt Tumirun
Penyelaras Lawatan PPKIBP
SJKC Johor Jaya
0176940595

You might also like