You are on page 1of 1

PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU SEKOLAH KEBANGSAAN PAYANG PETI SURAT 61345 91122 LAHAD DATU TEL: 089-886554

_____________________________________________________________________________
Rujukan: XBA3149/100-02/09(06) Tarikh: 8 Mei 2013 Kepada Ibu bapa/Penjaga ______________________ SK Payang, Lahad Datu Tuan/Puan Yang Dihormati, BAYARAN TAMBAHAN BAGI KUTIPAN SUMBANGAN WANG PIBG 2013 Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Berdasarkan keputusan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-6 pada 27 April 2013, ahli telah bersetuju untuk meluluskan kutipan sumbangan wang PIBG untuk setiap keluarga yang menghantar anaknya bersekolah di SK Payang dinaikkan dari RM 15.00 kepada RM 20.00. 3. Sehubungan dengan itu, tuan/puan yang telah menjelaskan bayaran sumbangan wang PIBG bagi tahun 2013 sebanyak RM 15.00 boleh menjelaskan bayaran tambahan sebanyak RM 5.00 melalui Bendahari PIBG, Cik Nor Aminah Binti Ibrahim bermula dari tarikh surat ini dikeluarkan. 4. Saya bagi pihak sekolah dan PIBG amat berharap agar tuan/puan dapat memberi kerjasama yang sepenuhnya dalam perkara ini agar semua perancangan aktiviti dapat dilaksanakan dengan lancar. Akhir kata segala kerjasama yang diberikan oleh tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menjalankan tugas,

( HURUBALANG BIN POLA ) Yang Di Pertua PIBG SK Payang

Sk

Fail Sekolah Fail PIBG

You might also like