You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT AJK PIBG KALI KE TIGA, SK TAMAN BUKIT

KEMPAS, TAHUN 2010


Tarikh

: 30 Oktober 2010

Tempat

: Bilik Mesyuarat

Masa

: 10.00 pagi

Pengerusi

: En Khairil Azli b Kusaini

Pencatat

: Pn Maznah binti Zainuddin

Kehadiran

1. En Ibrahim b Ali

( Guru Besar )

2. En Rasid b Sadiran

(GPK 1)

3. En Khairil Azli b Hj Kusaini

( YDP PIBG )

4. En Jaafar b Md Taib

( NYDP PIBG)

5. Pn Maznah bt Zainuddin

( Setiausaha PIBG )

6. Pn Elmi Suria bt Harith

( Bendahari PIBG )

7. En Zulkifli b Yusoff

( AJK Guru)

8. En Norman Azeli b Rahman

( AJK Guru )

9. Pn Siti Surianie bt Abd Latif

( AJK Guru )

10. En Iswandy b Basiran

( AJK Guru )

11. Pn Zanariah bt Ghazali

( AJK Guru )

12. Pn Rapidah bt Md Dalis

( AJK Guru )

13. Pn Radziyah bt Hashim

( AJK Ibu bapa )

14. Pn Zaridah bt Abd Razak

( AJK Ibu bapa )

15. En Mohd Fozi b Hj Tahir

( AJK Ibu bapa )

16. Pn Radziyah bt Hashim

( AJK Ibu bapa )

17. En Harsad b Sahran

( Pemegang Amanah )

18. Pn Eni Melisa bt Md Yusof

( Pemegang Amanah )

Tidak hadir:
1. En Zaidi b Hj Zaini

( AJK Ibu bapa )

2. En Rashid b Muhamad

( AJK Ibu bapa )

3. Pn Rozina bt Abd Razak

( Pemeriksa Kira-kira )

AGENDA :
1. UCAPAN ALUAN PENGERUSI
Pengerusi mengalu-alukan kehadiran dan mengucapkan terima kasih kepada semua
ahli
jawatankuasa.
Untuk Tindakan/Makluman: AJK
2. PERKARA BERBANGKIT
2.1 Guru Besar memaklumkan tentang permohonan bayaran tambahan
YDP meminta penjelasan tentang program yang akan dilaksanakan peringkat sekolah
sempena dengan bulan Ramadhan.
2.2 YDP memaklumkan bahawa program Khatan Perdana yang dirancang adalah
program
bagi Zon Kempas yang akan dijalankan di Sekolah Kebangsaan Taman Bukit
Kempas.
Anggaran bayaran adalah sebanyak RM40.00 seorang. Bagi menjayakan program
ini,
bantuan dari pihak bomba akan diminta. Tarikh bagi program ini akan akan
dibincangkan
semula.
2.3 Bagi program Ihya Ramadhan, majlis berbuka puasa melibatkan seramai 150 orang
dan
sumbangan akan diminta dari ibu bapa dan PIBG.
2.4 Bagi sambutan Hari Raya pula, PIBG akan menyumbangkan seekor lembu untuk
menjayakannya.
2.5 YDP mencadangkan sambutan diadakan bersama-sama dengan ibu bapa dan
tarikhnya akan
ditetapkan semula..

2.6 Sumbangan kepada anak yatim juga akan diberikan.


2.7 Encik Zulkifli mendetailkan tentang program Ihya Ramadhan.
- Tarikh akan ditetapkan oleh Panitia Pendidikan Islam.
- Akan diadakan program khatam Al-Quran, majlis berbuka puasa, solat tarawikh dan
solat
hajat.
Untuk Tindakan/Makluman : Guru Besar, guru-guru dan
AJK
3. HAL-HAL LAIN
3.1 Tuan Haji Jaafar mencadangkan untuk diadakan kem motivasi di peringkat sekolah.
3.2 Guru Besar mencadangkan untuk diadakan Program Motivasi Perdana, iaitu sebuah
program yang akan mengumpulkan murid di sekolah. Murid-murid tersebut akan
diberikan
latihan dalam pelajaran dan diterapkan dengan program kerohanian. Walau
bagaimanapun,
cadangan ini akan dibincangkan dalam mesyuarat guru di peringkat sekolah.
3.3 YDP meminta pihak sekolah menggantung banner ucapan Selamat Berjaya kepada
calon
UPSR dan menggantung banner untuk mengalu-alukan pendaftaran bagi tahun 1
dengan
menggunakan kata-kata yang menarik.
Untuk Tindakan/Makluman : Guru Besar, guru-guru dan
AJK

4. PENUTUP
Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada AJK PIBG yang
mengharapkan

hadir dan

semua perancangan berjalan dengan lancar.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.00 tengahari.


Disediakan oleh :

(Maznah binti Zainuddin)


Setiausaha PIBG
SK Taman Bukit Kempas
Disahkan oleh:
..
(En Khairil Azli b Husaini)
YDP PIBG
SK Taman Bukit Kempas

You might also like