You are on page 1of 3

JABATAN PELAJARAN NEGERI NEGERI

SEMBILAN DARUL KHUSUS


JALAN DATO HAMZAH KARUNG BERKUNCI No. 6 70990
SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS Tel : 06-7653100
Fax:06-7639969

Ruj Tuan :
Ruj Kami: JPNS/SPA/(KUR)/06/04/01(6Q
Tarikh : 25 Ogos 2010

Semua Pengetua Semua Guru Besar Sekolah-Sekolah di Negeri Sembilan

Yang Berbahagia Dato / Datin / Tuan

KEBENARAN KHAS KEPADA GURU-GURU DAN MURID-MURID YANG MELAKSANAKAN MATA


PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN (PJK) MEMAKAI PAKAIAN RASMI
SUKAN SEPANJANG HARI BERKENAAN

Adalah dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Bersama-sama ini disertakan surat arahan dari Kementerian Pelajaran Malaysia


mengenai perkara yang tersebut di atas. Arahan ini berkuatkuasa serta merta.

3. Sebarang pertanyaan berhubung perkara di atas, pihak tuan boleh menghubungi Encik
Mohamad Norzin bin Hj. Othman ditalian 06-6727100 / 012-6288645. Kerjasama daripada pihak
tuan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

s.k (i) Ketua Sektor Pengurusan Akademik JPNS


(ii) Ketua Unit Kurikulum Sektor Pengurusan Akademik JPNS

MNHO /SM
PEJABAT KETUA PENGARAH PELAJARAN MAJ
Office of Director-General of Education Malaysia
ARAS 8, BLOK E8
Level 8, Block E8,
KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E
Government Complex Parcel E,
Tel: 03-8884 6077
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
Federal Government Administrative Centre Fax: 03-8889 4548
Laman web: http: www.moe.gov.my.
62604 PUTRAJAYA

KP/KPPM/5 (Iff) 26 Julai 2010

Semua Pengarah Pelajaran Jabatan Pelajaran Negeri

Y.Bhg. Datuk/Dato/Datin/Tuan/Puan,

KEBENARAN KHAS KEPADA GURU- GURU DAN


MURID-MURID YANG MELAKSANAKAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN
JASMANI DAN KESIHATAN (PJK) MEMAKAI PAKAIAN RASMI SUKAN
SEPANJANG HARI BERKENAAN

Adalah dimaklumkan bahawa dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pembangunan


Sukan Sekolah yang dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap
Menteri Pelajaran pada 17 Mac 2010 telah memutuskan bahawa Surat Siaran tentang
pakaian sukan di sekolah perlu dikeluarkan dalam usaha memperkasakan sukan dan
mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) di sekolah.

2. Sehubungan itu, semua guru dan murid di sekolah rendah dan sekolah menengah
yang melaksanakan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dikehendaki
memakai pakaian sukan yang sesuai seperti berikut

2.1. Guru - Memakai T-Shirt berkolar, Seluar Sukan (Track-Bottom) serta


memakai Kasut sukan dan berstokin putih.

2.2. Murid Memakai T-Shirt berkolar atau tidak berkolar, Seluar Sukan (Track-
Bottom) serta memakai Kasut sukan dan Berstokin putih.

3. Lanjutan daripada perkara di atas, Kementerian Pelajaran Malaysia juga


telah bersetuju memberi kelonggaran kepada guru-guru termasuk juga murid- murid yang
melaksanakan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) unti' '
1 u
------------------------- ~-' --
4. Sila maklumkan kandungan Surat Siaran ini kepada pegawai yang bertanggungjawab
di Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah, Pengetua dan Guru Besar di
bawah pentadbiran Y.Bhg. Dato/Datuk/Datin/T uan/Puan.

Sekian, terima kasih.

" BERKHIDMAll UNTUK NEGARA"

TAN SRI DATOpj. ALIMUDDIN BIN HJ. MOHD DOM

Ketua Pengarah pelajaran Malaysia

s.k.

1. Y.A.B. Tan Sri Dato Haji Muhyiddin bin Mohd Yassin,


Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia

2. Y.B. Datuk Dr. Ir. Wee Ka Siong,


Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia

3. Y.B. Dr. Mohd Puad bin Zarkashi Timbalan Menteri Pelajaran


Malaysia

4. Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia

5. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran


Malaysia

6. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Kementerian


Pelajaran Malaysia

7. Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pelajaran Malaysia

8. Ketua Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Kementerian


Pelajaran Malaysia

9. Penasihat Undang-Undang Kementerian Pelajaran Malaysia

10. Pegawai Perhubungan Awam Kementerian Pelajaran


Malaysia

You might also like