You are on page 1of 2

DOKTOR MUDA

PENGENALAN
Doktor Muda merupakan murid sekolah tahun 4, 5 dan 6 yang terpilih dan terlatih
sebagai Pembimbing Rakan Sebaya, yang bertindak sebagai pemangkin kepada
perubahan pengetahuan, sikap dan amalan kesihatan yang positif di kalangan murid
sekolah.
Doktor Muda ini diberi latihan mengenai asas kesihatan bagi menyediakan mereka
menjadi pendidik kepada rakan sebaya. Mereka bertindak sebagai role model,
promoter dan motivator kesihatan kepada rakan-rakan di sekolah.
Oleh kerana itu, pemilihan calon yang sesuai sebagai doktor muda amat penting.
Lazimnya, pelajar yang, berminat, sihat, kemas, berpersonaliti menarik, memiliki sifat
kepimpinan, bertanggung jawab, berpengaruh, suka menolong dan cemerlang
dalam akademik menjadi kriteria dalam pemilihan Doktor Muda.
OBJEKTIF
1. Untuk membentuk tabiat kesihatan di kalangan murid sekolah rendah dengan
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran asas kesihatan mereka agar mereka
dapat :
i) Mengamalkan cara hidup sihat
ii) Menjadi pembimbing dan pendorong kepada rakan sebaya dan anggota
keluarga ke arah mengamalkan cara hidup sihat.
iii) Membantu anggota kesihatan dan pihak sekolah dalam menjalankan
aktiviti kesihatan di sekolah.
2. Menggalakkan ibu bapa atau penjaga supaya memberi perhatian wajar kepada
kesihatan anak-anak.
3. Memperkukuhkan penglibatan guru serta warga sekolah lain dalam usaha
meningkatkan kesihatan pelajar.

4. Mempertingkatkan kerjasama antara Jabatan Kesihatan dengan Jabatan


Pendidikan dalam menggalakkan amalan kesihatan yang baik di kalangan murid
sekolah rendah.

You might also like