You are on page 1of 1

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN TASIK


68000 AMPANG, SELANGOR.
Tel/Fax: 03-42919397

______________________________________________________________________
Ruj. Kami: SKTT 100-7/1/7 ( )
Tarikh: 6 April 2020

Kepada Yang Berkenaan.

Melalui :

Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Taman Tasik,
68000 Ampang,
Selangor.

Dato/ Datin/ Tuan /Puan,

PERMOHONAN SUMBANGAN KEPADA KELUARGA MURID-MURID YANG TERKESAN


RENTETAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) AKIBAT PENULARAN
WABAK COVID-19
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Seperti mana sedia maklum, negara kita ketika ini dilanda wabak COVID-19 yang
boleh mengancam kesihatan seterusnya menyebabkan kehilangan nyawa. Bagi mencegah
dan memerangi wabak tersebut, kerajaan telah melaksanakan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac hingga 14 April 2020. Sejajar dengan pelaksanaan PKP
tersebut, kebanyakan keluarga telah hilang punca pendapatan akibat tidak dapat
menjalankan aktiviti seperti biasa terutama bagi keluarga yang berpendapatan rendah.
3. Sehubungan itu, pihak kami terpanggil untuk melancarkan Dana PKP peringkat SK
Taman Tasik yang mana hasil sumbangan tersebut akan disalurkan kepada 37 keluarga
murid-murid di SK Taman yang telah dikenalpasti oleh pihak sekolah. Sumbangan tersebut
boleh di salurkan terus ke akaun BSN bernombor (14198-29-00004811-4) atas nama
Ahmad Nazmin bin Mat Zin (Dana PKP SKTT).
4. Segala kerjasama dan keprihatinan pihak Dato/Datin/Tuan/Puan amatlah diharapkan
agar murid-murid yang terkesan dapat kembali ke sekolah seperti sedia kala seterusnya
meringankan beban keluarga mereka. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh
berhubung terus dengan En. Ahmad Nazmin bin Mat Zin (YDP PIBG) di talian 013-
3187288. Pihak kami mengucapkan jutaan terima kasih di atas sumbangan tersebut.

Saya yang menjalankan amanah,

…………………………….
(AHMAD NAZMIN BIN MAT ZIN)
Yang Dipertua PIBG,
Sk Taman Tasik,
68000 Ampang.

You might also like