You are on page 1of 2

PERTUBUHAN GURU PENDIDIKAN KHAS

PASIR GUDANG
D/a: SJKC Johor Jaya
Jalan Rosmerah 5/1,
Taman Johor Jaya,
81100 Johor Bahru, Johor

Ruj. Kami : PGPKPG/2019/06


Tarikh : 18 FEBRUARI 2019

Kepada,

Pengurus,
Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd,
Lot 3, Jalan Pelabur 23/1,
40300 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
Malaysia

Tuan,

MEMOHON TAJAAN MAKANAN SEMPENA KEJOHANAN OLAHRAGA PENDIDIKAN KHAS


DAERAH PASIR GUDANG TAHUN 2019

Perkara di atas adalah dirujuk.

Merujuk perkara di atas kami dari pihak Pertubuhan Guru Pendidikan Khas (PGPK) Pasir Gudang
ingin memohon tajaan makanan dari pihak tuan sempena kejohanan tersebut. Maklumat kejohanan
adalah seperti berikut :

Tarikh : 03-04 Mac 2019


Hari : Ahad dan Isnin
Tempat : Padang sekolah, SMK Seri Kota Puteri
Bilangan peserta : 200 orang murid

2. Semua murid berkeperluan khas seluruh daerah Pasir Gudang yang berpotensi dalam
bidang sukan olahraga akan dilibatkan dalam kejohanan ini. Sehubungan itu, pihak kami dengan
rasa rendah diri ingin memohon tajaan daripada pihak tuan bagi menjayakan kejohanan tersebut.

3. Untuk pengetahuan pihak tuan, murid-murid berkeperluan khas terdiri daripada pelajar
istimewa yang mempunyai pelbagai masalah seperti Lembam, Kerencatan Akal Ringan, Down
Sindrom, Hyperaktif, Autisme dan sebagainya.

Kerjasama dan tindakan daripada pihak tuan selanjutnya amatlah dihargai dan didahului dengan
ucapan terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

Norhariadeka Tumirun
Pengerusi
PGPK Pasir Gudang
0176940595

SURAT INI DIJANA KOMPUTER, TANDATANGAN TIDAK DIPERLUKAN

You might also like