You are on page 1of 3

Ruj.Kami : SMKTK.

700-2( )
Tarikh : 2 April 2013
Kepada,
----------------------------------
----------------------------------
---------------------------------
Tuan/puan,

MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2013

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas, ingin memaklumkan bahawa Majlis
Anugerah Cemerlang 2013 akan diadakan pada:
Tarikh : 20 April 2013 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan Tan Sri Kadir Shamsuddin , SMK Tinggi Kajang.

2. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi ucapan syabas dan tahniah
atas kejayaan anak tuan/puan yang bernama__________________________
dari tingkatan ______ kerana berjaya meraih anugerah berikut:

Pencapaian Cemerlang *PMR / SPM / STPM 2012/ Anugerah PIBG/ HadiahInsentif

Terbaik Mata Pelajaran *SPM/ STPM 2012


Pelajar Terbaik Aliran *Sastera/ Sains bagi SPM/STPM 2012

Penerima Anugerah Pingat Khas: (Ibu bapa penerima Pingat Khas akan dijemput naik ke
pentas bersama-sama anak mereka)

3. Pihak sekolah turut berbesar hati menjemput tuan/puan hadir bagi memeriahkan lagi majlis
tersebut. Sekiranya penerima hadiah tidak dapat hadir tuan/puan diminta menghantar seorang wakil
dari kalangan ahli keluarga.

4. Semua penerima hadiah termasuk wakil mestilah mematuhi etika pakaian seperti berikut:

4.1 Berpakaian seragam sekolah masing-masing yang lengkap atau


4.2 Berkemeja lengan panjang , seluar slack, bertali leher dan berkasut atau
perempuan) dan berkasut atau
4.3 Berbaju kurung @ blaus berlengan dengan skirt labuh ( untuk pelajar perempuan) dan berkasut.

5. Kerjasama dan kesudian tuan/puan hadir untuk sama-sama memeriahkan majlis tersebut amatlah
dialu-alukan dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.
Kejujuran dan Ketekunan
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah

NIK MAT BIN NIK MAN


Pengetua
SMK Tinggi Kajang

SURAT JAWAPAN
----------------------------
---------------------------
---------------------------

Tarikh:
Pengetua
SMK Tinggi Kajang
43000 Kajang
Selangor

Tuan,

Majlis Anugerah Cemerlang 2013

Merujuk kepada perkara di atas, saya _______________________________


ibu/bapa/penjaga kepada ______________________________ tingkatan
______ ingin memaklumkan kehadiran seperti berikut:

Hadir Tidak
Hadir

Penerima Hadiah

Ibu

Bapa

Sila tandakan ( ) pada ruangan berkenaan


Sekian.
Yang benar,

Nota:
Pengesahan Kehadiran ini hendaklah dikembalikan sebelum 12 April 2013 sama ada melalui pos,
faks ( 03-87341478 )atau melalui SMS.

Talian untuk SMS bagi ialah 013-9582599 Pn Sarleena bt Mamat (PMR), 012-3196221 - Pn Chia Lee
Fong (SPM), 016-2420910 Pn Hasrani (STPM). Sila nyatakan adakah penerima hadiah akan hadir
atau tidak dan sama ada ibu bapa akan hadir bersama pada hari berkenaan

Jika ibu atau bapa ingin mewakili anak untuk menerima hadiah di atas pentas, sila maklumkan kepada
AJK Pendaftaran pada hari berkenaan.

Terima kasih.

You might also like