You are on page 1of 1

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU-GURU (PIBG)

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ALAM DAMAI


PERSIARAN BISTARI, 56000 KUALA LUMPUR

Ruj. Kami : SMKAD 100-7/1/7 ( )


Tarikh : 5 MAC 2020

Pengurus Kawasan,
Tingkat 19 dan 20,
Menara DBKL 3,
Jalan Raja Abdullah,
50300 Kuala Lumpur.
(up: Unit Cantas Pokok)

Tuan,

PERMOHONAN MENCANTAS DAN MENEBANG POKOK DI KAWASAN SEKOLAH SMK ALAM DAMAI
UNTUK PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA 2020.

Adalah dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Untuk makluman pihak tuan, SMK Alam Damai akan menjalankan Program Gotong Royong Perdana
2020. Objektif program tersebut ialah memulihara, menceriakan dan membersihkan kawasan sekolah
agar mewujudkan suasana sekolah yang bersih dan ceria serta kondusif untuk semua murid dalam proses
pembelajaran dan pengajaran. Selain itu, program ini dilaksanakan dengan tujuan menjaga dan
membersihkan kawasan persekitaran sekolah bagi mengelakkan kehadiran binatang berbisa yang boleh
mengancam keselamatan pelajar. Dalam pada itu, kami juga berhasrat untuk mencantas dan menebang
beberapa pokok yang mengganggu di sekitar kawasan sekolah. Butiran mengenai program tersebut ialah:

Tarikh : 28 Mac 2020


Hari : Sabtu
Masa : 7.30 pagi -12 tengah hari
Tempat : SMK Alam Damai

3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah ingin memohon pihak tuan dapat mencantas serta menebang
beberapa pokok yang mengganggu di beberapa kawasan di dalam sekolah. Sebarang pertanyaan sila
berhubung dengan PUAN NORKHIDAH BT ABDULLAH di talian 012 9341139.

4. Kerjasama dan keprihatian daripada pihak tuan amat kami hargai dan dahului dengan ucapan terima
kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

….……………………………
(Ashaari bin Othman)
YDP PIBG
SMK Alam Damai
Kuala Lumpur.

You might also like